SUMBER-SUMBER HUKUM
ISLAM
Pembahagian Dan Penjenisan Sumber Perundangan Islam
Ada dua kumpulan sumber perundangan Islam. iaitu :
- Sumber-sumber asas
- Al Quranul Karim
- As Sunnatun Nabawiyah
- Sumber-Sumber tafsiran.
- Yang disepakati oleh sebahagian ulamak Islam. iaitu
- Yang dipertikai oleh sebahagian ulamak, iaitu :
- Al Istihsan
- Al Masolehul Mursalah
- Al 'urf
- Syariat yang terdahulu
- Mazhab sahabat Rasulullah s.a.w.
- Al istishab
- Az Zara-i'
Dalil sumber-sumber asas
Di antara dalil mengenai sumber-sumber asas tersebut adalah
sebagai berikut :
Maksud Al-Quran
Al-Quran ialah : 'Kalamullah yang merupakan mu'jizat, yang
diwahyukan kepada Rasulnya Muhammad S.A.W yang dimaktubkn ke dalam mushaf, yang
dipindahkan secara mutawatir kepada seluruh manusia dengan lafaz serta makna
melalui bahasa 'Arab dan pembacaan dijadikan 'ibadah'.
Huraian Ringkas
Diantara perkara perkara yang penting yang diperolehi daripada maksud Al
Quran tadi ialah :
- Al-Quran ialah kalamullah kepada Rasulnya Muhammad S.A.W.
- Al-Quran ialah kalamullah yang dimaktubkan ke dalam mushaf melalui bahasa
'Arab. Sebarang bentuk penafsiran dan perterjemahan walau dalam apa jua
bahasa bukanlah Al-Quran,
- Al-Quran ial;ah yang dijadikan ibadah bila dibaca.
- Al-Quran adalah suatu mu'jizat yang tidak dapat ditiru dan dicabar oleh
mana-mana jua kuasa yang terdahulu mahupun yang kemudian.
Peringkat Al-Quran diturunkan
Ada tiga peringkat Al-Quran diturunkan, iaitu :
- Dari Allah S.W.T ke Lauhil Mahfuz. Peringkat ini Al-Quran diturunkan
sekaligus kesemua ayat dan surah.
- Dari lauhil mahfuz ke Baitil 'Izzah. Peringkat ini juga Al-Quran
diturunkan sekaligus kesemua ayat dan surah.
- Dari Baitil 'Izzah kepada Rasulullah yang bermula pada 17 Ramadhan ketika
baginda berada dalam gua Hirak.Pada peringkat ini Al-quran diturunkan
sedikit sedikit selama 22 tahun 2 bulab 22 hari. Di antara hikmah diturunkan
begitu ialah;
- Agar mudah dimergertikan dan dilaksanakan oleh manusia ketika itu.
- Untuk menyesuaikan dengan peristiwa yang berlaku
- Untuk memudahkan penghafalan
- Untuk menatapkan hati Rasulullah S.A.W
Keadaan Rasullulah ketika menerima wahyu
Ada bermacam keadaan Rasulullah menerima wahyu. Antaranya :
- Malaikat memasukkan wahyu itu kedalam hati baginda. Keadaan begini,
Rasulullah tidak melihat suatu apapun. Baginda hanya terus merasakan bahawa
wahyu itu telahpun berada dalam hatinya.
- Malaikat menampakkan dirinya dalam bentuk yang asal di hadapan Rasulullah.
- Malaikat menampakkan dirinya sebagai seorang lelaki dan mengucapkan wahyu
kepada Rasulullah sehingga baginda mengetahui, memahami dan menghafaznya.
- Wahyu disampaikan bagai gemercingan loceng. Keadaan beginilah yang paling
berat dirasakan baginda, sehingga keningnya berpeluh kasar walaupun dimusin
dingin. Kadangkala baginda merasai ditimpa gering yang tersangatan. Dan
kadang kala unta yang sedang dinaikinya terpaksa berhenti dan duduk kerana
turut merasakan beratnya.
Pembahagian dan Perbezaan
Ayat ayat suci Al-Quran
Ada dua kumpulan ayat-ayat surah-surah Al-Quran, iaitu :
- Makkiyah :Ayat ayat yang diturunkan semasa baginda belum berhijrah ke
Madinah.
- Madaniyah : Ayat-ayat yang diturunkan semasa baginda telah berpindah ke
Madinah.
Perbezaan antara kedua kumpulan tersebut amat sukar dikesani secara sambil
lalu saja. Namun, panduan berikut adalah diantara cara mengenalinya :
- Ayat ayat Makkiyah selalunya pendek pendek. Manakala ayat Madaniyah
biasanya panjang-panjang.
- Ayat Makkiyah umunnya mengenai aqiqah, akhlaq, kesan kesan umat yang
terdahulu dan ancaman dosa serta ganjaran pahala.
- Ungkapan bahasa Makkiyah kadangkala terdapat rangkaiankata 'Ya aiyuhannas'
dan ' Ya bani Adam'. manakala ayat Madaniyah sering disertai ungkapan 'Ya
aiyuhalazina ammanu' dan tidak 'Ya aiyu hannas' kecuali dalam tujuh ayat
sahaja, iaitu :
- Dua ayat dalam Al-Baqarah ( ayat : 21 dan 168)
- Empat ayat dalam An-Nisak (ayat : 1, 133, 170 dan 174)
- Satu ayat dalam Al-Hujarat (ayat : 13 ).
