Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
KOMPUTER DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

 

1.Pendekatan dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Matlamat pendidikan Teknologi Maklumat ( TM ) dapat dicapai dengan wujudnya pertalian erat antara Kurikulum,Pedagogi dan Pentaksiran. Kurikulum TM digubal dalam konteks pengajaran / pembelajaran bestari dan disokong oleh pentaksiran berasas kriteria.Dalam kata yang lain, pelaksanaan kurikulum teknologi maklumat berasaskan kepada paradigma baru dalam pendidikan (Voogt dan Odenthal, 1997, 1999) yang menekankan kepada pemahaman dan penguasaan proses. Dalam pendekatan ini, pelajar memainkan peranan aktif dalam menentukan haluan (self directed) dan kemajuan (self pace) pembelajaran masing-masing.Ke arah meguasai pengetahuan dan kemahiran yang ditetapkan, pelajar.

Pentaksiran berasaskan sekolah akan digunakan oleh pelajar untuk membolehkan mereka mengukur tahap penguasaan pengetahuan / kemahiran / sikap mereka berbanding kriteria yang ditetapkan.Pentaksiran berasaskan sekolah dilaksanakan dengan tujuan untuk membolehkan pelajar memperbaiki pencapaian diri (assessment for better learning).

Pelaksanaan pendekatan baru dalam pengajaran dan pembelajaran menuntut guru untuk mengubah peranan mereka; daripada "tuan" kepada "pembantu", daripada "pengarah" kepada "penyelia", daripada "diktator" kepada "fasilitator". Pelajar menentukan dan merancang pembelajaran sementara guru pula bertindak memastikan pelajar berjaya melaksanakan rancangan pembelajaran mereka dan mencapai kriteria yang telah ditetapkan.

2.Pengajaran Berbantukan Komputer ( Computer Assisted Instruction, CAI )

2.1Integrasi Bahan Kursus CAI dalam bilik darjah

Antara aspek-aspek mustahak dalam CAI ialah pembangunan bahan kursus, mengintegrasi bahan CAI dengan aktiviti bilik darjah, untuk mendapat sistem komputer, untuk mengedar bahan kursus CAI dan untuk menentukan keberkesanan CAI dalam bilik darjah.

Bagi setiap topik / tajuk dalam CAI telah direka beberapa unit seperti verbal, latih tubi, tutorial, simulasi dan pertanyaan bergantung kepada kumpulan pelajar sasaran. Sebagai tenaga pengajar yang akan menggunakan komputer sebagai medium pengajaran dengan berkesan, seseorang patut tahu tentang kelebihan dan kelemahan sebuah komputer.

2.2Penilaian dan Penyebaran Bahan Kursus

Bahan kursus yang hendak disebarkan kepada para pelajar sasaran hendaklah dinilai dan diuji dari segi kesesuaiannya.Beberapa langkah perlu dilakukan dalam proses penilaiannya.Langkah-langkah tersebut digambarkan seperti dalam Rajah 2.2 adi bawah :

 


Dalam membuat penilaian ini, terdapat dua elemen yang perlu diberi perhatian iaitu buku panduan guru dan buku kerja pelajar.Kedua-dua elemen ini mengandungi borang penilaian yang akan dijadikan landasan dalam memperkemaskan lagi modul pembelajaran yang dihasilkan.Borang-borang penilaian ini dikembalikan kepada pengarang CAI supaya sebarang pengubahsuaian yang dilakukan adalah mengikut keperluan dan kehendak pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar.

2.2.1Buku panduan guru

Buku panduan guru ini perlu mengandungi beberapa maklumat seperti maklumat teknik yang sempurna untuk menerangkan bagaimana mengawal pelajaran, strategi-strategi pengajaran untuk menggunakan bahan kursus yang sedia ada , aktiviti-aktiviti pembelajaran yang khusus untuk diintegrasikan dalam kurikulum serta borang penilaian.Borang penilaian guru adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah2.2.1 a.
 
Tajuk kursus:Nama guru:
Kod kursus:Bidang kepakaran:
Jenis Unit:Respon
RendahTinggi
123456
1.Objektif tercapai
2.Relevan kepada kurikulum
3.Bahasa sesuai dengan tahap kelas

4.Maklum balas yang sesuai disediakan

5.Format bingkai betul

6.Arahan-arahan mudah difahami

7.Tempoh masa mencukupi

8.Komen-komen lain

a.Objektif

b.Kelemahan

c.Cadangan

Penilaian untuk setiap soalan adalah Dari 1 (rendah) hingga 5 (tinggi)

Rajah2.2.1 a

2.2.2Buku kerja pelajar

Buku kerja pelajar ini mengandungi rajah tertentu yang biasanya agak susah atau tidak dapat dilukis dengan menggunakan komputer, maklumat yang mencukupi untuk membantu pelajar mengguna dan mengendalikan sesuatu bahan kursus secara teknilal serta borang penilaian.Borang penilaian pelajar adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.2.2 a.
 
