Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Teristimewa Khas Buat Mu ~ Zaharah Nawawi

SELAMAT DATANG & SEKAPOR SIREH

SELAMAT berkunjung ke laman sawang ZAHARAH NAWAWI. Jikalau saudara memerlukan biodata @ apa-apa saja berkaitan penulisan saya untuk tujuan kajian, tesis, penyelidikan sastera, atau lain-lain keperluan yang bermanfaat, sila klik halaman-halaman seterusnya. Selama berada di dunia penulisan, saya bersyukur kerana mendapat perhatian daripada banyak pihak terutama pengkaji sastera dan pelajar dari bangku mitrukulasi hingga kepada calon Ph.D Menjadi kewajipan seseorang penulis melayani keperluan para pengkaji agar kejayaan dapat diraih dengan cemerlang. Para pengkaji bukan hanya dari pusat pengajian tinggi tempatan malah tersebar hingga ke benua Australia, Eropah apatah lagi Asia. Lazimnya mereka menghubungi saya untuk mendapat kerjasama, membuat janji temu dan seterusnya mewawancara dalam tempoh yang meletihkan. Berasaskan pengalaman lalu, saya mengambil langkah menyediakan laman sawang ini bagi membantu meringankan tugas saya sekaligus tugas para pengkaji juga. Melalui laman sawang ini sekurang-kurangnya sebahagian masa dijimatkan dan usaha kajian dapat dipenuhi tanpa perlu bergerak dari meja kerja. Sebarang Persoalan Sila Tinggalkan Pesanan Anda Disini


BIODATA

ZAHARAH NAWAWI anak kelahiran Batu Pahat Johor, membesar dan memungut pengalaman di luar kampung halaman. Mulai mengasah bakat di bidang penulisan sejak berusia 12 tahun, dan semenjak itu tidak pernah berhenti menulis sehingga kini. Pencapaian tertinggi yang diraih hasil penat lelah menulis ialah menerima Anugerah Penulis Asia Tenggara (SEA Write Award) pada September 1996 di Bangkok, Thailand. Telah melahirkan tujuh buah novel dewasa, tiga novel kanak-kanak, empat kumpulan cerpen persendirian dan lebih dari 25 buah antologi cerpen bersama. Pernah berkhidmat di Utusan Melayu sebagai seorang wartawan dan Anggota Sidang Pengarang WANITA -- dari 1968 hingga 1976. Jawatan terakhir Zaharah di Utusan ialah sebagai Ketua Redaksi majalah MASTIKA dari 1975-1976. Setelah meninggalkan Kumpulan Utusan, Zaharah berkhidmat pula di Berita Publishing, (anak syarikat Kumpulan The New Straits Times) dari 1976 hingga 1985. Jawatan terakhirnya di sana ialah sebagai Editor Umum Kumpulan Majalah Berbahasa Malaysia (Editor General Bahasa Publications) di Berita Publishing. Dari 1985 hingga 1986 Zaharah menjadi Editor Urusan di Pustaka Cipta Sdn. Bhd.

Zaharah meninggalkan Pustaka Cipta setelah mendapat Dana DERMA CIPTA Dewan dari Dewan Bahasa dan Pustaka untuk membuat penyelidikan mengenai perjuangan Panglima Salleh Selempang Merah yang mengetuai orang kampung membenteras kegiatan dan kezaliman komunis Bintang Tiga dalam tahun 1945 di Batu Pahat, yang kemudian ditulis dalam bentuk novel menggunakan judul Panglima Salleh Selempang Merah. Pada 1988, Zaharah menerima pelawaan Pakar Sakit Puan terulung berasal dari Muar, Johor iaitu Dr. Hamid Arshad yang waktu itu menjadi Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) untuk menjadi editor majalah Timang keluaran LPPKN tersebut. Zaharah berkhidmat di badan berkanun berkenaan sehingga bersara pada 1995. Zaharah menulis sebuah novel terpanjang di Malaysia (1351 halaman) berjudul Anugerah yang terbit pada 1995. Belum ada novel lain dapat mengatasi atau memecahkan rekod novel terbitan DBP tersebut. Novel Anugerah jugalah yang membawakan tuah kepada penganugerahan Sea Write Arawd di Bangkok (1996).

Dari 1997 hingga 1998, Zaharah menjadi Karyawan Tamu Dewan Bahasa dan Pustaka. Sementara semenjak 1989 karya cerpen Zaharah banyak memenangi hadiah. Terakhir beliau memenangi hadiah utama Hadiah Sastera Utusan/Public Bank melalui cerpennya Pemain Catur. Menyimpan cita-cita mahu melatih penulis pelapis supaya menjadi penulis yang benar-bernar berwibawa, mulai 1993 Zaharah mengadakan bengkel-bengkel penulisan meliputi beberapa genre, termasuk novel, cerpen, puisi, kritikan, drama radio, bahasa, undang-undang dan rencana. Pada November 1997, Zaharah menubuhkan kelab penulisannya sendiri dengan nama KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) yang ahlinya terdiri daripada penulis/bakal penulis yang pernah mengikuti bengkel-bengkelnya. Dengan itu tercatatlah dalam sejarah kesusasteraan dan penulisan negara bahawa Zaharah Nawawi adalah satu-satunya orang/penulis/sasterawan yang berdikari melatih penulis pelapis tanpa mendapat dana dari mana-mana pihak. Dan kelab Zaharah bukan sahaja kekal hidup sehingga sekarang, malah antara kelab yang tergiat mengadakan bimbingan kepada penulis/bakal penulis yang ingin memenuhkan dada dengan pelbagai ilmu penulisan. Setiap bulan atau setidak-tidaknya, dua tiga bulan sekali publisiti mengenai kegiatan KEPEZI dapat dilihat tercatat di ruangan Sastera akhbar-akhbar tempatan. Karya-karya Zaharah terutama Jalur Sinar Di Celah Daun dan Anugerah menjadi bahan kajian sarjana dan ilmuan di benua Eropah dan Australia. Kedua-dua novel berkenaan juga sedang menjalani proses penterjemahan oleh dua sarjana dari Universiti Nasional Australia.