- Setiap surah yang ada sajdah adlah Makkiyah, kecuali yang dalam surah
Al-Hajj.
- Setiap surah yang ada disebutkan adalah Makkiyah.
Penulisan dan pengumpulan Ayat-Ayat Al-Quran .
Semasa hayat Rasulullah, ayat ayat Al-Quran tidak dikumpulkan dalam satu
mushaf seperti hari ini. Sungguhpun begitu, ianya dipelihara melalui :
- Hafalan Rasulullah S.A.W.
- Hafalan para sahabat.
- Catitan para penulis diatas kepingan batu, kekulit binatang, keketulan
tulang dan pelepah tamar.
Diantara penulis penulis itu ialah :
- 'Ali bin Abi Tolib.
- Uthman al Afan.
- Zaid bin Thabit.
Pengumpulan peringkat pertama
Pengumpulan kali pertama dibuat pada zaman Khalifah Abu Bakar ra, iaitu hasil
cadangan dari Sy. Omar ra. Ini disebabkan ramainya para huffaz yang terkorban
dalam peperangan Yamamah. Menurut riwayat, tidak kurang dari 70 huffaz yang
terbunuh.Orang yang ditugaskan untuk mengumpulkan ayat ayat Al-Quran itu ialah
Zaid b. Thabit. Setelah selesai pengumpulannya, lalu diikat dengan benang dan
diserahkan kepada Sy. Abu bakar r.a untuk dijaga. Mushaf pertama dipelihara oleh
Sy. Abu BAkar hingga wafatnya. Kemudian kepada jagaan Sy.Omar dan pabila beliau
wafat ia berpindah kepada jagaan puterinya Hafsah (isteri Rasulullah)
Pengumpulan peringkat kedua
Dimasa pemarintahan Osman b Affan, berlaku perselisihan dalam cara pembacaan
Al-quran dikalangan orang Islam dinegeri Syam dan Iraq .Orang pertama yang
mengambil perhatian itu ialah sahabat Huzaifah Al-Yaman, Beliau telah
mencadangkan agar mushaf yang ada pada Sydt. Hafsah itu dipinjamkan dan disalin
hingga beberapa naskah dan kemudian dihantar kesetiap ibu negeri wilayah Islam
ketika itu. Lalu Sy. Osman memerintahkan perlaksanaannya kepada :
- Zaid ibnu Thabit r.a
- Abdullah ibnu Zubair r.a
- Sa'id bin 'Ash r.a
- Abdur Rahman B. Harith r.a.
Pengumpulan kali ini memakan masa sekira enam tahun, iaitu antara tahun 24-30
hijrah (650-655 M). Bila selesai penyalinan dan pengumpulannya maka empat naskah
dikirimkan ke Mekah,Syria, Bashrah dan Kufah. Manakala senaskah diserahkan
kepada Sy. Osman sebagai jagaan, panduan danrujukan. Inilah yang dikenali
sebagai Mushaful Iman. Selepas dari tarikh itu semua naskah persendirian dibakar
untuk mengelakkan dari perselisihan.
Naskah Mushaful Iman adalah dijaga oleh Sy. Osman dan sepenuhnya hingga
sewaktu sewaktu beliau dibunuh darahnya mengalir / menbasahi ayat yang sedang
dibacanya:
( Al-Baqarah : 137)
|
فَإِنْ آمَنُواْ بِمِثْلِ مَا آمَنتُم بِهِ فَقَدِ اهْتَدَواْ وَّإِن
تَوَلَّوْاْ فَإِنَّمَا هُمْ فِي شِقَاقٍ فَسَيَكْفِيكَهُمُ اللّهُ
وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ |
|
Menurut ahli sejarah bahawa naskah ini berpindah kepada raja-raja bani
Umawiyah, kemudian ke andalus, ke Masjid Jame' Cordova. ke Fez (ibu negeri
Moroko), Ke Bashra dan ke Tiberiz. Khabarnya dalam tahun 1904 orang-orang Islam
di Rusia pernah menemui naskah tersebut dalam longgokan buku-buku Islam dari
Bukhara. Ada juga yang mendakwa, bahawa ianya tetap berada di salah sebuah
perpustakaan di India.
Pemeliharaan ayat ayat Al-quran.
Sungguhpun ayat ayat Al-Quran dikumpulkan sedemikian cara, tetapiianya tetap
tulin dan asli. Sebarang usaha pemalsuannya tetap diketahui oleh orang orang
Islam, kerana ianya;
- Dipelihara oleh para huffaz yang ramai bilangannya didunia ini.
- Mu'jizat yang tidak dapat ditiru, diroboh dan dicabar oleh sesi apa,
apa-apa, dimana dan bila bila juapun.
