Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

TALKIN

Pernah kita mendengar suara-suara mengatakan bahawa taklin itu adalah bidaah. Ada yang mengarang buku-buku dalam memerangi talkin malah dalam ceramah-ceramah agama ada terdengar ejekan-ejekan kepada orang yang melakukan talkin.

Maka di sini kami cuba bawakan pendapat dan fatwa-fatwa ulama-ulama yang muktabar yang lebih banyak ilmu dan takwanya, supaya kita tahu kedudukan sebenar perkara tersebut. Namun di sini tidak kami bawakan dalil-dalil dari Quran dan Hadis kerana kita semua sudah maklum bahawa ulama-ulama muktabar tidak mengeluarkan seuatau hukum melainkan setelah mereka periksa terlebih dahulu dari Quran dan Hadis. Jadi tidak perlulah kita mempersoalkan tentang dalil-dalil kerana cukuplah perkataan ulama itu menjadi dalil kepada kita kerana kita bukan ahli dalil.

waLLAHualam.


MAKNA TALKIN
Pada Bahasa
  • Tafhim yaitu memahamkan atau memberi faham (Kamus al Muhith, Juz IV, hal. 268)
  • Mengajar atau memberi ingat (Kamus al marbawi, hal. 255)
  • Memberi peringatan dengan mulut secara berhadapan (Munjid, hal. 780)

    Pada Istilah
  • Mengajar kepada orang yang akan mati kalimah tauhid iaitu "La Illaaha Illal Lah"
  • Mengingatkan orang yang sudah mati dan baru sahaja dikuburkan beberapa hal yang penting baginya untuk menghadapi Malaikat Munkar dan Nakir yang akan datang menanyai mereka.

    Makna yang kedua pada istilah inilah yang akan dibahaskan.

  • HUKUM AGAMA TENTANG TALKIN
    Mentalkinkan orang yang sudah mati dan telah dikuburkan adalah sunat dan diberi pahala kepada orang yang mengerjakannya dan berfeadah kepada mayat yang ditalkinkan itu.

    Ini berdasarkan kepada beberapa nash (fatwa yang nyata) dalam kitab-kitab fekah dalam Mazahab Shafie yang sudah lama beredar diseluruh dunia dan banyak dikaji dan dipelajari di pondok-pondok pengajian agama, sekolah-sekolah malah universiti-universiti islam di seluruh dunia dejak dari dulu hingga sekarang.

  • Iman Nawawi (Kitab Majmu' Syarah Muhadz-dzab Juz V, hal. 303)
    Berkata sekumpulan dari sahabat kita, bahawa sunat membaca talkin untuk orang mati yang sudah baru saja dikuburkan. Maka duduk orang yang mentalkinkan setentang dengan kepala maya, lalu ia baca: Hai si Anu anak si Anu sampai seterusnya.

  • Iman Nawawi (Kitab Al Adzkar, hal. 206)
    Adapun mentalkinkan mayat sudah dikuburkan sesungguhnya telan berfatwa sekumpulan sahabat kita (ulama-ulama dalam Madzhab Shafie) bahawa talkin itu sunat. Di antara ulama-ulama yang berfatwa itu adalah Qadi Husein dalam kitab Ta'liqnya, Iman Mutawalli dalam kitab Tatimmah, Syeikh Iman yang zuhud Abdul Fatah Nashar bin Ibrahim bin Nashar al Maqdisi, Iman Abu Qasim ar Rafi'i dll.

  • Iman Yusuf al Arbubeli (Kitab Al Anuar, Juz 1, hal. 124)
    Dan sunat ditalkinkan orang yang sudah dewasa sesudah dikuburkan. Maka duduklah orang yang mentalkinkan setentang kepalanya. anak kecil walaupun sudah mumaiyiz tidak ditalkinkan. Baik sekali sesudah ditalkinkan duduk sebentar membaca quran dan istighfar. Kalau dapat membaca Quran sehingga tamatnya adalah terlebih baik

  • Syeikh Amirah (Hasyiyah Amirah (hasyiyah Mahalli) Juz I, hal. 352-353)
    Berkata pengaran kitab Al Istiqsha', sunat mengulang talkin 3 kali dan ketahuilah bahawa hal ini tidak bertentangan dengan perkataan Tuhan yang bererti "Dan engkau tidak bisa menjadikan mendengar orang yang dalam kubur", kerana mayat di dalam kubur itu pada satu ketika mendengar dan pada ketika yang lain tidak mendengar

  • Syeikh Khatib Syarbini (Mughni al Muhtaj Juz I, hal. 367)
    Dan suant mentalkinkan mayat yang sudah dewasa sesudah dikuburkan, maka dikatakan: "hai hamba Allah anak hamba Allah... dan seterusnya

  • Syeikh Khatib Syarbini (Al Iqna', Juz I, hal. 183)
    Dan sunat mentalkinkan mayat sesudah baligh, sesudah dikuburkan, kerana ada hadis yang menerangkan hal itu. Hadis itu walaupun daif(lemah) tetapi disokong oleh banyak hadis yang shahih, dan juga talkin itu dikerjakan sedari dulu, yaitu semejak dari zaman orang-orang yang patut diikut.

  • Iman Ibnu Hajar al Haitami (Tuhfah Juz III, hal. 207)
    Dan sunat mentalkinkan mayat yang baligh berakal atau orang gila sesudah pernah beribadat sebelum gila, atau orang mati syahid sekalipun, yakni sebagai yang telah difatwakan oleh beberapa ulama. Talkin itu sesudah dikuburkan.

  • Iman Zainuddin bin Abdil' Aziz al Malibari (Fathul Mu'in, hal. 47)
    Dan sunat juga mentalkinkan orang dewasa walaupun orang itu mati syahid, sesudah dikuburkan.

  • Iman Ramli (Nihayah Juz III, hal. 40)
    Dan sunat mentalkinkan orang mati yang sudah dewasa, kerana ada hadis yang mengatakan bahawa seseorang apabila diletakkan dalam kubur sesudah ditutup dengan tanah dan penghantar-penghantar berjalan pulang maka si mayatitu mendengar sepatu mereka, kalau orang itu sudah tiada lagi maka datanglah dua orang malaikat... dan seterusnya.

  • Syeikh Sayd Bakri Syatha (I'natut Thalibin Juz II, hal. 140)
    Dan sunat mentalkinkan orang mati yang dewasa walaupun orang yang mati syahid sesudah dikuburkan kerana firman Tuhan di dalam Quran yang ertinya: "Dan ingatkanlah kerana peringatan itu memberi manfa'at bagi orang mukmin". Orang yang patut diberi peringatan ialah orang yang dalam keadaan serupa itu (orang yang akan menghadapi soal Mungkar dan Nakir)

  • Syeikh Nawawi Banan (Nuhayatuz Zein, hal. 162)
    Dan sunat mentalkinkan mayat yang baligh sesedah dikuburkan, walaupun mayat itu mati syahid kerana mayat itu ketika itu sangat mengharapkan peringatan.


  • [Masalah dan Pengetahuan] [Hakim Islamic Page]
    Tarikh: 1 July. 1997