Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
SANGGAR MUSTIKA, ALBUM TERKINI SITI NURHALIZA



  • TARIKH: 10 Mac 2002
  • AGENDA: Pelancaran Album Siti Nurhaliza - Sanggar Mustika
  • TEMPAT: Kompeks 1 Utama, Damansara Utama, Petaling, Selangor
  • DIPASARKAN: 11 Mac 2002
  • DILANCARKAN OLEH: Y.Bhg Puan Azah Aziz
  • JUMLAH PEMINAT YANG HADIR: Sekitar 2,000 orang


  • SEBAGAI usaha untuk terus memartabatkan irama dan lagu tradisional kepada masyarakat hari ini, Siti Nurhaliza, 23, sekali lagi memilih untuk merakamkan album solo tradisional yang bertajuk "SANGGAR MUSTIKA"

    Sebelum ini, beliau telah muncul dengan 2 buah album tradisional solo iaitu Cindai dan Sahmura serta sebuah album duet bersama Noraniza Idris berJudul Seri Balas.

    Judul "Sanggar Mustika" dipilih berdasarkan maksud sanggar yang bermakna tempat dan mustika yang bererti cantik atau sempurna. Ianya diterjemahkan sebagat tempat yang paling cantik atau sempurna untuk meletakkan irama tradisional.

    Proses pembikinan album ini bermula sejak awal Januari tahun lalu dan siap sepenuhnya pada akhir Februari. Suria Records memilih tarikh 10 Mac 2002 untuk melancarkan album ini kerana ingin memberi peluang kepada peminat Siti melihat sendiri acara pelancaran album terbaru itu.

    Jaya Jusco 1 Utama menjadi lokasi pelancaran album ini kerana hubungan erat SRC dan Siti sendiri yang terjalin dengan pihak pengurusan pusat membeli belah tersebut disamping ianya dapat memberi peluang terbuka kepada sesiapa sahaja untuk datang melihat majlis pelancaran itu.

    Selain itu, Siti juga telah terpilih menjadi model kepada Jaya Jusco yang telah menandatangani perjanjian secara rasmi pada 7 Mac lalu.

    Album Sanggar Mustika mempertaruhkan 10 buah lagu dari ciptaan ramai komposer dan penulis lirik. Album ini diterbitkan oleh tiga orang penerbit iaitu Pak Ngah, Ramli M.S Dan S. Atan.

    Siti memilih untuk menyanyikan lagu berentak padang pasir, Joget, keroncong, inang, canggung dan juga lagu lama yang dinyanyikan semula. Sebanyak lapan buah ciptaan lagu baru terkandung dalam album ini iaitu Nirmala, Joget Senyum Memikat, Panas Berteduh Gelap Bersuluh, Kurik Kundi, Badarsila, Syair Kamelia, Di Batas Masa dan Sulam Sembilan.

    Dua buah lagu lama yang dinyanyikan semula oleh Siti ialah Bunga Tanjung dan Bisikan Hati.

    Menurut Siti, bersesuaian kariernya sebagai penyanyi yang bukan sahaja bertujuan memberi hiburan kepada masyarakat tetapi turut berperanan mendidik serta menunjukkan contoh yang baik, beliau memilih lirik-lirik yang memberi mesej yang baik.

    Kebanyakan lirik dalam album ini berkisarkan kepada soal budi, budi pekerti, ketuhanan, menjauhi fitnah dan pelbagai lagi.

    "Siti amat berharap agar album ini memberi sesuatu yang berguna kepada masyarakat dan itu adalah antara sumbangan Siti dalam bidang nyanyian.

    Walaupun Siti tidak menyanyikan lagu-lagu nasyid tetapi dalam lagu-lagu tnadisional, Siti turut menyelitkan mesej yang berguna kepada masyarakat," kata Siti.

    Tambahnya, beliau berharap album kali ini akan dapat diterima seluruh peminatnya dan dapat mengembalikan kegemilangan penjualan album yang selama ini terjejas akibat cetak rompak.

    Album ini akan berada di pasaran pada 11 Mac (Isnin ini) dalam bentuk kaset dan cakera padat di seluruh negara termasuk Singapura dan Brunei.

    Album ini juga bakal memasuki pasaran Indonesia sekitar April nanti. - SRC


    GAMBAR BESAR... SILA KLIK!


    Wawancara Dalam RealAudio 7 (28.8)
    | Ilham mencipta lagu (327K) | Mengapa lancar di komplek beli-belah? (717K) |
    | Lagu manakah yang terbaik? (798K) | Kontrak dengan SRC (616k) | Kenapa Siti nangis? (646k) |


    Contoh Lagu Dalam RealAudio 7 (28.8)
    ALBUM SANGGAR MUSTIKA
    | Nirmala (1,228K) | Kurik Kundi (989K) | Bisikan Hati (1,051K) | Syair Kamelia (613k) |
    | Sulam Sembilan (775k) |



    This Online news updated everyday. My@rtis.com Copyright © 2002. All Rights Reserved myartis stat
    Send EMAIL to: my@rtis.com