- Dibawah pemeliharaan yang Empunya, iaitu Allah S.W.T
(Al Hijr : 9)
|
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ
|
|
Kandungan Al-Quran
Al-quran adalah sumber pertunjuk bagi seluruh manusia untuk semua bidang
kehidupan dan keperluan mereka. Samada untuk hidup didunia ini atau bekalan
akhirat kelak. Maka itulah Al-quran mengandungi serbanika pengajaran dan
pelajaran melalui sejarah lampau , peristiwa semasa dan keadaan akan berlaku.
Al-Quran juga mengandungi berita baik, ancaman dosa, tawaran pahala, sindiran,
kutukan dan sebagainya. Bila dilihat dari sudut ilmu pula, Al-Quran mengandungi
berbagai prinsip ilmu; samada yang telah diketahui manusia mahupun yang belum
pernah diketahui.
Sebagai contoh mengenai prinsip-prinsip ilmu :
- Ilmu jiwa : Diantara firman Allah mengenainya :
"Demi bumi Kami bentangkan apa yang menyempurnakannya, maka diilhamkan
Allah kepadanya (jalan ) yang salah dan yang benar. Sesungguhnya
beruntunglah orang yang membersihkan (jiwa)nya dan rugilah orang yang
mengotorinya."
( Asy Yams : 7-10)
- Ilmu bumi dan ilmu alam, diantara firmannya ialah :
"Dan bumi Kami bentangkan dan Kami letakkan diatasnya gunung gunung dan
Kami tumbuhkan diatasnya segala macam (tanaman ) yang indah permai."
(Qaaf : 7-8)
"Dan Kami jadikan antara mereka dengan negeri yang Kami berkati
padanya, iaitu beberapa kota yang mudah kelihatannya, dan kami buatkan
disana (batas batas) perjalanan."
(Sabak : 18)
- Ilmu haiwan : , diantara firman-Nya ialah:
"Dan sesungguhnya bagi kamu tentang kehidupan haiwan ternak itu menjadi
pelajaran. Kami beri minum kamu dengan apa yang ada dalam perutnya,
diantara tahi dan darah ; dan didapati susu yang bersih dan sedap bagi
mereka yang meminumnya ."
(An Nahl : 66)
- Ilmu tumbuh tumbuhan : diantara firman-Nya :
(Yaasin : 38-40)
|
وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَّهَا ذَلِكَ
تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ
وَالْقَمَرَ قَدَّرْنَاهُ مَنَازِلَ حَتَّى عَادَ
كَالْعُرْجُونِ الْقَدِيمِ
لَا الشَّمْسُ يَنبَغِي لَهَا أَن تُدْرِكَ
الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ
يَسْبَحُونَ
|
"Dan diatas bumi ini terdapat beberapa bahagian (negeri) yang
berdekatan, kebun anggur, tanam tanaman dan pohon korma yang berumpun
dan tidak berumpun, disiram dengan air yang sama dan Kami lebihkan
buahnya dari yang lain. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda
tanda (kekuasaan) Allah bagi kaum yang berfikir." |
Bidang hukum dalam Al-Quran
Dari sudut hukum yang berhubung dengan perlakuan manusia, Al-Quran
mengandungi tiga kumpulan hukum yang terpenting:
- Kumpulan I : Hukum-hukum Aqidah
- Kumpulan II : Hukum-hukum Akhlaq dan
- Kumpulan III : Hukum -hukum 'Amaliyah yang merangkumi :
- 'Ibadat - ibadat Khassoh dan
- Mu'amalat yang mencakupi pelbagai jenis :-
- Hukum hukum kekeluargaan
- Hukum hukum keharataan dan ekonomi
- Hukum hukum acara dan keadilan
- Hukum hukum jenayah
- Hukum hukum kenegaraan dan pentadbiran
- Hukum hukum politik dan hal semasa antarabangsa
- Hukum hukum yang lain-lainnya.
Jenis jenis lafaz dan nas Al-Quran
Lafaz dan nas Al Quran dapat dibahagikan kepada beberapa jenis yang dipandang
dari beberapa sudut tertentu. Antaranya :
- Sudut kandungan makna
- Sudut kandungan hukum
Dari sudut kekuatan hukum
Dari sudut ini, lafaz Al-Quran terbahagi kepada dua:
- Qath'ie : Nas yang menunjukkan ke atas satu makna tertentu yang difahami
dan tiada sedikitpun kemungkinan yang menunjukkan keatas makna lain.
- Dzannie : Nas yang menunjukkan keatas satu makna yang difahami maknanya
tetapi berkemunkinan jua menunjukkan kepada satu makna yang lain. Contohnya
ialah : Setiap nas yang am, nas yang mutlaq dan lafaz yang musytrak.
Dari sudut kandungan makna
Dari sudut ini, lafaz Al-Quran terbahagi kepada dua jenis
- Lafaz yang am : Lafaz yang menunjukkan ke atas sesuatu yang merangkumi
seluruh kandungan yang tidak terbatas. Jenis ini terbahagi pula kepada tiga
:
- Am yang memang dimaksudkan
- Am yang dikehendaki pengkhususannya
- Am yang dikhususkan
- Lafaz yang khas : Lafaz yang menunjukkan ke atas satu atau lebih tetapi
terhad. Jenis ini terbahagi kepada empat kumpulan :
- Mutlaq : Yang menunjukkan ke atas satu tertentu tanpa pembatasan
secara lafaz.
