Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Kemaskini dari artikel terdahulu(15.08.2000/15 Jamadil Awal 1421)
NUR MUHAMMAD
ASAS DARI AL-QURAN DAN HADITH
Ihsan Dari Muhammad Nasir [alkausar1@hotmail.com]
(Penghargaan kepada Sheikh Nuh Ha Mim Keller dan Prof. Dr. Abdul Hadi Palazzi terhadap sumbangan mereka dalam artikel ini.)

1. ASAS DARI AL-QURAN

1.1 Rasulullah s.a.w ialah cahaya dari Allah s.w.t., adalah sesuatu yang seseorang yang beriman boleh perkatakan kerana Al-Quran menjelaskannya pada ayat:
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu Nur dari Allah, dan  Kitab yang nyata" (Qur’an 5:15).
Dimana, perkataan Nur pada ayat di atas telah dijelaskan pada beberapa ahli tafsir Al-Quran seperti berikut:
1.3 Penjelasan bagi Ayat 26:217-219
"Wa tawakkal `ala al-`azizi-r-rahim al-ladhi yaraka hina taqum wa taqallubaka fi-s-sajidin"
(al-Shu`araa 26:217-219)
"Dan berserahlah kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani, Yang melihatmu semasa engkau berdiri,  Dan gerak-gerimu di antara orang-orang yang sujud. "
Terjemaham secara dzahir ayat ini ialah Tuhan melihat Rasullullah s.a.w berada dalam beberapa pergerakan sembahyang semasa baginda sembahyang berjemaah;


2. ASAS DARI HADITH

Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa 'Nur'nya 'turun' menerusi keturunan beliau dalam 3 hadith berikut:

  1. Aku telah diutuskan  dalam keadaan yang terbaik pada semua keturunan anak Adam, sejak kejadian mereka.
  2. Aku telah dimasukkan ke dalam tanah pada Adam dan adalah yang dijanjikan kepada ayahanda ku Ibrahim dan khabaran gembira kepada Isa ibn Maryam
  3. Bila Tuhan menjadikan Adam, Dia menurunkan aku dalam dirinya(Adam). Dia meletakkan aku dalam Nuh semasa di dalam bahtera dan mencampakkan aku ke dalam api dalam diri Ibrahim. Kemudian meletakkan aku dalam diri yang mulia-mulia dan memasukkan aku ke dalam rahim yang suci sehingga Dia mengeluarkan aku dari kedua ibu-bapa ku. Tiada pun dari mereka yang terkeluar.
  4. Jabir ibn `Abd Allah berkata kepada Rasullullah s.a.w: "Wahai Rasullullah, biarkan kedua ibubapa ku dikorban untuk me, khabarkan perkara yang pertama Allah jadikan sebelum semua benda." Baginda berkata: "Wahai Jabir, perkara yang pertama yang Allah jadikan ialah cahaya Rasulmu daripada cahayaNya, dan cahaya itu tetap seperti itu di dalam KekuasaanNya selama KehendakNya, dan tiada apa, pada masa itu, dan ........."

  5.  
  6. Sayuti mencatitkan sembilan hadith yang lain yang menunjukkan bahawa Rasullullah s.a.w adalah yang pertama dijadikan , antara nya dilaporkan oleh Bukhari dalam Tarikh , dan juga oleh Ahmad, Tabarani, Hakim, dan  Bayhaqi, bahawa Maysara al-Fajr r.a. berkata, " Aku bertanya, " Ya Rasullullah, bilakah engkau seorang nabi?, dan baginda berkata, "Sementara Adam diantara roh dan jasad."(al-Khasa’is al-kubra, ms. 3-4).

  7.  

     
     
     

  8. Ali ibn al-Husayn daripada bapanya daripada datuknya berkata bahawa Rasullullah s.a.w berkata: "Aku adalah cahaya dihadapat Tuhanku selama empatbelas ribu tahun sebelum Dia menjadikan Adam a.s.

  9.  
  10. Sebalik itu pula terdapat satu hadith dalam Tirmidhi yang menyatakan bahawa kesemua para nabi dijadikan daripada Nur dari Allah dan Muhammad s.a.w adalah yang pertama daripada mereka, dengan rantaian yang munasabah, tetapi tidak pula disebut oleh Suyuti. Ini adalah agak menghairankan yang Sayuti boleh tertinggal hadith yang berkenaan memandangkan bahawa beliau adalah seorang hafiz dalam hadith dan kitab beliau al-Khasa’is al-kubra mengkhusus kepada hadith yang sedemikian rupa. Pun bagitu memadailah ulasan di atas dan Al-Quran berkenaan Rasullullah s.a.w adalah cahaya dari Allah.


