Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

KONSEP DAN FALSAFAH RUKUN ISLAM

DR. HARUN DIN
FALKUTI PENGAJIAN ISLAM
UKM, BANGI , SELANGOR   

  rukun01.gif (1385 bytes)

Islam adalah satu-satunya agama Allah yang diturunkan kepada manusia, sejak dari zaman Adam a.s. hinggalah kepada zaman Muhammad s.a.w. Penganut-penganut agama Islam kini dan di hari-hari yang akan datang, adalah penerusan hidup beragama yang tidak putus-putus hinggalah ke akhir zaman, untuk menghayati Islam yang sebenar .

     Islam adalah sua tu sistem hidup yang lengkap sempurna, yang diciptakan Allah untuk manusia sejagat. Mengandungi dua bahagian asasi yang tidak berpisah. Aqidah dan Syari'ah.

    Aqidah adalah asas yang segala-galanya bertitik tolak daripadanya. Tanpa aqidah yang benar amal manusia tidak ada nilai di sisi Allah Swt

MATLAMAT MANUSIA'

     Manusia di dalam hidup ini, menurut pernyataan AI-Quran adalah makhluk yang .wujud dan sedang bergerak dalam arus penghidupan; berhempas pulas menuju matlamat terakhirnya, kepada Allah s.w.t. AI-Quran menyebut:-

rukun02.gif (5380 bytes)

yang bermaksud

Wahai manusia, sesungguhnya kamu sedang berusaha berhempas pulas, bersungguh. sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemui-Nya.

Al-Quran menyebut lagi:-

rukun03.gif (3962 bytes)

Yang bermaksud :

Sesungguhnya kepada Tuhanmu tempat penghabisan (kamu menuju).

rukun04.gif (3581 bytes)
Bahawasesungguhnya kepada Tuhan kamu tempat dikembalikan.

rukun05.gif (2465 bytes)
Sesungguhnya kita semua adalah milik Allah (kepunyaan Allah) dan kepada-Nya kita
semua kembali kepada-Nya.


Ayat-ayat di atas menggariskan dengan jelas matlamat hidup manusia yang terakhir sekali; iaitu dari Allah manusia datang dan kepada-Nya manusia dikembalikan.

Sejak dari manusia diwujudkan hinggalah ia mati dan dikembalikan kepada Allah, jalan yang ditempohnya, walaupun berliku-liku, tetapi sebenarnya ia menuju ke suatu matlamat sahaja. Jalan itu adalah jalan lurus dan tidak lagi berbalik kebelakang. Jalan menuju Allah s.w.t.


Manusia pada mulanya diciptakan rohnya, kemudian jasadnya, lalu dicantumkan keduanya. Selepas percantuman itu roh dan jasad dipisahkan semula. Sampai masanya nanti jasad yang hancur dicantumkan semula dan dipertemukan balik untuk meneruskan hidup yang sebenar .

Jalan hidup manusia adalah bermula dari alam roh (semasa dijadikannya) menuju ke alam dunia, yang dijadikan jasadnya, terus kepada alam kubur yang pasti menunggunya, menuju ke alam berzakh tempat istirehat atau sebaliknya, untuk dibawa ke alam mahsyar tempat hisab amalannya dan seterusnya ke syurga atau neraka tempat akhimya.
Perjalanan hidup manusia dalam konsep kehidupan yang dijelaskan itu adalah berlaku secara sistematis, mengikut plan yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. Manusia dalam arus itu terus berjalan dari satu alam ke suatu alam yang lain secara jalan satu hala, yang tidak boleh berpatah balik.


Allah maha mengetahui dengan hakikat manusia dan maha mengetahui pula dengan jalan yang ditempuhnya, oleh itu, setelah diciptakan manusia, diciptakan pula jalan hidupnya iaitu jalan Iman dan Islam demi kesejahteraan dan kebahagiannya.


Bagi menjaminkan manusia ini benar-benar menjadi khalifah di bumi, diwahyukan kepada para Rasul Islam yang akan menjadi cara hidup yang lengkap, untuk diikuti oleh manusia.


Islam itu pula ditetapkan rukun-rukunnya untuk mudah manusia memahami apakah Islam itu dan apa pula tuntutan-tuntutannya.

Lima rukun Islam mempunyai konsep 4an falsafah yang amat luas. Selagi mampu menganalisa rukun Islam itu maka selama itu rukun-rukun itu mampu memberikan erti, konsep dan falsafah yang sesuai diketengahkan sebagai panduan.

