Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!


Rezeki
Seksaan meninggalkan solat




Rezeki

Manusia sering bimbang mengenai rezekinya apakah ada atau tidak cukup? Tetapi apakah itu rezeki? Adakah harta atau wang ringgit itu rezeki?

Menurut Islam, Allah S.W.T. berkehendakkan kita supaya bercakap benar dan jangan melakukan yang batil. Buatlah apa yang diredai Allah dan ketahuilah bahawa rezeki kita berada di tanganNya. Tidak seorang pun yang boleh mengambil atau menyekat rezeki kita. Allah telah menerangkan kepada kita bahawa Ia mengurniakan Qarun dengan harta yang banyak. Namun Qarun tidak pernah puas kerana angkuh.

"Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu, kerana ilmu yang ada padaku.' Dan apakah ia tidak mengetahui bahawasanya Allah sungguh telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya, dan lebih banyak mengumpulkan harta? (Surah Al-Qasas: 78)

Sesungguhnya rezeki itu tidak berperanan pada harta, darjat, keturunan atau pangkat saja, malah ia memainkan peranan mendapatkan keredaan Allah dari segi percakapan dan amalan. Di sinilah kita dapat memahami maksud firman Allah yang berikut, yang bermaksud:

Dan jadilah orang-orang (yang sebelumnya) itu mencita-citakan kedudukan Qarun itu berkata: Aduhai, benarlah Allah telah melapangkan rezeki bagi sesiapa yang Dia kehendaki dari hamba-hambaNya dan menyempitkannya. Kalau Allah tidak melimpahkan kurniaNya atas kita, benar-benar Dia telah membenamkan kita (pula). Aduhai, benarlah! Tidak beruntung
orang-orang yang mengingkari (nikmat Allah). (Surah Al-Qasas: 82)

Allah telah mengurniakan orang-orang yang bermaksiat terhadapNya dengan harta yang banyak atau darjat keduniaan yang tinggi.

KEMURKAAN

Jika ditinjau dari segi zahirnya, ini adalah satu kebaikan bagi mereka. Namun yang sebenarnya adalah khilaf. Harta dan pangkat ada kalanya tidak mendatangkan kebaikan.

Allah berfirman yang bermaksud:

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya akan dibukakan jalan keluar baginya (dari sebarang masalah) dan akan dikurniakan rezeki dari sumber-sumber yang tidak diduga. (Surah At-Talaaq: 2 & 3)

Bertakwa kepada Allah dan mengetahui akan sebab-sebab rahmatNya adalah rezeki yang sebenarnya. Oleh yang demikian, Rasulullah S.A.W. tidak mengibaratkan kerana banyak harta itu adalah kaya, akan tetapi kesucian itu adalah diiktibarkan kaya yang sebenarnya. Baginda pernah bersabda dalam hadisnya yang bermaksud:

Bukanlah kekayaan itu oleh sebab banyak harta yang dipamerkan akan tetapi kekayaan itu adalah kekayaan jiwa. Bukanlah nikmat Allah yang zahir yang dilimpahkan kepada manusia dengan harta yang banyak dan sebagainya menunjukkan kebaikan dan keredaan Allah. Bukanlah dugaan Allah ke atas hambaNya satu dalil yang menunjukkan kemurkaan Allah. Perkara ini adalah sebaliknya.

Boleh jadi sesiapa yang telah dilimpahkan oleh Allah dengan pelbagai nikmat itu mungkin dianggap sebagai satu 'pujukan atau umpanan yang berperingkat' dan berkemungkinan pula sesiapa yang diduga oleh Allah adalah sebagai satu kelebihan di sisiNya. Allah berfirman yang bermaksud:

Apakah mereka mengira bahawa harta dan anak-anak yang Kami berikan kepada mereka itu (bererti bahawa) Kami segera memberikan kebaikan-kebaikan kepada mereka? Tidak, sebenarnya mereka tidak sedar. (Surah Al-Mukminuun: 54 & 56)

Rasulullah pula ada menegaskan dalam sebuah hadis yang maksudnya:

Apabila kamu melihat seseorang itu dikurniakan atasnya rezeki dan masih bermaksiat kepada Allah, maka ketahuilah kamu bahawa ini sesungguhnya adalah satu pujukan atau umpan.

Oleh yang demikian, janganlah kamu sangka bahawa sedikit harta itu adalah jauh daripada rezeki Allah.

DOSA-DOSA

Berkemungkinan bahawa orang-orang yang diberi nikmat rezeki itu adalah sebagai nikmat yang negatif seperti menjauhkan daripada penyakit dan dosa-dosa sehingga dia meninggalkan dunia ini dengan penuh kesucian dan beroleh kemenangan dengan syurga yang abadi.

