Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

KANSER PAYUDARA

PENGENALAN KEPADA KANSER PAYUDARA

       Kanser merupakan satu kumpulan penyakit yang terjadi akibat daripada sel yang bertindak di luar tabiat asalnya. Organ tubuh terbentuk daripada pelbagai jenis sel. Lumrah serta sifat asalnya, sel-sel ini membuat pembahagian dengan kadar yang terkawal serta mengikut keperluan tubuh seseorang individu.

       Kadar penghasilan yang melebihi keperluan, menghasilkan lebihan tisu yang dikenali sebagai ketumbuhan. Ia boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu benign(tumor bukan barah) dan malignan(tumor jenis barah). Jenis ketumbuhan pertama merupakan ketumbuhan yang tidak berbahaya kepada penghidap. Hampir 80% daripada penghidap ketumbuhan payudara adalah dari kalangan yang mengalami ketumbuhan jenis ini.

       Kanser payudara merupakan ketumbuhan malignan yang terjadi daripada tindakan sel yang bermula pada bahagian payudara. Ia berkembang melalui proses pembahagian yang melebihi kadar keperluan organ dan seterusnya menyerang organ lain serta tisu-tisu berhampiran.

       Sel barah ini mampu membebaskan diri daripada ketumbuhan asal sekaligus memasuki saluran darah serta sistem perlimpahan(lympathic system). Proses perjangkitan ini juga dikenali sebagai metastasis.


PENYEBAB KANSER PAYUDARA

       Penyebab sebenar berlakunya kanser payudara masih belum dapat dipastikan. Kesimpulan yang dibuat oleh para penyelidik ialah, kanser payudara berlaku gandingan antara faktor keturunan(genetik) dan juga faktor persekitaran. Apa yang diketahui hanyalah faktor risiko yang merupakan suatu perkara yang menentukan risiko seseorang terhadap penyakit. Contohnya, merokok adalah faktor risiko kepada penyakit kanser paru-paru atau lemah jantung.

       Risiko terhadap penyakit agak sukar untuk ditentukan kerana pengaruh faktor risiko adalah berbeza. Antara faktor yang mungkin menambah risiko seseorang menghidap kanser payudara adalah seperti berikut :

  1. Usia yang meningkat.
  2. Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser payudara.
  3. Telah mendapat kanser pada salah satu payudara.
  4. Datang haid awal(sebelum usia 12 tahun) atau lewat menopaus(selepas usia 50 tahun).
  5. Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada usia lebih 30 tahun.
  6. Mengambil makanan yang mengandungi banyak lemak haiwan.

       Risiko seseorang wanita untuk mendapat kanser payudara meningkat selepas usia 40 tahun. Jika ada riwayat keluarga yang positif, makan risikonya juga akan meningkat. Wanita yang berada dalam keadaan ini harus mengambil langkah berjaga-jaga seperti selalu melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara(PSP)sebelum usia 40 tahun.

       Risiko seseorang individu untuk mendapat kanser payudara tidak boleh ditentukan dengan tepat kerana terdapat juga faktor-faktor lain seperti tabiat pemakanan, paras aktiviti harian dan riwayat keluarga juga boleh mempengaruhi risiko tersebut.


KANSER PAYUDARA DI KALANGAN LELAKI

       Daripada jumlah kes penghidapan kanser payudara, satu peratus adalah melibatkan kaum lelaki. Setiap tahun, 1,400 kes kanser payudara yang melibatkan kaum lelaki dilaporkan. Daripada jumlah tersebut 400 kes maut akibat serangan penyakit ini. 3 hingga 4 tahun kebelakangan ini, laporan kes penyakit kanser payudara di kalangan lelaki mencatat peningkatan sebanyak 50 peratus.

       Kaum lelaki tidak seharusnya menjadi mangsa kanser payudara ini semata-mata kerana sikap sambil lewa akan risiko penyakit serta beranggapan bahawa ia hanya menyerang kaum wanita sahaja. Lelaki juga sepatutnya mengambil langkah berjaga-jaga dan berwasapada akan serangan ini terutamanya yang mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidap kanser payudara.

       Di Barat, lingkungan umur kaum lelaki yang menjadi sasaran penyakit ini adalah berumur antara 50 dan 60-an. Kanser payudara di kalangan lelaki dan wanita tidak banyak berbeza, oleh itu faktor-faktor mengenainya, langkah pencegahan, pengesanan awal serta kaedah rawatan juga mengikut prinsip yang sama.


PERINGKAT dan TAHAP KANSER

       Tahap-tahap kanser merujuk kepada keadaan kanser payudara selepas penyiasatan, yang selalunya termasuk bedah siasat atau biopsi. Kelenjar limfa di ketiak juga diperiksa untuk kenalpasti adakah kanser telah merebak ke limfa (lymph nodes).

       Tetapi, tahap kanser hanya satu daripada ciri-ciri kanser yang perlu diketahui. Jenis sel-sel kanser (cell type) juga penting apabila jenis rawatan perlu dipertimbangkan.

       Tahap serta peringkat penghidapan kanser payudara terbahagi kepada empat peringkat.

  1. Tahap 1
  2. Tahap 2
  3. Tahap 3
  4. Tahap 4

        

Kanser Payudara




  UTAMA       KANSER       RAWATAN


  PENCEGAHAN       KANSER PARU-PARU