- Muqaiyad : Yang menunjukkan keatas satu yang tertentu dengan
pembatasan secara lafaz.
- Amar : Suruhan agar melakukan sesuatu yang tertentu.
- Nahy : Larangan dari melakukan sesuatu yang tertentu.
Pengertian dan pembahagian As Sunnatun Nabawiyah
As Sunnatun Nabawiyah ialah setiap perkataan dan pengakuan yang lahir
daripada Rasulullah S.A. W ianya terbahagi kepada tiga:
- Sunnah Qauliyah @ Hadith
- Sunnah Fi'liyah dan
- Sunnah Taqririah (pengakuan)
Perjenisan Sunnah Qualiyah
Ianya terbahagi kepada tiga :
- Mutawir : Yang diriwayatkan dari Rasulullah oleh sekumpulan ramai yang
tidak diragui tentang kebenaran, kejujuran dan keluruhan peribadi mereka.
Dan diriwayatkan pula dari mereka ini oleh sekumpulan ramai yang lain yang
keadaan mereka jua sama dengan keadaan kumpulan ramai yang pertama. Kemudian
diriwayatkan pula dari kumpulan ramai yang akhir ini oleh sekumpulan yang
ramai yang lain yang mempunyai keadaan sama.
- Masyur : Yang diriwayatkan dari rasulullah oleh seorang atau dua orang
atau kumpulan yang tidak ramai, yang diriwayatkan pula darinya atau dari
mereka oleh sekumpulan yang ramai yang diriwayatkan pula dari kumpulan ini
oleh sekumpulan yang lain.
- Aahad : Yang diriwayatkan dari Rasulullah oleh seorang atau dua orang atau
sekumpulan yang tidak ramai, yang diriwayatkan pula darinya atau dari mereka
ini oleh sekumpulan yang tidak ramai, yang diriwayatkan pula darinya atau
dari mereka ini oleh kumpulan yang ramai atau seorang yang tidak ramai atau
seorang atau dua orang dan begitu seterusnya.
Dari segi sanad jua disebutkan hadith hadith yang tertarap :
- Soheh
- Hasan
- Dho'if
- Mauquf
- Mutashil
- Maqthu'
- Mursal
- Mu'Adhdhal
Penjenisan ini adalah berdasarkan kepada sudut tertentu yang perbahasanya ada
didalam ilmu musthalahul hadith.
Pembahagian dan penjenisan Sunnah Fi'liyah
Sunnah Fi'liyah terbahagi dua bahagian. Iaitu:
- Perbuatan melakukan sesuatu
- Perbuatan tidak melakukan sesuatu
Perbuatan melakukan sesuatu ada tiga jenis
- Jenis Tabi'iy : Hukum perbuatan ini adal;ah harus. Tetapi sesetengah
setengah perbuatan itu adalah sumber hukum.
- Jenis kekhususan : Setengah dari perbuatan jenis ini menjadi sumber hukum.
- Jenis Tasyri' : Kesemua perbuatan ini adalah menjadi sumber hukum.
Perbuatan tidak melakukan sesuatu ada dua jenis:
- Semata-mat tidak melakukan. Samada :
- Ada dorongan untuk dilakukan, tetapi baginda tidak melakukan, atau
- Tiada dorongan untuk melakukannya semasa hayat baginda, tetapi ada
dorongan selepas baginda wafat.
- Tidak melakukan sesuatu kerana sesuatu sebab atau sesuatu halangan
tertentu. Samada :
- Khas bagi Rasulullah S.A.W sahaja
- Tabi'iy baginda, atau
- Pertimbagan tertentu.
Pembahgian Sunnah Taqririyah
Sunnah Taqririyah terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu:
- Mengiakan sesuatu perkataan
- Mangiakan sesuatu perbuatan, dan
- Mendiamkan diri mengenai sesuatu.
Pengumpulan dan pembukaan Hadith
Semasa hayat Rasulullah S.A.W, baginda melarang penulisan hadith-hadith
kerana dikhuatiri bercampur dengan ayat ayat Al-Quran yang masih dalam proses
penurunannya. Oleh itu, apa yang disabdakan oleh baginda, hanya dihafal dan
diingati dikepala sahaja.
Tetapi setelah baginda wafat, maka keperluan untuk mengumpulkan dan
membukukan hadith-hadith amatlah mendesak. Diantara sebab-sebabnya ialah :
- Ayat ayat Al-Quran telah sempurna diturunkan. Maka wahyu tidak akan
diturunkan lagi buat selama-lamanya.
- Rasulullah S.A.Wsebagai tempat rujuk hukum telah pun wafat.
- Hadith-hadith baginda sendiri adalah sumber kedua ajaran dan hukum hukum
Islam.
- Berlaku gerakan mencipta palsukan Hadith hadith oleh golongan jahat,
terutamanya oleh orang orang Yahudi.
Oleh yang demikian, 'Umar bin Abd Aziz selaku ketua negara dan umat Islam
(99-111H @ 717-720 M), telah mengarahkan gabenornya di Madinah, iaitu Abu Bkar
'Umru B. Hazam supaya menulis hadith-hadith Rasulullah S.A.W. Tetapi setelah
beliau menulis beberapa buku hadith dan belum sempat menyerahkannya kepada
baginda, Khalifah Umar B. Abdul Aziz telah wafat.
