Istilah-istilah dalam glosari ini disusun
mengikut urutan abjad.
Sila klik
pada abjad di bawah untuk memudahkan pencarian anda.
A B
C D E F G H I J K L M N
O P Q R S T U V X
Y Z
|
Abiosis
Komponen bukan hidup
di dalam sesuatu ekosistem. Ini termasuk komponen kimia dan fizik seperti
suhu, cahaya, tanah, nutrien dan lain-lain lagi.
Albino
Keadaan pada mamalia
di mana pigmen kulit gagal berfungsi.
Ameba
Organisma unisel
(satu sel) dalam kumpulan protozoa yang merupakan organisma yang paling
ringkas dalam alam haiwan.
Arteri
Salur darah yang
membawa darah beroksigen dari jantung ke seluruh dadan pada tekanan rendah.
Aurikel
Bahagian atas jantung
yang mempunyai dinding nipis dan menerima darah daripada vena.
Ke atas
Beri-beri
Penyakit kurang zat
pada manusia disebabkan kekurangan vitamin B dalam gizi makanan.
Bolus
Sebarang jisim bulat
contohnya bola makanan bergerak ke bawah menerusi esofogus secara
peristalsis.
Bronkitis
Radang pada bronkies
terutamanya pada mamalia.
Biosfera
Gabungan beberapa
ekosistem yang terdiri daripada organisma hidup (komponen biotik) dan benda
bukan hidup (komponen abiotik seperti batu, tanah dan udara) yang meliputi
seluruh permukaan bumi.
Ke atas
Cendawan
Cendawan merupakan
kulat daripada Thalophyta. Jenis yang tidak beracun yang boleh dimakan
adalah daripada famili Agaricaceae. Contoh cendawan yang ditanam adalah
cendawan kelabu, cendawan telinga kera, cendawan butang dan cendawan
abalone.
Cengkerang
Bahan keras yang terdiri
daripada kalsium yang terdapat pada sesetengah haiwan seperti kerang, siput,
remis dan lala. Ia digunakan oleh haiwan ini sebagai perlindungan.
Corong Baermann
Alat yang digunakan
ntuk mengeluarkan haiwan intervertebrata yang hidup di kawasan lembab
seperti haiwan akuatik dan separa akuatik. Contoh-contoh organisma yang
dikeluarkan adalah dafnia, paramesium, euglena, amea dan klaidmonas.
Sila klik untuk maklumat lanjut.
Corong
Tullgren
Digunakan untuk
menumpul organisma tanah daratan yang hidup di celah-celah daun, di bawah
batang dan dahan reput atau di dalam tanah. Organisma-organisma yang
dikeluarkan dengan corong Tullgren ialah larva semut, gonggok, cacing
tanah, pacat, labah-labah, kumbang darah, semut dan
anai-anai. Sila klik untuk
maklumat lanjut.
Ke atas
Darah
Darah terdiri
daripada sel-sel darah, nutrien, hormon, bahan kumuh dan sebagainya dalam
cecair kuning pucat yang dipanggil plasma.Pada umumnya, darah manusia
mempunyai 55% plasma dan 45% sel-sel darah iaitu eritrosit (sel darah
merah), leukosit (sel darah putih) dan platlet (sel pembeku)
Disakarida
Unit karbohidrat
kompleks dengan 2 unit sakarida atau gula. Ia terhasil daripada perpaduan 2
molekul monosakarida dan kehilangan satu molekul air iaitu kondensi.
Formula kimia molekul ialah C12H22O11.
Ke atas
Ekologi
Kajian mengenai
perhubungan di antara organisma dengan alam sekitarnya serta organisma
lain.
Ekosistem
Satu sistem ekologi
yang kompleks yang terdiri daripada komuniti biotik (komponen hidup) dan
komuniti abiotik (komponen bukan hidup) yang saling berinteraksi serta
berfungsi bersama-sama.
Enzim
Protein yang
dihasilkan oleh sel hidup yang merupakan pemangkin organik yang berfungsi
mengawal dan mempercepatkan kadar tindakbalas biokimia di dalam organisma
hidup. Enzim boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu intrasel dan
ekstrasel.