3. ASAS DARI SAHABAT r.a., TABI'EN DAN TABI'ET TABI'EN

Qadi `Iyad menyatakan, selepas merujuk kepada 3 hadith yang pertama di atas:

" Inilah apa yang dimaksudkan oleh al-`Abbas ibn `Abd al-Muttalib apabila beliau berkata:
.......Sebelum engkau datang ke dunia ini
engkau lah yang tebaik disebalik bayang bayangan dan di dalam diri
semasa mereka menutup diri mereka dengan daun daun
Kemudian engkau turun melalui masa
Semasa engkau dilahirkan, dunia menyinar
dan ufuk dicahayai oleh cahaya mu.
Kami berjalan in dalam sinaran itu
dan dalam cahaya dan laluan petunjuk yang benar "


Lain-lain rujukan sila lihat berhubung dengan tafsiran ayat terutamanya perkataan 'taqallubaka' dan 'sajidin' serta 'Lam azal unqal...'  pada hadith ke 3 diatas daripada:

  1. Suyuti dalam 'Masaalik al-Hunafa' fi waalidayy al-Mustafa ',
  2. Fakhr al-Din Razi dalam 'Asrar al-Tanzil'(ms 39-40.),
  3. Imam Shahrastani dalam 'al-milal wal-niHal'(ms 64),
  4. Imam Abul Hasan al-Mawardi dalam 'A`lam al-nubuwwa' (ms 67-68) dan,
  5. Abu Ja`far al-Nahhas dalam 'Ma`aani al-Qur'aan'
  6. Allama Shabbir Ahmad Uthmani, Tafsir Uthmani, terj. Muhammad Ashfaq Ahmad (Bombay: Taj Publishers, 1992) Jld. 2, ms. 1657.
Abu Ja`far al-Nahhas dalam 'Ma`aani al-Qur'aan' menyentuh penjelasan Ibn `Abbas dan menambah:
"Betapa baik penjelasan Shams al-Din ibn Nasir al-Din al-Dimashqi apabila beliau berkata:
"Ahmad maju sebagai satu cahaya yang besar yang menyinari pada dahi-dahi mereka yang sujud.  Baginda silih berganti di dalam mereka abad ke abad sehingga baginda menjelma sebagai terbaik dari para utusan."
Sebagai satu pendirian bahawa Rasullullah s.a.w adalah   bashar atau ‘manusia’, tiada kesangsian disini, kerana ia adalah Al-Quran dan Aqidah. Pun bagitu Al-Quran tidak cuma menjelaskan bahawa baginda adalah cuma seorang manusia, padahal lebih dari itu. Sebagai al-Busayri nukilkan dalam Qasida al-Burda :

Muhammad adalah seorang manusia,
   tetapi tidak seperti kemanusiaan
Baginda adalah permata,
   sementara manusia adalah batu.

Walaupun Rasullullah s.a.w adalah cahaya dari Allah s.w.t, baginda adalah cahaya yang dijadikan. Baginda tidak harus disamakan dengan bagaimana Kristian melihat 'Jesus' atau Hindu dengan Avatar mereka. Mungkin itulah antara sebab Allah mengantikannya dengan Islam yang tulin kembali.

Penambahan seperti Nur Allah tidak seharusnya difahamkan sebagai sifat kepada Allah akan tetapi ia adalah satu contoh idafa tashrif seperti Baitullah bagi Kaabah di Mekah. Ia adalah satu sandaran pengiktirafan kemuliaan terhadap sesuatu itu DARI Allah dan bukan TERHADAP Allah. Pendirian ini adalah tidak keterlaluan dan tidak pula bertentangan kerana istilah seperti ini juga digunakan dalam Al-Quran, yang antara lainnya ialah seperti unta betina kaum Thamud yang dikenali dalam Al-Quran sebagai Naqat Allah. Nur Allah tidak seharusnya dilihat seperti Baitullah itu sebagai tempat tinggal Allah ataupun Naqat Allah adalah unta betina tunggangan Allah, nauzubillah.

Sebaliknya jika ada golongan yang cuba membolak balikkan kedudukan ini, maka pendirian mereka adalah keterlaluan dan jelas dari segi pemahaman, kematangan, tujuan dan motif.

4. RUMUSAN

Ketara pada penjelasan di atas, ulama-ulama tafsir dan hadith(hafiz) pada genarasi sahabat, tabien, tabiet-tabien atau lebih dikenali sebagai Salaf as-salihin dan kemudiannya generasi Khalaf as-sadiqin, telah masak dengan "Awaluddin Makrifatullah' masing-masing sebelum diiktiraf sebagai ulama' dalam bidang-bidang tersendiri. Justeru mempunyai asas yang kukuh untuk mempersoalkan aspek-aspek tasawwuf.