Dari semenjak itulah muncul pengumpul-pengumpul hadith, seperti :
- Ibnu Juraij di Mekah (wafat 772M)
- Muhammad B. Ishaq di Madinah (wafat 773M)
- Malik B. Anas di Madinah (wafat 179M)
- Rabi' B. Shubaih di Basrah (wafat 728M)
- Sa'id B. Abi Urubah di Basrah (wafat 778M)
- Himad B. Salamah di Basrah (wafat 798M)
- Sufyan Ats-Tsauri di Kufah (wafat 798M)
- Abu Umru Abdur Rahman B. Umru Asy-Syami yang lebih dikenali sebagai Iman
Az-Auza'iy di Syam (88-157H)
- Qasim Abi Bakar (wafat 740M)
- Muhammad B. MuslimAz-Zuhri (wafat 746M)
Pada peringkat awal pengumpulan hadith ini, masih bercampur dengan
fatwa-fatwa sahabat. Oleh itu, tampillah penulis yang menulis hadith dari
riwayat-riwayat atau musanid, iaitu:
- Abdullah B. Musa Al-Abasiy di Kufah
- Musaddad B. Musarhad di Basrah
- Naim B. Hamad Al-Khuza'iy di Mesir
- Ahmad B. Hambal.
Penulisan dari segi masaniq ini ialah dengan meletakkan hadith-hadith yang
diriwayatkan oleh tiap-tiap sahabat secara berasingan tanpa menurut
bahagian-bahagian tertentu.
Kitab kitab Hadith Shoheh
Diantara kitab kitab hadith yang ditulis, ada enam buah yang paling terkenal
dikalangan semua ulamak, yang disebut olehumat Islam Sunan Sittah. Iaitu:
- Shoheh Bukhari : Ditulis oleh Abu Abdillah Muhammad B. Ismail Al-Bukhari
Al- Jusfi @ Iman Bukhari (wafat256H)
- Shoheh Muslim : Ditulis oleh Muslim B. Al - Hajjaj Al- Qusyariy
An-Nisaburi @ Iman Muslim (wafat 261H)
- Sunan Abi Daud : Ditulis oleh Abu Daud Sulaiman B. Al-Asy'Ats
As-Sajastaniy (wafat 275H)
- Sunan Tarmizi ; Ditulis oleh Abu Isa Muhammad B. Isa As-Salami At- Tarmizi
(wafat 279H)
- Sunan Ibni Majah : Ditulis oleh Abu Abdillah Muhammad B. Yazid Al-
Qazawain @ Ibni Majah (wafat 273H)
- Sunan Nasaiy : Ditulis oleh Abu Abdir Rahman Ahmad B. Syunil An-Nasaiy (
wafat 303 H)
Selain daripada mereka yang tersebut diatas tadi, ada banyak lagi ahli-ahli
yang terkenal juga dikalangan Ulamak Islam. Antaranya :
- Ibnu Hibban : Iaitu Muhammad B. Hibba Al-Bastiy
- Dar Qathiy : Iaitu Abul - Hasan Ali B. Umar.
- Al-Haakim : Iaitu Muhammad B. Abdillah Na'im Adh - Dhabi An- Nisaburiy.
Hadith Qudsi
Hadith ialah yang diriwayatkan oleh Rasulullah S.A.W.mengenai sesuatu dari
Allah S.W.T. Ianya diilhamkan kepada baginda semasa tidur atau ketika jaga
secara makna sahaja, sedangkan lafaz disusun sendiri oleh rasulullah S.A.W dan
bukan mukjizat.
Hadith Qudsi ini mengenai sesuatu yang biasanya menyentuh perasaan perasaan
manusia, galakan galakan agar berakhlak mulia, bersifat dengan sifat sifat utama
lagi terpuji, rindukan Allah S.W.T dan takutkan azabnya yang amat dasyat.
Maksud dan Dalil Ijma'
Ijma' ialah suatu persefakatan para mujtahidin umat Muhammad S.A.W didalam
suatu masa tertentu selepas kewafatan baginda mengenai sesuatu hukum syarak.
Diantara dalil-dalil sumber ini ialah :
- "Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu,maka kembalikanlah
kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (Sunnahnya ), jika kamu benar benar
beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama
(baginda) dan lebih baik akibatnya "- maksud An-Nisa' :59
Ayat diatas menunjukkan, jika berlainan pendapat maka hendaklah kembali
pada Al-Quran dan As-Sunnah. Tetapi jika berlainan pendapat, maka bererti
Ijma'.
- "Umat takkan bersefakat dalam yang salah" Dan "Ummatku takkan bersefakat
dalam kesesatan ". - maksud Al-Hadith.
Ketentuan Ijma'
Dari pengertian Ijma' diatas, dapatlah kita fahamkan bahawa ketentuannya
ialah :
- Ijma' Mestilah persefakatan semua mujtahidin semasa.
- Persefakatan tersebut mestilah berlaku dikalangan para mujtahidin sahaja.