Epifit
Tumbuhan hijau yang
tumbuh di atas tumbuhan lain untuk
mendapatkan sokongan serta kedudukan yang lebih baik.
Epizoit
Haiwan yang hidup
menumpang pada haiwan lain secara melekatkan
dirinya ke permukaan badan perumahnya.
Ke atas
Floem
Terdiri daripada sel salur tapis, sel rakan, gentian dan
parenkima floem.
Fotosintesis
Proses di mana
tumbuhan hijau mensintesis karbohidrat daripada karbon dioksida, air dan
garam mineral dengan menggunakan tenaga cahaya daripada matahari.
Ke atas
Gizi
Pengetahuan tentang
zat-zat makanan yang diperlukan untuk membekalkan tenaga, memperbaiki tisu
rosak, membina tisu baru, pertumbuhan dan mengekalkan kesihatan tubuh. Gizi
seimbang adalah gizi yang mengandungi semua kelas makanan dengan nisbah dan
kuantiti yang cukup untuk keperluan seseorang.
Ginjal
Terdiri daripada dua
organ berbentuk kekacang yang terletak di bahagian dorsal rongga abdomen
yang berfungsi sebagai alat perkumuhan dan pengosmokawalan.
Glomerulus
Satu jaringan
kapilari darah yang terdapat di dalam rongga kapsul Bowman. Ia wujud pada
bahagian korteks ginjal.
Ke atas
Habitat
Kawasan semulajadi di mana sesuatu organisma itu hidup dan membesar.
Hempedu
Cecair
kuning kehijauan yang bersifat alkali yang dihasilkan oleh hati tetapi
disimpan dalam pundi hempedu dan disalurkan ke dalam duodenum melalui duktus
hempedu.
Hibernisasi
Keadaan yang tidak aktif bagi sesuatu organisma pada musim sejuk.
Homeostasis
Proses
pengekalan persekitaran dalaman yang stabil dan konstan oleh organisma
hidup.
Hormon
Sejenis bahan kimia organik yang dirembeskan dalam kuantiti yang kecil
oleh kelenjar endokrin. Hormon diangkut oleh darah ke bahaian-bahagian badan
yang lain bagi membantu mengawalatur aktiviti organ sasaran.
Ke atas
Ileum
Bahagian ke dua usus
kecil yang menjalankan pencernaan dan penyerapan makanan (melengkapkan
pencernaan protein, karbohidrat dan lemak).
Interfasa
Dikenali sebagai
peringkat rehat di mana dalam peringkat ini kebanyakan sel berada dalam
keadaan normal pada setiap masa.
Ke atas
Jantung
Organ yang berfungsi
mengepam darah ke seluruh bahagian badan dan mengekalkan edaran darah dalam
salur darah.
Ke atas
Kambium
Terdiri daripada dua
atau tiga lapisan sel berdinding nipis yang terletak di antara tisu xilem
dan floem.
Kapilari
Salur darah yang
terkecil yang menghubungkan di antara arteriol
dan venul.
Kapsul
Bowman
Mempunyai bentuk
cawan berongga dan terdiri daripada sel-sel epitelium leper.
Kloroplas
Mengandungi klorofil
yang menbolehkan tumbuhan mensintesiskan makanan sendiri melalui
fotosintesis.
Koloni
Pengkolonian ialah
satu proses di mana organisma-organisma hidup (tumbuhan) menyerang dan
menduduki sesuatu habitat baru dan seterusnya membiak dalam habitat
tersebut.
Kromosom
Mengandungi semua
maklumat pewarisan yang dipanggil gen. Aktiviti sel dikawal dan ditentukan
oleh kromosom.
Ke atas
Lemak
Sebatian organik yang
terdiri daripada karbon, hidrogen dan oksigen tapi nisbah hidrogen kepada
oksigen adalah lebih tinggi daripada dua nisbah satu. Lemak wujud sebagai
pepejal dalam suhu bilik berbanding minyak wujud sebagai cecair dalam suhu
bilik.