Agak menghairankan ada golongan yang boleh mempersoalkan perkara ini tanpa mempunyai asas langsung dalam bidang tasawwuf  tetapi sebaliknya cuma mempunyai asas fekah sahaja. Adakah cuma untuk memperkatakan kepada AWAM apa yang mereka tidak tahu itu adalah suatu perkara yang tiada ataupun salah disisi Islam? Adakah ini usul? Adakah mereka itu ISLAM? Atau cuma satu golongan muslim yang sama-sama meraba-raba mencari ISLAM seperti orang lain juga? Islam dan muslim adalah dua perkara yang berbeza.

'Abdullah b. al-Mubarak (m. 181 H), salah seorang daripada guru-guru Imam al-Bukhari yang masyhur berkata, "Isnad adalah sebahagian daripada ugama, jika tidak kerana isnad, sesiapa saja yang berkehendak boleh perkata apa saja yang mereka suka." (diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Pengenalan kepada Sahih beliau). Ibn Sirin (m. 110H), seorang Tabi'en, berkata, "Mereka tidak akan bertanya berkenaan isnad. Apabila fitnah timbul, mereka berkata, "Namakan orang kamu." (Perlunya isnad ialah) Supaya perawian Ahl al-Sunnah diterima sementara mereka dari Ahl al-Bid'ah tidak diterima." Justeru penolakkan sesuatu aspek dalam Islam hendaklah daripada Al-Quran dan hadith, disamping mempunyai rujukan-rujukan yang kukuh mengenainya. (Sahih Muslim, 1:15. Lihat Suhaib Hasan, Kritikan berkenaan hadith di antara muslim dengan merujuk kepada Sunan Ibn Majah [Ta Ha Publishers / Al-Quran Society, London, 1407/1986], ms. 15-17)

Sebaliknya, tuduhan-tuduhan berhubung dengan Nur dan Hakikat Muhammad berkitar pada isu neo-platonism, pathernism dan sepertinya. Tiada rujukan dari nas dan ahadith yang dikemukakan terhadapnya atau sebaliknya. Penolakkan satu sanad tidak bermakna sanad yang lain juga mansuh. Rata-rata rujukan terhadap neo-platonism dan pathernism cuma bersumber kepada seorang muslim yang lain yang berpendapat sama dan tidak lebih dari itu. Adakah ini rujukan? Paling dekat setakat yang penulis pernah jumpa adalah rujukan kepada "Encyclopedia of Islam" ed.2; pun bagitu adakah ini rujukan, jika edisi pertamanya pernah diharamkan kerana ia mempunyai gambar "Mohammad the Prophet", yang segak dengan pedang dipinggang.

Ada baiknya, sangkalan terhadap tajuk perbincangan di rujuk kepada penulisan Plato atau Aristotal yang authentik dari mengikut " sesiapa saja yang berkehendak memperkata apa saja yang mereka suka." Sekurang-kurang nya kita yang meraba-raba mencari kebenaran tahu kedudukan yang sebenar dan arah sangkalan atau arah rujukan dan arah keugamaan yang di anut oleh sesuatu pihak itu. Atau mungkin kita boleh bersetuju dengan pihak berkenaan bukan kerana mereka adalah benar tetapi di atas asas As-Shafie pernah berkata, "Apa yang luaran, yang bertentangan dengan Islam adalah kufar dan yang bersamaan dengan Islam adalah kufar."

Pun bagitu, penolakkan ini masih bukan sesuatu yang berasaskan Al-Quran dan hadith. Adakah ia harus diterima walaupun sebaliknya ada mempunyai asas Al-Quran dan hadith? Sebaiknya untuk menidakkan kedudukan yang dibentangkan di atas ialah:

1. Menunjukkan kesilapan pada rujukan-rujukan di atas.
2. Menampakkan kelemahan pada rujukan-rujukan di atas.
3. Membuktikan tafsir ayat dan sanad hadith di atas adalah lemah.
4. Memberi tafsir lebih kukuh pada nas-nas yang sama.
5. Memberi nas-nas yang menidakkan pendirian ini dengan tafsirnya sekali
6. Memberi rujukan hadith serta sanad yang lebih kukuh.

Siapa saja yang sayang akan ugama dan dirinya akan akur, begitu juga penulis yang jahil berhubung dengan ugama dan bertaqlid kepada yang lebih arif sebagai rujukan. Seandainya kejahilan penulis di lambakkan dengan rujukan yang lebih jahil dari itu, semetinya penulis akan menjadi lebih sombong untuk menidakkan apa yang dikemukakan. Inilah yang cuba dikikis oleh kesufian dan tasawwuf.

Sesungguhnya nafsu adalah musuh golongan sufi yang paling di hormati.