Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

 

LENCANA KEGIATAN

 

Mempunyai pengetahuan yang cukup berkenaan dengan peraturan dan langkah keselamatan serta menunjukkan kemahiran dalam satu kegiatan yang berikut:-

 

  1. Pementasan
  2. Mengambil bahagian utama sebagai pelakun atau pengarah dalam satu lakunan diperingkat sekolah atau mana-mana peringkat.

     

    ATAU

     

  3. Bertukang Kayu/Logam
  4. Membuat sebuah perabut yang berguna seperti bangku, tempat sangkut tuala, tempat letak buku dan sebagainya.

     

    ATAU

     

  5. Tarian Kebudayaan
  6. Menari satu jenis tarian kebangsaan yang berikut iaitu Joget, Inang, Canggong, Zapin, Sumazau, Ngajat dan tarian-tarian yang terkandung dalam kebudayaan negara.

     

    ATAU

     

  7. Kraftangan/Kerjatangan

Membuat satu perkara dibawah ini yang memuaskan dengan usaha sendiri:-

    1. Ciptaan seni ukir/seni arca
    2. Cap mengecap batik
    3. Anyaman tradisional
    4. Lukisan mural
    5. Jahitan/tenunan/tekat/gubahan/kait mengait.

ATAU

 

5. Seni Mempertahan Diri

Memahirkan diri dalam sejenis seni mempertahankan diri seperti silat,kung fu, salambam, tea kwan do, karate dan sebagainya.

 

ATAU

 

6. Muzik

Dapat memainkan dengan jelas sejenis alaat muzik, moden atau tradisional.

 

ATAU

 

7. Urusetia

Mengelolakan satu perjumpaan seperti seminar, forum, khemah kerja dan sebagainya.

 

ATAU

 

8. Pertanian

    1. Mengetahui cara membuat tut
    2. Mengetahui campuran tanah untuk tut pada bahagian pokok.
    3. Menanam bahagian tut dan mengetahui campuran tanah di dalam beg/pasu.

 

ATAU

 

9. Komputer

    1. mengetahui jenis komputer dan bahagian pada sebuah komputer.
    2. Mengetahui cara mengendali sebuah mikro komputer dan faham apa dia DOS (Disk Operating System)
    3. Mengetahui kegunaan komputer di pejabat dan industeri.
    4. Mengetahui jenis perisian yang terbaru dari segi penggunaannya.
    5. Menyediakan dengan memuaskan satu pengaturcaraan komputer (BASIC) dan sebagainya atau dalam kemahiran seperti memproses perkataan dan sistem pengkalan data.