Rezeki di sisi Allah dikurniakan untuk semua makhluk sama ada dari golongan manusia, jin, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Allah mengurniakan rezekinya pada had yang tertentu seperti firmannya yang bermaksud:

Dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan terdapat (pula) apa yang dijanjikan kepadamu. (Surah Az-Zaariyaat: 22)

FirmanNya lagi yang bermaksud:

Dan tidak ada satu binatang yang melata (segenap makhluk Allah yang bernyawa) pun di bumi melainkan Allahlah yang memberikan rezekinya dan Dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya. (Surah Huud: 6)

Tidak ada makhluk di muka bumi ini yang berupaya menambah atau mengurangkan, mempercepatkan atau melewatkan rezeki seseorang. Rasulullah S.A.W. telah bersabda dan menekankan hal ini dalam hadisnya yang bermaksud:

Ketahuilah! Jika sesuatu umat itu dikumpulkan untuk memberi manfaat kepada kamu, nescaya tidak akan terlaksana melainkan sesuatu yang telah ditulis oleh Allah bagi kamu dan jika mereka memudaratkan kamu, tidak juga akan terlaksana melainkan apa yang telah dicatat oleh Allah. Diangkat 'Kalam-kalam' dan dibentangkan 'Buku-buku'.

Maksud 'kalam' di sini ialah "kuasa mentakdirkan rezeki dan ajal", manakala 'buku' pula adalah segala apa yang telah termaktub sejak dari azali sebelum Allah menjadikan langit dan bumi seperti yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Rasulullah yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah telah menetapkan kuasa ketakdiranNya sebelum dijadikan langit dan bumi dalam lima puluh ribu tahun.

Di sini ternyata kepada kita bahawa seorang Mukmin yang sempurna imannya tidak khuatir pada rezekinya kerana yang mengurniakannya adalah Allah S.W.T.

IMAN DAN TAKWA

Iman dan takwalah yang dapat memainkan peranan bagi memahami ujian Allah bahawa kekayaan dan kemiskinan itu terletak di tangan Allah sebagaimana yang difirmankanNya:

Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakanNya dan diberiNya kesenangan, maka dia berkata: 'Tuhanku telah memuliakanku'. Adapun apabila Tuhannya mengujinya lalu membataskan rezekinya, maka dia berkata: 'Tuhanku menghinaku'. (Surah Al-Fajr: 15 & 16)

Berjuta-juta manusia mati kelaparan disebabkan kemarau yang berpanjangan. Ajal mereka telah sampai sebagaimana yang ditetapkan Allah S.W.T. sejak dari azali lagi. Dengan kembalinya seseorang itu maka terhenti dan terputuslah rezekinya. Dengan kembalinya seseorang itu ke hadrat Ilahi, maka terhenti dan terputuslah rezkinya. Al-Quran ada menerangkan yang bermaksud:

Maka apabila telah datang ajalnya, mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak (pula) memajukannya. (Surah Al-Araaf: 34)

KESESATAN

Rasulullah telah menerangkan dengan jelas dalam wasiatnya kepada Ibnu Abbas yang bermaksud:

Jagalah Allah semoga Allah akan menjaga kamu; jagalah Allah semoga kamu mendapatiNya berhadapan dengan kamu; jika kamu mohon pertolongan, maka mohonlah kepada Allah.

Inilah wasiat yang tidak syak lagi bahawa Allah sajalah yang memberi manfaat dan memudaratkan, merendah dan meninggikan; memulia dan mengeji,  menghidup dan mematikan. Tidak ada suatu makhluk sama ada individu atau kumpulan masyarakat yang
dapat memberi kesan pada manusia melainkan dengan izin Allah. Firman Allah, bermaksud:

Jika Allah menimpakan suatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri.Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Surah An-Anaam: 17)

Kesimpulannya, apa yang boleh mendatangkan manfaat bagi seseorang, itulah rezekinya yang sebenar. Selain daripada itu, apa yang diperolehinya itu boleh membinasakan dan menyesatkannya. Atas
 

Seksaan meninggalkan solat

"Apakah yang menyebabkan kamu semua masuk neraka Saqar ini? Mereka menjawab: Kami tidak termasuk golongan orang-orang yang bersembahyang." (Al-Mudathsir: 42,43)

Siksaan Ketika Hidup Di Dunia

Allah kurangkan keberkatan umurnya. Rezekinya dipersempitkan oleh Allah. Tidak ada tempat baginya di sisi agama Islam. Doanya tertolak. Hilang cahaya soleh dari wajahnya. Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala.

Siksaan Ketika Sakaratul Maut

Ia akan menghadapi sakaratul maut dalam keadaan hina. Matinya dalam keadaan menderita kelaparan. Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minum air sebanyak tujuh lautan.

Siksaan Ketika Di Dalam Kubur

Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempitnya. Kuburnya akan digelapkan. Allah akan menyiksanya dengan pedih sehingga hari Qiamat.

Siksaan Ketika Berada Di Akhirat

Ia akan dibelenggu dan diseret ke padang Mahsyar oleh malaikat. Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan. Allah tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan disiksa dengan keras di dalam neraka.

Nisbah Dosa Bagi Orang-Orang Yang Meninggalkan Sembahyang Setiap Waktu

SUBUH         : Ia akan disiksa selama 60 tahun di dalam neraka.
ZUHUR         : Dosanya seperti membunuh 1000 jiwa orang Islam.
ASAR            : Dosanya seperti ia meruntuhkan Kaabah.
MAGHRIB     : Dosanya seperti ia berzina dengan ibunya (jika lelaki) atau berzina dengan bapanya (jika perempuan).
ISYAK          : Allah tidak redha ia hidup di bumi Allah ini dan digesa agar mencari bumi lain.

Wallahu'alam. Atas

Tazkirah 6