Limfa
Sistem limfa terdiri
daripada satu sistem salur-salur halus yang bercabang-cabang dan buntu
dihujungnya. Fungsi sistem limfa yang utama ialah sebagai pertahanan
(menapis bakteria dan zarah-zarah asing) dan pengangkutan (mengangkut air,
hormon, garam mineral dan haba daripada darah ke sel-sel badan).
Leukosit
Sel
darah putih yang terdapat dalam darah.Terdapat lebih kurang 8000 leukosit di
dalam 1mm3 darah. Ia berfungsi sebagai sistem pertahanan untuk
menentang penyakit.
Ke atas
Malnutrisi
Malnutrisi disebabkan
oleh kekurangan satu atau lebih zat makanan akibat pengambilan gizi yang
tidak seimbang. Contohnya kekurangan Vitamin B1 yang menyebabkan
penyakit beri-beri.
Meiosis
Proses pembahagian
sel yang untuk menghasilkan gamet yang mempunyai separuh bilangan kromosom(haploid, n) daripada sel induknya yang diploid
(2n). Ia berlaku dalam organ-organ pembiakan sahaja iaitu testis dan ovari
pada haiwan dan anter dan ovari pada tumbuhan.
Mitokondrion
Mengandungi enzim
yang mengawal pembebasan tenaga dalam sel. Bilangan mitokondrion adalah banyak
di dalam sel-sel aktif yang menjalankan proses
metabolisme seperti sel otot dan sel kaki.
Mitosis
Proses pembahagian
sel yang menghasilkan dua sel anak. Mitosis berlaku dalam semua sel-sel
haiwan dan tumbuhan (sel-sel stoma dan sel-sel badan) kecuali kepada
sel-sel pembiakan.
Mikroorganisma
(Mikrob)
Organisma yang tidak
dapat dilihat dengan mata kasar (kecuali melalui mikroskop cahaya atau
mikroskop elektron) yang saiz puratanya adalah kurang daripada 100µm.
Ke atas
Nukleus
Terdiri daripada
benang halus yang dipanggil jasad kromatin dan nukleolus. Semasa nukleus
membahagi, jasad kromati kelihatan seperti bebenang yang dilenali sebagai
kromosom.
Nutrisi
Proses membekalkan
dan menerima makanan yang berkhasiat (makanan seimbang yang mengandungi
semua nutrien)
Ke atas
Organ
Sekumpulan tisu yang
berlainan jenis yang bekerjasama untuk menjalankan satu fungsi yang
tertentu.
Osmosis
Pergerakan molekul
pelarut (misalnya air) dari larutan kurang pekat (cair) ke larutan yang
lebih pekat melalui membran separa telap.
Otak
Organ terpenting
dalam sistem saraf pusat yang berfungsi secara am untuk menerima,
menganalisis, mengintergrasi dan menyimpan maklumat serta memberi arahan
yang seterusnya selepas menerima sesuatu ransangan.
Ovum
Gamet betina dan ianya dihasilkan oleh ovari.
Ke atas
Pankreas
Satu kelenjar yang
terletak dalam lingkaran duodenum dan bertugas sebagai kelenjar endokrin
(hormon) dan kelenjar eksokrin (enzim)
Pencernaan
Proses pemecahan atau
penguraian bahan-bahan makanan yang besar dan kompleks kepada
butiran-butiran yang ringkas dan kecil untuk digunakan oleh sel-sel badan.
Perut
Bahagian pertama
saluran makanan di mana pencernaan berlaku. Ia adalah tempat di mana
makanan disimpan untuk sementara waktu supaya jus-jus pencernaan dapat
bertindak ke atasnya sebelum di hantar ke duodenum.
Placenta
Tisu tebal yang terdiri daripada lipatan vilus yang banyak. Placenta
menghubungi fetus melalui tali pusat yang berbentuk tiub yang mempunyai
arteri dan vena untuk pengangkutan serta pertukaran gas dan nutrien.
Populasi
Sekumpulan
oganisma-organisma dari sebarang jenis atau spesis yang sama yang mendiami
di dalam satu kawasan yang tertentu. Contohnya sebuah belukar terdiri
daripada populasi siput, populasi katak dan populasi cacing tanah.
