Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

PERKARA ASAS FARDU AIN (PAFA).

KOD 01 MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH.

SOALAN Sebutkan Dua Kalimah Syahadah dengan sempurna.

JAWAPAN Asyhadu Al-laa ilaha il-lallah. Wa asyhadu anna Muhammadar Rasulullah.

SOALAN Nyatakan erti Dua Kalimah Syahadah.

JAWAPAN Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah. Dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad Pesuruh Allah

KOD 02 RUKUN ISLAM.

SOALAN Sebutkan Rukun Islam satu persatu.

JAWAPAN Rukun Islam lima perkara:

    1. Mengucap Dua Kalimah Syahadah.
    2. Menunaikan Solat Lima Waktu sehari semalam.
    3. Mengeluarkan Zakat.
    4. Berpuasa di Bulan Ramadhan.
    5. Menunaikan Haji bagi yang berkuasa.

KOD 03 RUKUN IMAN.

SOALAN Sebutkan Rukun Iman satu persatu.

JAWAPAN Rukun Iman enam perkara:

    1. Beriman kepada Allah.
    2. Beriman kepada Malaikat.
    3. Beriman kepada Kitab.
    4. Beriman kepada Rasul.
    5. Beriman kepada Hari Akhirat.
    6. Beriman kepada Qada dan Qadar.

SOALAN Bagaimana anda beriman kepada Allah S.W.T.

JAWAPAN Mengaku bahawa allah S.W.T. ada, dan melaksanakan perintahNya dengan sempurna.

KOD 04 BERISTINJAK.

SOALAN Terangkan bagaimana cara beeristinjak dengan menggunakan batu.

JAWAPAN Menyapu qubul dan dubur dengan menggunakan batu sekurang-kurangnya tiga biji batu atau bahan yang kesat sehingga diyakini bersih.

SOALAN Terangkan bagaimana cara beristinjak dengan air.

JAWAPAN Membasuh qubul atau dubur dengan Air Mutlak sehingga diyakini bersih.

KOD 05 MEMBERSIHKAN ANGGOTA BADAN, PAKAIAN, DAN TEMPAT DARIPADA NAJIS.

SOALAN Kain ini terkena najis Mukhaffafah. Terangkan dan tunjukkan cara bagaimana menyucikannya.

JAWAPAN Percikkan air Mutlak di kawasan yang terkena najis, kemudian keringkan.

SOALAN Kaki anda terkena najis Mutawasitah. Terangkan dan tunjukkan cara bagaimana menyucikannya.

JAWAPAN 1. Bersihkan najis dari tempatnya.

2. Siram dan gosok sehingga hilang bau, warna,dan rasanya.

3. Bilas dengan air Mutlak dan keringkan.

SOALAN Di lantai ini terdapat najis Mghallazah. Terangkan dan tunjukkan cara bagaimana menyucikannya.

JAWAPAN 1. Bersihkan najis dari tempatnya.

2. Siram sekali dengan air yang bercampur tanah.

3. Gosokkan dengan sabun sehingga hilang warna, bau, dan rasa.

4. Siram enam kali dengan air Mutlak.

KOD 06 CARA BERWUDUK.

SOALAN Tunjukkan cara berwuduk dengan betul dan sempurna.

JAWAPAN 1. Membaca Bismillahir Rahmanir Rahim.

2. Membasuh kedua-dua tangan hingga ke pergelangan tangan 3X.

3. Berkumur-kumur 3X.

4. Memasukkan air ke dalam hidung, kemudian mengeluarkannya 3X.

5. Menyebut lafaz niat wuduk : Nawaitu raf- al hadasil asghar lillahi taaala. Sambil membasuh seluruh muka 3X.

6. Membasuh tangan kanan hingga ke siku 3X.

7. Membasuh tangan kiri hingga ke siku 3X.

8. Menyapu sebahagian kepala atau ubun-ubun 3X.

9. Menyapu kedua-dua telinga dengan air 3X.

10. Membasuh kaki kanan dan kaki kiri hingga ke buku lali 3X.

11. Menghadap kiblat dan berdoa:

Asy hadu al-laa ilaha il-lallah, wahdahu laa syarikalah,

Wa asy hadu anna Muhammadan abduhu warasuluh,

Allahummaj alnii minat tauwaa bin, waj alnii minal

Mutatah hirin, Waj alnii min ibadikas solihin.

