Seruan
Keadilan Online - Friday, April 30, 2004 9:27 PM
Mafrel akan tanamkan pendidikan Pilihanraya
Oleh: Faisal Mustaffa
Selepas didapati banyak penyelewengan yang berlaku
semasa Pilihanraya Umum 11 lalu, Mafrel, sebuah badan bebas yang
mahukan pilihanraya bebas dan adil akan meneruskan agenda seterusnya
iaitu mendidik pengundi dan penyokong mengenai penuntutan sebuah
pilihanraya yang bebas dan adil.
Setiausaha Mafrel, Khairul Anuar berkata, pengetahuan
mengenai pentingnya mempunyai sebuah proses pilihanraya yang adil
supaya kemudian hari para pengundi akan dapat mempunyai kekuatan
massa yang bukan menyokong membuta tuli tetapi terdidik dengan prinsip
yang bebas dan adil.
Khairul Anuar atau lebih dikenali sebagai Jonah
telah merumuskan di mana selepas banyak pemerhatian dijalankan,
tiba masanya untuk sistem fundamental yang digunapakai dikaji semula.
Mafrel menyifatkan SPR tidak serius dalam menangani
pilihanraya sedangkan ianya suatu yang amat mustahak.
Khairul Anuar mengambil cotoh kes 67,000 undi
pos yang telah hilang dalam simpanan dan SPR gagal menanganinya.
“Ini suatu kes yang amat serius”, ujarnya.
Secara peribadi, Khairul Anuar telah menyangkal
Dr Mahathir yang mempertaruhkan demokrasi. Menurut beliau, falsafah
yang dikeluarkan oleh bekas Perdana Menteri itu sebagai sempit dan
ianya sangat mirip kepada pemikiran tipikal seorang diktator untuk
mempertahankan kuasa.
|