PENGETAHUAN AM
Sayur-sayuran yang boleh mencegah kanser
BROKOLI
- Brokoli dapat melindungi dari kanser usus besar dan kanser payudara.
Menurut kajian, brokoli dan sayuran daun hijau lain kaya dengan serat
dalam gula 'galaktosa' yang dapat membantu melindungi protein 'lectin'
yang melekat pada dinding usus besar dan menyebabkan kerosakan.
TOMATO
- Tomato dapat melindungi dari kanser dan penyakit jantung. Satu dari unsur
aktif dalam tomato adalah 'phytochemical lycopene' dikatakan dapat menyekat
terjadinya kanser. Menurut Jurnal Institut Kanser Nasional, orang yang banyak
memakan tomato dapat menurunkan risiko berkembangnya pelbagai jenis kanser
sebanyak 40%. Selain itu, tomato juga memiliki bukti cukup kuat untuk kanser
prostat, paru-paru dan perut.
KUBIS
- Kubis melindungi bahagian perut dari diserang kanser usus besar dan kanser
payudara kerana kubis mengandungi 'glutamine' dan 'smethylmethionine'.
BAWANG PUTIH dan MERAH
- Mengawal kolesterol tinggi, serangan jantung, demam, kanser dan radang. Kandungan
sulfur dalam bawang putih yang diambil secara teratur dapat membantu menurunkan
kolesterol dan menurunkan gumpalan darah.
LOBAK
- Mengurangi risiko penurunan kadar penglihatan, demam dan kanser. Lobak kaya dengan
beta karotena yang mampu merangsang daya tahan tubuh dan anti kanser.
LADA MERAH
- Melindungi dari demam dan kanser. Lada merah kaya dengan vitamin C dan beta karotena
yang dapat meningkatkan sistem kekebalan dan melindungi terhadap segala sesuatu dari
demam hinggalah kanser.
UTAMA    
KANSER    
HEPATITIS
LEUKEMIA    
HEMOFILIA    
PENGETAHUAN AM