Kertas ini adalah suatu percubaan kerdil ke arah memahami konsep dan falsafah rukun Islam .

RUKUN ISLAM DAN KONSEPNYA:


Perkataan 'rukun' jika diteliti dari sudut pengertiannya menerusi kamus-kamus Arab, maka ianya bererti:

  1. sesuatu yang menguatkan
  2. yang mempertahankannya atau memuliakannya
  3. bahagian yang penting dan terkuat.


Dari pengertian di atas dapat dikaitkan dengan rukun Islam itu sendiri iaitu ianya bererti; Islam itu ada berbagai-bagai cabang dan bahagiannya. Ada ibadat, ada mu'amalat, ada munakahat, ada jinayat dan sebagainya. Dalam ibadat itu pula ada bermacam-macam. Syahadah, salat, zakat, puasa, hajj, amar makruf, nahi munkar, jihad dan sebagainya.
Bahagian yang boleh menguatkan, mempertahankan, memuliakan Islam itu adalah yang terkandung dalam rukun Islam. Bahagian inilah yang penting dan terkuat. Rukun Islam dalam konteki ini merupakan suatu konsep tersendiri yang amat luas
pengertiannya. la adalah nilai Islam itu sendiri pada diri seseorang. Rasulullah s.a.w. pernah menyebutkannya sebagai tiang agama. Dalam kontek solat sebagai contoh, Rasulullah s.a. w .bersabda yang bermaksud:
Sembahyang itu tiang agama. Sesiapa yang mendirikannya, maka sesungguhnnya ia mendirikan agama. Sesiapa yang meninggalkannya maka sesungguhnya ia telah meruntuhkan agama.


Hadis di atas jelas menyebut sembahyang (solat) tiang agama, yang bererti ianya bahagian penting yang berkait rapat dengan jatuh bangunnya Islam pada seseorang itu. Jika ditinjau dari sudut yang lebih meluas dari konsep yang terkandung dalam rukun
Islam, maka dapat diperincikan seperti berikut:-

  1. Konsep Islam Sebagai Bangunan
    Islam yang mengandungi rukunnya, telah dijelaskan yang rukun itu sebagai tiang.
    Diperjelaskan lagi oleh Rasulullah s.a. w .dalam sebuah hadisnya yang menggambarkan Islam itu sebagai bangunan. Hadis itu bermaksud:
    "Bandingan saya dengan Nabi-Nabi yang sebelum saya adalah seperti seorang yang membina sebuah bangunan. Semua bahagian dari bangunan itu telah siap, melainkan satu bahagian kecil lagi yang belum siap, semua otang yang melihat
    bangunan itu memuji bangunan itu cuma ada kekurangannya. Sayalah (sabda Rasulullah) bahagian yang terakhir yang menyempurnakan bangunan itu. Sayalah Rasul terakhir yang diutusuntuk melengkap sempurnakan bangunan itu."