- Umat Muhammad S.A.W. yang dimaksudkan ialah mukmin, muslim dan mukallaf.
- Persefakatan yang dimaksudkan ialah yang mengenai hukum-hukum syara' dan
bukannya hukum-hukum hissiyat dan aqliyat atau seumpamanya.
- Persefakatan mujtahidin itu mestilah berlaku selepas kewafatan Rasulullah
S.A.W.
Mazhab Sahabat
Mazhab sahabat ialah perkataan atau perbuatan seseorang yang sempat bertemu
dengan Rasulullah S.A.W sedangkan ia beriman dan mati didalam Islam yang tidak
bertentangan dengan maksud syara'.
Dalil dalil Dari Sumber ini.
Diantara dalil dalil mengenai mazhab sahabat Rasulullah S.A.W sebagai sumber
hukum ialah :
- "Sebaik - baik kurun yang aku didalamnya"
- "Sahabat sahabat ku adalah laksana bintang bintang. Apa jua yang engkau
ikutinya nescaya mendapat petunjuk."
- "Hendaklah engkau ikut Sunnahku dan Sunnah Khulafa-Ur-Rasyidin selepasku"
Maksud-maksud Hadith
Maksud Istishhab
Istishhab ialah menghukum dengan ada atau tiadanya sesuatu itu pada masa kini
atau masa akan datang, berdasarkan kepada ada atau tiadanya sesuatu itu pada
masa yang lalu, kerana tiada bukti yang menunjukkan bahawa sesuatu itu telah
berubah keadaan.
Dalil-dalil sumber ini
Diantara dalil dalil yang menujukkan Istishhab sebagai sumber sumber hukum
ialah :-
"Sesuatu yang telah ada atau telah tiada pada masa yang lalu dan tiasa
nyata perubahannya pada masa kini, adalah sesuatu yang didzankan. Sedangkan
sesuatu yang didzankan itu wajib diamalkan. Sekiranya tiada, berlakulah tiga
perkara yang pasti batal dan tidak boleh diterima, iaitu:
- tiada hukum hukum yang disabit dizaman Rasulullah S.A.W itu tersabit
dizaman kita ini, kerana mungkin telah dinasakkan.
- tiadalah apa apa mukjizat pun, kerana mukjizat itu adalah sesuatu yang
luar biasa yang mesti diyakini berkekalan, dan
- samalah syak alaq dan syak nikah keduanya tiada dzan.
Maksud dan bahagian zara-i'
Zara-i' ialah apa jua boleh menyampaikan kepada sesuatu yang baik atau
sesuatu yang buruk. Ianya terbahagi kepada :
- Sadduz- zara-i' : menghindarkan daripada berlaku keburukan
- Fathuz-zara-i' : menggunakan cara yang baik untuk kebaikan
Dalil dalil sumber ini.
Diantara dalil dalil mengenai az-zara-i' sebagai sumber hukum ialah
- "Tinggalkan sesuatu yang meragukan kamu kepada sesuatu yang lain yang
tidak meragukan"
- Rasulullah S.A.W menceritakan cara seseorang menlaknat orang tuanya
sendiri, iaitu :
"Ia memaki bapa orang lain pada mulanya, kemudian orang itu memaki bapa
orang tadi, dan ia memaki ibu orang lain, kemudian orang itu memaki ibu
orang tadi "- maksud Hadith.
Jenis jenis Ijma'
Ada dua jenis Ijma' sebagai sumber hukum, iaitu :
- Ijma' Nuthqi @ Shoreh : persefakatan yang berbetuk pernyataan yang jelas
dengan perkataan atau dengan perbuatan atau kedua-duanya sekali oleh para
mujtahidin.
- Ijma' Sukuti : Persefakatan yang terbentuk pernyataan dari sebahagian
mujtahidin sahaja, sedangkan sebahagian yang lain tidak membantah pernyataan
tersebut setelah mengkajinya dengan teliti.
Maksud dan Rukun Qiyas
Qiyas ialah menetapkan hukum sesuatu yang tertentu, pada masa yang lain
kerana persamaan kedua-duanya dari segi 'illah.
Rukun Qiyas ada empat, iaitu:
- Sesuatu yang tertentu / telah tertentu (asal)
- hukum sesuatu yang telah tertentu.
- 'llah
- sesuatu yabg lain (far')
Dalil mengenai Qiyas
Diantara dalil-dalil mengenai sumber ini ialah :
- "Maka ambillah (kejadian itu) untuk pelajaran, wahai orang-orang yang
mempunyai pandangan"-maksud Al-Hasyr :2
- perbuatan Rasulullah S.A.W. dengan hutang kepada manusia.
Bahagian Qiyas
Ada dua bahagian Qiyas, iaitu :
- Qiyas Jaliy (yang amat ketara)
- Qiyas Khafiy (yang tersembunyi)
Jenis-jenis Qiyas
Qiyas ada tiga jenis, iaitu:
- Qiyas Aula (utama)
- Qiyas Musawi ( yang amat ketara)
- Qiyas Adna (rendah)
Pengertian Istihsan
Diantara dalil - dalil mengenai Istihsan. Istihsan ialah menterjemahkan Qiyas
Khafi yang sukar difahami atau mengecualikan masalah juziyah daripada Qaidah
'ammah, berdasarkan kepada dalil tertentu serta kejelasan atau kekuatan
kebaikannya.