MENU UTAMA
Karya || Negara Pernah Dilawati || Dana || Matlamat
Anugerah || Editor Penyelenggara || Galeri Deskriptif
Pencapaian || Pengalaman Kerjaya || Galeri Kreatif

PELBAGAI

PANDANGAN TOKOH SASTERA

Tulisan/Pandangan/kertas kerja tokoh sastera Tentang Zaharah Nawawi dan Karyanya

1. TEMA KEWANITAAN DALAM NOVEL ANUGERAH Oleh Dr. Ungku Maimunah Mohd. Tahir Jabatan Persuratan Melayu, UKM. (Dewan Sastera Mac 1997)

2. NOVEL ANUGERAH KARYA ZAHARAH NAWAWI Oleh Shahnon Ahmad USM Pulau Pinang. (Dewan Sastera, Oktober 1997)

3. SUNGAI SEJARAH DALAM LAUT SASTERA: ANUGERAH ZAHARAH NAWAWI Oleh Dr. Rosnah Baharuddin Jabatan Persuratan Melayu, UKM (Kertas Kerja untuk diskusi Novel Anugerah di Sudut Penulis pada 25 Oktober 1995)

4. ANUGERAH: MEMUGAR SEJARAH UNTUK SEBUAH NOVEL Oleh Anwar Ridhwan (Kertas kerja untuk diskusi novel Anugerah di Sudut Penulis pada 25 Oktober 1995)

5. ANUGERAH: USAHA BERANI MENTERJEMAH NOVEL Oleh Mohamed Ghouse Nasuruddin USM Pulau Pinang. (Dewan Budaya, Febuari 1997)

6. ZAHARAH NAWAWI: ANUGERAH DAN CITA-CITA Oleh Siti Zaleha M. Hashim (Dewan Sastera Oktober 1997)

7. ZAHARAH NAWAWI: NOVELIS YANG MEMERTABATKAN WANITA Oleh Dr. Rosnah Baharuddin Jabatan Persuratan Melayu, UKM (Kertas kerja sempena Seminar Warisan Sastera Johor Di Johor Bahru, Oktober 1996)

8. MENGIKUTI NOVEL PANGLIMA SALLEH SELEMPANG MERAH Oleh Anwar Ridhwan (Dewan Sastera, Oktober 1989)

9. JALUR SINAR DI CELAH DAUN (Zaharah Nawawi) dan THE COLOR PURPLE (Alice Walker): SATU PERBANDINGAN TEMA WANITA Oleh Prof. Madya Dr. Ungku Maimunah Mohd. Tahir Jabatan Persuratan Melayu, UKM (Dewan Sastera Januari 1998)

10. ZAHARAH NAWAWI WANITA, KEWARTAWANAN dan PENULISAN Oleh Salmiah Ismail (Dewan Sastera, Jun 1980)

11. ZESTFUL ZAHARAH By Milicent Danker (Offstone -- NST -- 1 March 1981)

12. ZAHARAH NAWAWI SAYA INGIN MENINGGALKAN SESUATU YANG BERKESAN Oleh Siti Zaleha Mohd. Hashim (Dewan Sastera, Mei 1988)

13. SETELAH MEMENANGI SEA WRITE AWARD '96 ZAHARAH MAHU TERUS BERKARYA Oleh Azman Ismail (Mingguan Malaysia 14 Julai 1996)

14. ZAHARAH NAWAWI TAFSIR SEJARAH MELALUI ANUGERAH Oleh Salbiah Ani (Berita Harian 7 November 1995)

15. ZAHARAH NAWAWI DAN FEMINISME Oleh Salbiah Ani (Berita Minggu 1 Mei 1994)

16. ANUGERAH: NOVEL RASMI UMNO Oleh Lanang Sejagat (Mingguan Malaysia 21 April 1996)

17. ZAHARAH NAWAWI CIPTA SEJARAH PENULISAN NOVEL 'ANUGERAH' UNTUK KAUM WANITA Oleh Faisal Tehrani (Mingguan Malaysia 20 Ogos 1995)

18. A SIMPLE TALE OF RURAL LIFE JALUR SINAR DI CELAH DAUN ZAHARAH NAWAWI By Johan Abdullah (The New Straits Times 4 April 1981)

19. PENULIS FEMINIS DALAM ERTI KATA POSITIF ZAHARAH NAWAWI MENULIS KERANA INGIN MEMBERONTAK Oleh Rasiah Halil (Berita Harian Singapura 10 September 1991)

20. ZAHARAH DAN PUISI TENTANG MELAYU Oleh Aziz Az (Utusan Malaysia 27 Mei 1997)

21. PERJUANGAN WANITA DALAM 'harga diri' MENGHAPUSKAN YANG MUNGKAR Oleh Sakdon Kayon (Mingguan Malaysia 29 Mac 1998)

22. CERITA MUSIM RONTOK RELEVAN DENGAN MASA KINI (Pandangan Balas Ulasan cerpen) Oleh Rahman Shaari

23. CHANGING CONCEPTS of IDENTITY in MALAY LITERATRRE AFTER 1957 by Lisbeth Littrup (untuk tesis Ph.D Lisbeth Litterup dari Universiti Kebangsaan Copenhagen) Denmark.