APA ITU MUZIK TERAPI? --------------------- Muzik terapi merupakan satu bidang profesional yang menggunakan muzik untuk pemulihan, pemeliharaan, dan peningkatan taraf kesihatan mental dan fizikal. Perubahan dari segi kognitif, sosial, dan emosi dapat dicapai dengan teknik-teknik muzik tertentu. GOLONGAN-GOLONGAN SASARAN ------------------------- Sebanyak 6000-10,000 pakar muzik terapi di seluruh dunia memberi perkhidmatan kepada golongan masyarakat terutamanya mereka yang menghadapi trauma, gangguan emosi, kerencatan akal, ketegangan, penyakit kanser & AIDS, dan lain-lain lagi. TUJUAN ------ Di antara matlamat muzik terapi adalah pemulihan kekuatan fizikal, menyediakan pesakit menanggung kepedihan rawatan, memberi sokongan emosi kepada pesakit dan keluarganya, serta memberi peluang melepaskan perasaan dan menyenangkan fikiran. TEKNIK-TEKNIK MUZIK TERAPI -------------------------- Setelah penaksiran klinikal dijalankan, pakar muzik terapi akan menjalankan program muzik terapi yang mungkin melibatkan teknik-teknik seperti mendengar seleksi muzik tertentu, memain alat-alat muzik, menyanyi, perbincangan lirik-lirik lagu, mengarang dan menggubah lagu, memberi persembahan secara kumpulan, hipnosis muzik, menari atau melukis dengan muzik.
My Favorite Links
Back to James Yeow's Home Page
Perkembangan Kerjaya