Dalil Istihsan
Diantara dalil dalil Istihsan sebagai sumber hukum ialah :
- "Iaitu orang orang yang mendengarkan kata, maka diturutinyalah mana yang
baik (paling baik). Merekalah orang orang yang dipimpinlah oleh Allah, dan
merekalah orang orang yang mengerti "-Az-Zumar: 18.
- "Apa yang dipandang oleh orang orang Islam itu baik, maka ianya baik juga
disisi Allah"
Jenis dan contoh Istihsan
Istihsan terbahagi kepada beberapa jenis. Antaranya;
- Istihsan dengan Al-Quran ; seperti harusnya berwasiat.
- Istihsan dengan Hadith : seperti sahnya puasa bagi yang makan secara
terlupa.
- Istihsan dengan 'Urf : seperti sah akad menyewa bilik mandi untuk mandi
- Istihsan dengan darurat : seperti sah membersihkan telaga daripada najis
dan membuang airnya sahaja.
- Istihsan dengan Maslahat : seperti sah wasiat. mahjur'alaihi kerana bodah
untuk kebaikan umum.
Syarat syarat mengamalkannya
Masoleh Mu'tabarah adalah menjadi sumber hukum, dan Masoleh Mulghah bukanlah
sumber hukum. Manakala Masoleh Mursalah pula, ianya menjadi sumber hukum setelah
memenuhi pensyarakan yang berikut:
- Maslahat Mursalah itu tidak bertentangan dengan maksud syara'.
- Maslahat Mursalah itu diterima oleh akal - akal yang matang dan yakin.
- Maslahat Mursalah itu menyeluruh untuk kesemua atau kelayakan manusia.
Kewujudan Masoleh Mursalah
Masoleh Mursalah tidak wujud didalam semua jenis perlakuan atau kepentingan
manusia.Oleh itu, hukum-hukum ta'abbudiy tidak terbabit dengan permasalahan
Masoleh ini.
Dalil dalil Masoleh Mursalah
Diantara dalil dalil mengenai sumber ini ialah:
- Hukum hukum yang disyariatkan melalui Al-Quran dan As Sunnah adalah untuk
manusia.
- Ijtihad para sahabat Rasulullah S.A.W khususnya Khualafa-Ir- Rasyidin
adalah kesemuanya untuk kemaslahatan. Seperti Ijitihad Abu Bakar r.a.
mengumpulkan Al-Quran, dan Ijtihad Umar B. Al-Khattab r.a menentukan Kharaj
dan 'Usyur.
- Maksud Uruf ('Urf)
- 'Urf ialah sesuatu yang dibiasai oleh manusia, samada betbentuk perbuatan
atau perkataan.
Pembahagian 'Urf
'Urf terbahagi kepada beberapa bahagian yang dipandang dari sudut sudut
berikut :
- Dari sudut kuatkuasanya : 'Urf terbahagi kepada :
- 'Uruf am yang menyeluruh
- 'Uruf khas yang tidak menyeluruh.
- Dari sudut kebenarannya : Uruf terbahagi kepada:
- Uruf Shoheh : iaitu kebiasaannya yang tidak nyata mengharamkan
yang halal atau menghalalkan yang haram.
- Uruf Fasid : Kebiasaan yang nyata mengharamkan yang haram atau
kebiasaannya yang nyata tertentu dengan ajaran ajaran Al-Quran dan
Sunnah.
Dalil dalil dari sumber ini
Diantara dalil dali mengenai sebahagian Uruf sebagai sumber hukum ialah :
- "Hendaklah kamu pemaaf menyuruh agar mengerjakan yang baik, dan tinggalkan
mereka yang jahil itu "
Al- A'raf:199
- "Apa yang dipandang oleh orang orang Islam itu baik, maka ianya juga baik
disisi Allah , dan dipandang oleh mereka itu buruk, maka ianya buruk juga
disis Allah "
Maksud Hadith
Uruf yang menjadi sumber
Uruf yang menjadi sumber hukum ialah Uruf Am yang shoheh dizaman Rasulullah
S.A.W dan zaman zaman selepasnya yang tidak bertentangan dengan maksud dan
kaidah syari'iyah, seperti:
- Uruf aqad Istishna'
- Uruf Jual Mubatha.
Syariat yang terdahulu
Hukum hukum yang terkandung didalam syariat syariat bagi nabi nabi atau rasul
rasul a.s yang terdahulu terbahagi kepada :
- Hukum hukum yang tidak di Naskan oleh syariat Muhammad S.A.W
- Hukum hukum yang di Naskah oleh syariat Muhammad S.A.W
- Hukum hukum yang tidak disebut didalam syariat Muhammad S.A.W
- Hukum hukum yang disebutkan sama dengan hukum hukum didalam syariat
Muhammad S.A.W
- Hukum hukum yang disebut didalam syariat Muhammad S.A.W. tetapi tidak
dinyatakan samada dinaskan atau tidak dinaskan.
Dalil dalil mengenai sumber ini.