Tajuk kursus:Nama pelajar:
Kod kursus:Nombor daftar:
Jenis Unit:Respon
RendahTinggi
123456
1.Minat kepada aturcara
2.Membantu mempelajari konsep baru
3.Arahan mudah untuk diikut

4.Tempoh masa mencukupi

5.Maklumat lengkap dan mencukupi

untuk mengguna dan mengendali bahan kursus

6.Bahasa yang diguna jelas dan

mudah difahami. 

Penilaian untuk setiap soalan adalah Dari 1 (rendah) hingga 5 (tinggi)

Rajah 2.2.2 a

2.3Sistem Komputer dan Pengurusan

Isu komputer yang perlu diambilkira dalam melaksanakan sesuatu CAI ialah kos pelaksanaan yang merangkumi aspek-aspek seperti bilangan komputer yang diperlukan,bilangan jam yang diperlukan oleh setiap pelajar untuk setiap mata pelajaran dalam seminggu, penyenggaraan komputer dan keselamatan sistem komputer.

Pemilihan jenis dan pemiawaian komputer yang bersesuaian untuk CAI juga adalah penting.Sekiranya jenis komputer yang dipilih adalah mikrokomputer maka pemiawaiannya perlu diambilkira juga contohnya, keperluan minima untuk satu sistem mikrokomputer adalah 640K bait bagi ingatan utama, satu pemacu cakera dan satu monitor video yang mampu memaparkan sekurang-kurangnya 1000 aksara dengan kemudahan grafik.

Perlaksanaan CAI adalah lebih mudah dilaksanakan dalam bentuk rangkaian kerana ia akan menjimatkan kos pelaksanaan.Walaubagaimanapun, masalah utama kepada pelaksanaan dalam bentuk rangkaian ialah jika masalah timbul dalam sistem ia akan melibatkan semua komputer dalam rangkaian.

2.4Menggalakkan Penghasilan /Penulisan Bahan Kursus

Penghasilan sesuatu bahan kursus mengambil masa yang agak panjang kerana ia perlu dihasilkan dengan teliti.Pembangun bahan kursus ini perlu meluangkan banyak masa bagi tujuan penghasilannya.Oleh itu, adalah lebih baik jika ada penganjur yang dapat memberi galakan kepada penglibatan lebih ramai individu dalam penghasilan bahan yang lebih banyak dan lebih bermutu.Antara cara yang boleh dilaksanakan ialah dengan membenarkan pembangun bahan kursus memasarkan bahan kursus mereka melalui syarikat penerbitan dan mengambilkira bahan ini sebagai kerja penyelidikan dan pembangunan yang boleh digunakan sebagai ukuran produktiviti kerja yang dilaksanakan.

3.Pengajaran Diuruskan Komputer ( Computer Managed Instruction, CMI )

Pengajaran Diuruskan Komputer ( CMI ) berperanan membantuproses pengurusan dalam bilik darjah.Ia melibatkan interaksi antara pelajar, guru, komputer dan bahan-bahan sumber pendidikanyang lain.CMI digunakan dalam membimbing pelajar dalam kurikulum melalui satu haluan pembelajaran yang ditetapkan oleh guru, menyimpan rekod-rekod kemajuan pelajar untuk digunakan dalam proses penilaian kelak serta untuk menilai keberkesanan sumber-sumber pendidikan.Terdapat tiga bidang utama CMI iaitu pengurusan rekod pelajar, pengurusan komunikasi dan pengurusan proses pembelajaran.Tiga bidang ini adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3 a

Dalam CMI, pelajar biasanya berinteraksi secara terus dengan bahan yang sedia ada dan hanya sebahagian daripada masanya pula mereka berinteraksi dengan komputer,Selain itu,beberapa bahan lain turut digunakan seperti teks terancang, alat pandang dengar, bahan kursus,buku dan risalah.CMI mempunyai kelebihan dimana ia boleh direka untuk menyoal pelajar dalam bentuk kuiz dan ujian objektif dalam menilai penguasaan pelajar terhadap subjek.Diantara bahagan yang agak rumit dalam pembangunan CMI ialah merekabentuk dan menyenggara sistem CMI.Walaupun tugas ini sukar dan memakan masa, ia boleh dilaksanakan menggunakan perisian pemprosesan kata, hamparan elektronik dan pangkalan data. 

Rajah 3 a


3.1Pengurusan Proses Pembelajaran

Dalam CMI, pelajar akan mendapat tugasan melalui komputer dan membuat aktiviti yang dicadangkan melalui komputer atau bahan lain.Kuiz atau ujian pula akan diberikan setelah selesai tugasantersebut bagi menilai tahap pengusaan pelajar.

Sistem pengurusan rekod direka khas bagi meringankan tugas rutin guru.Manakala sistem pengurusan komunikasi akan memberi kemudahan kepada guru,pelajar dan pentadbir saling berhubung antara satu sama lain.