Protoplasma
Terdiri daripada
sitoplasma dan nukleus.
Protein
Protein terdiri
daripada karbon, hidrogen, oksigen dan nitrogen. Sesetengahnya mengandungi
unsur sulfur dan fosforus.
Unit asas protein adalah asid amino.
Protein haiwan adalah protein kelas pertama manakala protein tumbuhan adalah
protein kelas kedua.
Ke atas
Ke atas
Resapan
Pergerakan molekul
yang rawak bagi sesuatu cecair atau gas daripada kawasan yang berkepekatan
tinggi ke kawasan yang berkepekatan rendah. Pergerakan ini akan terus
berlaku sehingga molekul tersebut tersebar dengan sekata iaitu apabila
keseimbangan tercapai.
Respirasi
Pernafasan organisma
yang berlaku pada bahagian luar badan. Satu proses di mana bahan-bahan
organik (makanan) dioksidakan untuk menghasilkan tenaga.
Rumen
Ruang perut yang
pertama untuk menerima makanan yang telah ditelan tanpa dikunyah.
Ke atas
Saraf
Sistem saraf manusia
terdiri daripada sistem saraf pusat dan sistem saraf pinggir. Sistem saraf
pusat terdiri daripada otak dan saraf tunjang, manakala sistem saraf
pinggir terdiri daripada saraf kranium yang menganjur dari otak dan saraf
spina yang menganjur dari saraf tunjang.
Sel
Unit asas bagi
organisma hidup samada tumbuhan atau haiwan.
Sistem
Sistem terdiri
daripada sekumpulan organ yang bekerjasama untuk menjalankan fungsi yang tertentu.
Sitoplasma
Berbentuk jeli dan tidak berwarna. Terdapat banyak
organel-organel sel seperti nukleus, kromosom dan mitokondrion di dalamnya.
Ke atas
Tisu
Sekumpulan sel yang
serupa dari segi struktur dan menjalankan satu fungsi tertentu. Ia terdiri
daripada sel-sel yang telah menjalani proses pengkhususan.
Translokasi
Proses pengangkutan bahan-bahan organik seperti asid amino dan gula dalam
floem dari daun ke bahagian-bahagian lain tumbuhan seperti akar dan batang.
Transpirasi
Proses kehilangan wap air berlebihan kepada atmosfera secara sejatan melalui
bahagian-bahagian tertentu tumbuhan.
Ke atas
Ureter
Salur yang membawa
air kencing dari ginjal ke pundi kencing. Air kencing seterusnya keluar
melalui salur kencing yang dipanggil ureta.
Ke atas
Variasi
Merupakan perbezaan
sifat yang terdapat antara individu-individu dalam satu spesis yang sama.
Perbezaan ini termasuk sifat-sifat struktur, genetik, kelakuan dan
sosiologi. Contohnya – ketinggian, berat, warna mata, rambut, bentuk muka, bahasa,
kepintaran dan sebagainya.
Vena
Salur darah yang membawa darah terdeoksigen masuk ke
dalam jantung dari seluruh badan pada tekanan rendah.
Vitamin
Sebatian organik yang
diperlukan dalam kuantiti kecil untuk pemeliharaan aktiviti-aktiviti normal
dan kesihatan badan. Kekurangan vitamin boleh mengakibatkan penyakit,
kelebihannya pula boleh membawa kepada ketoksidan kepada badan.
Ke atas
Ke atas
Xilem
Terdiri
daripada salur xilem, trakeid, gentian xilem dan parenkima xilem.
Ke
atas
Yis
Sejenis kulat yang berbentuk bulat dan
bersel tunggal. Ia digunakan oleh manusia sebagai ibu roti atau bahan penaik
dalam bahan masakan.
Ke atas
Zigot
Hanya
satu sperma yang boleh mempersenyawakan ovum . Hasil persenyawaan ini
dinamakan zigot. Zigot mengambil masa kira-kira seminggu untuk bergerak ke
uterus.
Ke atas
|