Diantara dalil dalil mengenai syariat yang terdahulu itu sebagai sumber hukum
ialah :
- Syariat yang terdahulu adalah syariat Allah S.W.T dan tidak ada bukti
tentang penasakhnya yang menyeluruh.
- Ulamak Islam mengambil dalil juga wujud tentang wajib daripada ayat yang
menceritakan tentang syariat Musar.a.
- Perkataan Rasulullah S.A.W merujuk didalam Taurat ketika hendak menghukum
rejam keatas Yahudi yang bersalah kerana berzinaan.
Mazhab Hambali
Iman Ahmad B. Hanbal dilahirkan di Baghdad. Ada juga riwayat yang menyatakan
di Maru, Farsi. Nama penuhnya ialah Abu Abdullah Ahmad B. Muhammad B. Hanbal B.
Hilal B. Asad b.Idris B. Abdillah B. Yayyan B. 'Abdillah B. Anas B. 'Auf B.
Qasith B. Mazin B. Shaiban. Tarikh kelahirannya ialah dalam bulan Rabi'ul Awwal,
164 H. Ibunya Sofiyah Bt. Maimunah Bt. 'Abdil Malik Ash Shaibani.
Beliau pernah diikatkan dengan rantai kemudian diseret daripada Kota Baghdad
hingga ke Tharthus dan dipenjarakan disana selama 28 bulan.Didalam penjara
itulah beliau dipukul oleh kakitangan Khalifah Al Makmum kerana tidak mahu
memperkatakan sesuatu yang bertentangan dengan fahamannya sendiri.
Disebabkan kemiskinan, beliau pernah bekerja sebagai tukang jahit, juru tulis
dan pembawa barang. Semasa hayatnya Iman Ibnu Hanbal sempat menunaikan fardhu
haji sebanyak lima kali. Tiga daripadanya dengan berjalan kaki sahaja, dan
pernah tersesat jalan.
Mahaguru mahaguru Iman Ibnu Hanbal
Diantara guru guru beliau ialah :
- Abu Yusof Ya'Aqub B. Ibrahim
- Hushain B. Bashir B. Abi Hazim Al Wasithi.
- 'Umair B. ' Abdillah B. Khalid.
- Iman Syafi'i
- sufyan B. 'Uyainah.
Kuliah yang disampaikan
Ada dua jenis kursus yang beliau sampaikan, iaitu :
- Kursus secara umum yang disampaikan selepas 'Asar di Masjid Jami' Baghdad
dan
- Kursusu secara khusus dirumahnya sendiri.
Diantara penuntut beliau ialah:
- Yahaya B. Adam
- Iman Bukhari
- Iman muslim
- Iman Abu Daud.
Didalam sejarah juga ada menyatakan, bahaw penutut penutut yang menghadiri
kursus umum beliau kira kira 5,000 orang pada satu satu masa.
Sumber Perundangan Mazhab
Sumber perundangan mazhab Hanbali ialah:
- AlQuranul Karim
- As Sunnatun Nabawiyah
- Perkataan perkataan & Fatwa fatwa sahabat Rasulullah S.A.W.
- Al-Qiyas
- Al Masoleh Al Mursalah
- Al-Ijma'
- Az Zarail.
Kewafatannya
Iman Ibnu Hanbil wafat diwaktu Dhuha hariJumaat 12 Rabi'Ul Awwal, 241 H.
Orang yang memandikan jenazah beliau ialah Abu Bakar Ahmad B. Muhammad B. Al
Hajjaj Al Maruzi. Dan dikebumikan di Baghdad.
Permasalahan Taqlid
Taqlid ialah berpegang kepada orang lain didalam sesuatu hukum sebagai dalil.
Taqlid boleh berlaku didalam tiga bentuk:
- Orang awam bertaqlid kepada orang alim
- Orang awam bertaqlid kepada kepada orang awam yang lain, dan
- Orang alim bertaqlid kepada kepada orang alim yang lain.
Permasalahan Bid'ah
Bida'ah ialah sesuatu ciptaan yang ada bandingan (tidak menyerupai ) dengan
yang sebelumnya. Ianya terbahagi kepada dua :
- Bida'ah Hasanah : Sesuatu ciptaan yang tidak yang baik kerana ianya tidak
bertentangan dengan ajaran ajaran yang terkandung didalam Al Quran dan As
Sunnah. Bida'ah ini disebut juga sebagai Syar (jahat), Dhalal (sesat),
Qabihah (buruk) dan Mazmumah (dikeji).
Dalil mengenai pembahagian Bida'ah
SabdaRasulullah S.A.W. yang bermaksud :
"Sesiapa yang mencipta sunnah yang baik, adalah baginya pahalanya sendiri
dan pahala yang mengamalkan sunnah itu "
Dan sabda baginda lagi:
"Sesiapa yang mencipta sunnah yang buruk, adalah baginya dosanya sendiri
dan dosa yang mengamalkan sunnah itu."
Dari sabda Rasulullah S.A.W tadi dapat difahami, bahawa perkataan "SUNNAH"
itu bukanlah bererti SUNNAH Rasulullah S.A.W. tidak ada sunnah yang buruk.
|