    Hadis itu memberi gambaran (antara lainnya) Islam itu sebagai bangunan. Konsep bangunan dalam kontek ini memberikan suatu gambaran yang lebih luas bahawa Islam itu mempunyai asasnya. Tiangnya, bumbungnya, dindingnya dan sebagainya. Asas adalah aqidah. Tiang adalah rukun IsIam, Bumbung adalah pemerintahan Islam. Dinding adalah perlaksanaan undang-undangnya.
  2. Konsep Rukun Islam Sebagai Skop Amalan
    Rukun Islam yang bermula dari syahadah dan berakhir dengan hajj, memberikan suatu gambaran tentang skop Islam yang meluas. Di mana Islam itu tidak terhenti di atas pengakuan dan amalan secara individu sahaja tetapi ianya memerlukan gerak kerja dan tindakan yang meliputi sehingga kepada persoalan negara dan ummah.
    1. MengIslamkan Diri
      Konsep syahadah memberi erti bahawa Islam itu perlu dimulakan dengan diri sendiri. Tunduk patuh kepada titah perintah Allah secara penuh ikhlas. Meny~rah diri kepada Yang Maha Esa. Redza kepada semua hukum dan
      balasan yang diterima dari dunia hingga ke akhirat. Penglslaman diri dalam konsep syahadah ini memerlukan ketegasan hati dan kekuatan azam untuk menjadi hamba Allah yang setia. Ketaatan dan kepatuhan hanya kepada Allah yang diutamakan. Ketika Ali bin Abi Talib r.a. melafazakan kalimah syahadah ini dihadapan Rasulullah s.a. w .dengan bersungguh-sungguh, Rasulullah bertanya (menguji) Ali. Apakah kamu telah bertanya dan berunding dengan bapamu Abu Talib tentang pengIslaman ini Ali bertanya balik kepada Rasulullah s.a.w.: Ya Rasulullah adakah Allah s.w.t. bertanya Abu Talib ketika saya hendak dijadikan. Tidak kata Rasulullah. Kalau demikian kata Ali, mengapa saya perlu bertanya bapa saya (Abu Talib) dalam hal mengucap syahadah untuk berbakti kepada Allah yang menjadikan saya. )
      Syahadah tidak melibatkan sesiapa, selain dari diri sendiri. Seseorang itu boleh beriman den,gan Allah dan boleh bersyahadah seorang diri dan sah Imannya di sisi Allah. Kerana itu dikaitkan konsep yang terkandung dalam
      syahadah itu dengan konsep mengIslamkan diri sendiri.
    2. MengIslamkan Keluarga dan Masyarakat
      Setelah seseorang itu bersyahadah yang dikaitkan dengan konsep mengIslamkan diri, seorang muslim itu perlu mendirikan solat (sembahyang) . Konsep sembahyang adalah konsep perhubungan dua hala. Dengan Allah dan
      dengan manusia. Manusia yang perlu diberi perhatian dahulu adalah keluarga dan kemudian masyarakat.
      Konsep menjaga diri dan keluarga telah dinyatakan oleh Allah s. w. t. kepada Muhammad s.a. w .sejak dari zaman permulaan Islam dengan firmannya lti dan
      dan Yang bemaksud:
      rukun06.gif (2073 bytes)
      Dan berilah peringatan kepada kerabatmu yang terdekat

      rukun07.gif (3689 bytes)

      Firmannya lagi
      Wahai orang yang beriman jagalah diri kamu dan ahli-ahli {keluarga) kamu dari api neraka.

      Hubungan salat dengan keluarga dan masyarakat dapat dilihat dari tabiat (nature) sembahyang itu sendiri yang memerlukan pertamanya berguru dan mengadakan persediaan awal untuk bersembahyang seperti pakaian dan sebagainya. Lebih-lebih lagi sembahyang itu digalakkan berjuma'ah dan sebagainya. Semua itu memerll1kan perhubungan dengan keluarga dan masyarakat.
    3. Kepimpinan umat Islam
      Jika dilihat dari solat berjema.ah, jelas kelihatan konsep kepimpinan yang amat diperlukan oleh umat Islam. Imam dalam solat memerlukan seorang yang mampu memimpin makmum. Mempunyai kelebihan dan keistimewaan. Kelakuan dan tutur katanya tidak ada yang canggong dan diragukan.  Apabila imam mengepalai solat, makmum mesti mengikutinya dalam semua gerak gerinya. Tidak ada yang boleh melawan atau membantah, selagi ia tidak menyalahi aturan dan peraturan Ilahi dalam solat. Sekiranya ia menyalahi hukum, makmum wajib mengingatkannya dan memperbetulkan kesalahannya.

      Sekiranya Imam enggan memperbetulkan kesalahannya yang jelas ketara dalam solat, seperti meninggalkan rukun, sama ada secara terlupa atau jahil, maka makmum tidak wajib mematuhi atau mengikutnya lagi. Oleh itu Imam baru perlu dicari ganti. Konsep kepimpinan yang ditunjukkan contohnya dalam solat ini memberikan sua tu gambaran bahawa dalam Islam pemimpin hanya seorang sahaja. Pemimpin itu pula bukan bebas melakukan apa sahaja dalam kepimpinannya,
      'malah ia hendaklah patuh kepada hukum-hukum Allah s. w .t.
      Kewajipan utama pemimpin adalah membawa pengikutnya {makmumnya} kepada keselamatan dan kesejahteraan yang diliputi oleh rahmat Allah s.w.t. seperti dalam solat, Imam memimpin makmum dari Allahu Akhbar menuju kepada salam
      Yang bererti: kesejahteraan keatas kamu dan kerahmatan dari Allah
    4. Persaudaraan dan Pengurangan Kemiskinan
      Dari rukun Islam yang mewajibkan zakat, terselit dalamnya konsep persaudaraan dan pengurangan kemiskinan yang dianjurkan oleh Islam. Yang kaya bersimpati dengan yang miskin. Yang miskin menyayangi yang kaya kerana kemurahan hatinya, maka terjalinlah suatu ikatan ukhuwwah Islamiah yang amat diperlukan oleh insan kini.
      Konsep dan falsafah zakat di samping dapat mewujudkan keharmonian dalam masyarakat Islam, ia juga dapat mendekatkan jurang perbezaan antara yang kaya dan yang miskin. Sistem ini jauh lebih baik dari sistem kapitalis dan sosialis.
    5. Jihad dan Penyatuan Umat
      Rukun berpuasa memaparkan persoalan jihad dalam erti kata yang sebenar . Jihad melawan nafsu dan jihad melawan mungkar

