Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

LEUKEMIA

PENGENALAN KEPADA LEUKEMIA

       Leukemia merupakan salah satu penyakit barah atau kanser yang berpunca daripada darah. Leukemia terjadi apabila badan menghasilkan sel darah putih dengan aktif seterusnya menghalang penghasilan sel darah merah.

       Situasi ini menyebabkan berlakunya gejala anemia pada pesakit. Keadaan ini juga akan menyebabkan pesakit kekurangan sel darah putih matang dan ia mengurangkan daya tahan terhadap jangkitan. Penghasilan sel darah putih berlebihan juga menghalang penghasilan platlet darah yang penting untuk tujuan pembekuan darah.

       Di dalam aliran darah manusia terdapat komponen darah berbentuk zat cair yang dinamakan plasma darah. Terdapat juga komponen darah yang membentuk sel dan terdiri daripada 3 jenis sel yang mempunyai fungsi masing-masing :



Jenis sel darah dan fungsi
JENIS SEL FUNGSI
Sel darah merah (eritrosit)
  • Membawa karbon dioksida (CO2) dari seluruh tubuh ke paru-paru.
  • Memberikan warna merah pada darah kerana jumlahnya yang paling tinggi
  • Sel darah putih (lekosit)
  • Bertugas untuk melawan penyakit.
  • Merupakan antibodi semulajadi dalam badan manusia.
  • Platlet darah (trombosit)
  • Menutup lubang apabila terdapat kebocoran pada pembuluh darah.
  • Membantu dalam pembekuan darah.
  •        Ketiga-tiga jenis sel darah di atas dihasilkan di dalam sum-sum tulang iaitu bahagian tengah tulang yang berbentuk span. Semua sel darah yang masih muda(immature) berada dalam keadaan normal di dalam sum-sum tulang sehingga ia matang(mature).

           Sel-sel darah ini dihasilkan secara teratur dan terkawal sesuai dengan keadaan tubuh seseorang. Jika terjadi sebarang pendarahan seperti kecederaan atau menstruasi, sum-sum tulang akan menghasilkan sel darah merah dengan lebih cepat dan banyak untuk mengekalkan kadar hemoglobin.

    SEL LEUKEMIA

           Sekiranya terjadi leukemia, sum-sum tulang akan menghasilkan sel darah merah yang tidak normal dalam jumlah yang berlebihan. Sel leukemia kelihatan berbeza dari sel darah yang normal. Di samping bentuknya, sel ini juga tidak berfungsi seperti yang sepatutnya.

    JENIS LEUKEMIA

           Terdapat banyak jenis penyakit leukemia yang boleh menyerang tubuh seseorang. Ia dibahagikan kepada 2 jenis iaitu leukemia akut dan leukemia kronik. Leukemia akutberlaku apabila sel-sel abnormal iaitu sel muda(immature) abnormal tetap tidak matang sehingga tidak dapat berfungsi seperti sepatutnya.

           Manakala leukemia kronik pula berlaku apabila terdapat sel yang tidak matang tetapi masih terdapat sel yang lebih matang. Dalam keadaan ini perjalanan penyakit agak lambat.

           Sel leukemia timbul dari 2 jenis pokok sel darah putih iaitu sel lomfoid dan mieloid. Apabila ia mempengaruhi sel limfoid, leukemia ini dipanggil leukemia limfositik. Manakala jika ia mempengaruhi sel mieloid ia dikenali sebagai leukemia mielositik.

    LEUKEMIA YANG SERING BERLAKU

    1. Leukemia limfositik akut

    2. Leukemia mielositik akut

    3. Leukemia limfositik kronik

    4. Leukemia mielositik kronik

    TANDA-TANDA YANG SERING BERLAKU

    Di bawah adalah tanda-tanda yang biasa ditunjukkan oleh pesakit :

    1. anemia - pucat, letih dan pendek nafas
    2. mudah jatuh sakit
    3. sakit anggota badan; jika sakit pada kaki pesakit akan berjalan tempang
    4. purpura - ruam warna jingga yang tidak hilang bila di picit
    5. mudah lebam
    6. hidung kerap mengalami pendarahan
    7. hilang nafsu makan dan turun berat badan

    * Pada leukemia akut limfositik, sel leukemia menyerang otak atau jaringan saraf sum-sum tulang. Ini akan menimbulkan gejala seperti sakit kepala, muntah, bingung, gerakan tidak terkawal, kejang dan sakit otot. Sel leukemia juga boleh menyerang buah zakar dan menyebabkan pembengkakan.





      UTAMA       KANSER

      HEPATITIS       HEMOFILIA       PENGETAHUAN AM