3.2Pengurusan Rekod Pelajar

Pengurusan rekod pelajar diperlukan oleh guru bagi menyimpan rekod pelajar seperti markah ujian yang telah diberikan kepada pelajar.Ianya perlu bagi menjana laporan kemajuan pelajar untuk guru dan ibu bapa, menyenaraikan objektif yang telah dicapai oleh pelajar dalam tempoh tertentu dan rekod 
Rounded Rectangle: PENGURUSAN REKOD PELAJARMENU UTAMA1.REKOD SENARAI KELAS2.REKOD MARKAH UJIAN KELAS3.REKOD KEHADIRAN KELAS4.KELUARPILIHAN ANDA (1-4) :

kehadiran pelajar.Contoh CMI adalah seperti dalam Rajah 3.2 a

Rajah 3.2 a

3.3Penjanaan Tabung Soalan

CMI memberi kemudahan kepada guru untuk menghasilkan kertas peperiksaan berdasarkan tabung soalan yang ada dalam komputer.Kertas peperiksaan yang hendak dihasilkan ini boleh diberikan beberapa parameter kepada komputer bagi memilih soalan yang bersesuaian.Diantara parameter-parameter yang sering dipilih ialah objektif soalan dan tahap kesusahan soalan.

4.Komunikasi Mediasi Komputer ( Computer Mediated Communication, CMC )

Komunikasi mediasi komputer melibatkan pengajaran dan pembelajaran secara rangkaian atau hubungan rangkaian. Contohnya guru atau pelajar menggunakan jalur internet untuk berhubung semasa proses pembelajaran berlaku.

5.Multimedia Berasaskan Komputer ( Computer Based Multimedia, CBM )

Sistem-sistem multimedia untuk pendidikan dapat menyampaikan pengajaran secara langsung kepada para pelajar melalui cara berinteraksi dengan mata pelajaran yang telah diprogramkan menggunakan multimedia ke dalam komputer. 

Multimedia boleh dijadikan salah satu alat bantuan mengajar (ABM) kerana ia membolehkan guru mengurus aktiviti pengajarannya secara teratur dan menarik dengan cara memberi persembahan yang pelbagai menggunakan program-program multimedia yang senang didapati.

Contohnya, persembahan pengajaran yang menarik boleh dilakukan menggunakan aplikasi multimedia seperti Authoware, Freehand, Page Maker dan sebagainya kerana ia mengandungi grafik yang menarik yang boleh diaudiokan, divideo, dan dianimasikan secara bijaksana.

6.Kelebihan Penggunaan Komputer dalam P&P

i)Menyokong pembelajaran kendiri dengan maklum balas dan peneguhan yang cepat.

ii)Pengintegrasian multi media daripada sumber yang pelbagai.

iii)Keinteraktifan yang membolehkan pembelajaran dapat dijalankan dengan luwes dengan kawalan kendiri.

iv)Memperluaskan capaian dengan pautan kepada sumber yang pelbagai.

v)Cara kerja baru dalam komputer akan membangkitkan motivasi kepada pelajar dalam pembelajaran.

vi)Warna, muzik dan grafik animasi dapat menambahkan kesan realistik dan memerlukan latihan, kegiatan amali, simulasi dan sebagainya.

vii)Tindak balas peribadi yang cepat dalam kegiatan pembelajaran pelajar akan menghasilkan penguatan yang tinggi.

viii)Pengawasan pengajaran daripada guru dapat diperluaskan kerana maklumat senang didapati dan mudah diatur dan ia membantu pengawasan yang lebih terhadap pelajar.

7.Kelemahan Penggunaan Komputer dalam P&P

i)Kos yang tinggi

ii)Teknologi yang cepat berubah

iii)Literasi komputer masih meluas

iv)Perlu cekap dan bermotivasi untuk berjaya

v)Pengeluaran komputer untuk tujuan pendidikan masih dibelakang jika dibandingkan dengan pengeluaran komputer untuk bidang lain contohnya untuk analisis data.

vi)Program pengajaran pendidikan yang bermutu yang menggunakan kecanggihan komputer masih kurang, terutama yang menggunakan mikrokomputer.

vii)Beban pengajaran guru bertambah kerana terpaksa memahami penggunaan komputer secara terperinci.

viii)Kreativiti mungkin hanya akan difokuskan kepada pengajaran yang dikomputerkan sahaja. Ini akan mengabaikan sikap semulajadi pelajar yang kreatif kerana semua pembelajaran adalah menggunakan program komputer.

Bibliografi

1.http://kdp.ppk.kpm.my

2.Jong Soe Han, Chong Jon pong, Lin Soo King, Hatim Mohd Tahir: Literasi Komputer,Fajar Bakti, 1993

3.G.S Rao, A.K Rao, Zoraini Wati Abas, Wan Fauzy Wan Ismail : Pembelajaran Berbantukan Komputer, Fajar Bakti, 1991

4.Dr. Dana Sudjana, Drs. Ahmad Rivai : Teknologi Pengajaran, Sinar Baru Bandung, 1989.

5.Fred Percival, Henry Ellington : Teknologi Pendidikan, Penerbitan Erlangga, 1988.