      Umat Islam awalan dahulu menjadi umat dan dapat memimpin manusia ke jalan Allah, kerana mereka menghayati jihad. Dengan jihad musuh akan gerun dan mudah menyerah kepada kekuatan umat. Apabila jihad sudah ditinggalkan, maka umat Islam pula yang takut kepada musuh dan menurut segala yang diarahkan oleh mereka.

      Dengan berjihad melawan nafsu, perkara-perkara maksiat dapat dijauhi dan perkara-perkara makruf dapat dihayati. Dengan itu jihad melawan musuh dapat digarap dan dilaksanakan dengan sebaiknya.

      Apabila umat Islam sudah menjadi baik, jihad dapat ditingkatkan, maka musuh dapat dikurangkan. Dengannya umat Islam dapat dihindarkan dari perpecahan. Penyatuan pun dapat dihasilkan. Konsep haji antara lainnya adalah konsep penyatuan umat. Konsep ketaatan dan kepatuhal:i kepada Allah secara mutlak. Semua manusia adalah hamba yang perlu patuh kepadaNya sahaja.
  3. Islam yang syumul

    Falsafah yang terkandung dalam rukun Islam mengajak manusia menghayati Islam yang syumul sepenuhnya. Islam yang mengajak manusia ke jalan selamat sejahtera dunia hingga akhirat. .
    Dalam syahadah, menggambarkan konsep kerja hati, mengimani Allah s.w.t. Rasulullah s.a. w .mengingatkan manusia dalam sabdanya yang bermaksud:-
    Ingatlah bahawa dalam diri manusia ada suatu keketul daging. Kalau baiklah ketulan itu, maka baiklah semua jasadnya. Kalau rusak ketulan itu, maka rosaklah semuanya. Ketulan tersebut ialah Qalbu. Konsep syahadah adalah konsep memperbetul dan memperbaikkan Qalbu itu supaya menjadi sejahtera. Kesejahteraan Qalbu adalah dengan beriman kepada Allah s.w.t.
    Solat mengandungi peringatan, bahawa tidak ada suatu gerak yang dilakukan oleh manusia didalamnya melainkan dengan menyebut Allahu Akhbar. Dari permulaan solat manusia menyebut Allahu Akhbar hingga kepada akhir solat insan menyebut
    Allah, seperti yang didalam salam penghabisan.

rukun18.gif (2041 bytes)

Konsep zakat dan falsafahnya telah dinyatakan oleh AI-Quran

rukun19.gif (3933 bytes)


Yang bermaksud:
Ambillah dari harta-harta mereka (yang kaya) sebagai sedekah (zakat) untuk menyuci dan membersihkan mereka dengannya.


Konsep zakat adalah konsep penyucian lahir batin manusia. Harta lahir perlu dicucikan. Batin manusia pula perlu dibersihkan.
Konsep puasa dan falsafahnya merupakan penerusan dari konsep zakat yang antara lainnya difokaskan kepada penyucian batin manusia dari sifat-sifat yang keji.
Hajj pada umumnya adalah menggambarkan perjalanan manusia dalam hidup ini yang mesti menuju kepada Allah s.w.t. Dari Allah manusia datang kepada Allah ia pasti kembali.
Apa yang berlaku dan dilakukan oleh pekerja haji ada imbasan dan kesamaan dengan apa yang berlaku dan dilakukan keatas seorang Islam yang meninggal dunia. Kerana itu konsep haji adalah konsep peringatan dan ingatan kepada manusia tentang distinasi yang sedang ditujunya, seperti yang dijelaskan dalam permulaan tulisan ini.
Dari semua yang tersebut itu lahirlah Islam yang syumul dalam diri manusia.

rukun20.gif (1841 bytes)


 

Dipetik daripada :

Himpunan kertas kerja
Krusus Dakwah dan Kepimpinan bagi guru-guru (bukan guru agama ) Sekolah Menenengah dan Rendah
1984
Terbitan: Kementerian Pelajaran Malaysia Kuala Lumpur