KOD 08 CARA MANDI WAJIB (HADAS BESAR).

SOALAN Nyatakan sebab-sebab yang mewajibkan mandi.

JAWAPAN Sebab-sebab yang mewajibkan mandi:

    1. Keluar mani.
    2. Haid.
    3. Janabah (bersetubuh)
    4. Wiladah.
    5. Nifas.
    6. Mati, selain mati syahid.

SOALAN Terangkan cara mandi wajib yang betul dan sempurna.

JAWAPAN Cara-cara mandi wajib :

    1. Bersihkan badan dari segala kekotoran.
    2. Hilangkan segala benda yang boleh menghalang air sampai ke kulit anggota badan
    3. Ambil wuduk.
    4. Siramkan air ke atas kepala sambil membaca niat:
    5. Nawaitu raf- al hadasil akbari fardan alaiya lillahi taaala.

      ( sahaja aku mengangkat hadas yang besar fardu ke atas ku kerana Allah taala )

    6. Jiruskan air ke anggota badan sebelah kanan 3X dan sebelah kiri 3X.
    7. Ratakan air ke seluruh badan. Selatkan rambut, janggut, dan semua bulu supaya air sampai ke kulit. Ratakan juga air ke tempat lipatan-lipatan dan celah anggota badan yang zahir seperti telinga, hidung, mata, ketiak, pusat, selah paha, qubul dan dubur dalam keadaan mencangkung.
    8. Jika air tidak rata dengan 3 jirusan seperti di atas, maka hendaklah ditambah lagi jirusan sehingga air rata ke seluruh anggota badan. Semasa meratakan air, hendaklah dijaga supaya tangannya tidak menyentuh qubul dan dubur tanpa lapik yang menyebabkan wuduknya batal.

KOD 09 AZAN, IQAMAH, JAWAPAN DAN DOA SELEPAS AZAN/IQAMAH.

SOALAN (Lelaki) Anda dikehendaki melaksanakan azan dengan betul dan sempurna.

JAWAPAN Allahu Akbar Allahu Akbar 2X

Asy hadu al-laa ilaha il-lallah 2X

Asy hadu anna Muhammadar Rasulullah 2X

Haiya alas solah 2X

Haiya alal falah 2X

  • Assolatu khairum minan –naum 2X

    Allahu akbar allahu akbar 1X

    Laa ilaha il-lallah 1X

    SOALAN (Perempuan) Anda dikehendaki menerangkan cara melaksanakan azan dengan betul dan Sempurna.

  • JAWAPAN 1. Bewuduk (makruh azan tanpa wuduk)

    2. Berdiri menghadap Qiblat.

    3. Meletakkan jari telunjuk di telinga.

    4. Mengalunkan lafaz azan.

    SOALAN Dengar azan dan jawab azan dengan betul dan sempurna.

    JAWAPAN Allahu akbar Allahu akbar 2X

  • # Jawab – Allahu akbar Allahu akbar 1X
  • Asy hadu al-la ilaha il-lallah 2X

  • # Jawab – Asy hadu al-la ilaha il-lallah 1X
  • Asy hadu anna Muhammadar Rasulullah 2X

  • # Jawab- Asy hadu anna Muhammadar Rasulullah. 1X
  • Haiya alas solah 2X

  • # Jawab- Laa haula wala quata il-laa bil-laa 1X
  • Haiya alal falah 2X

  • # jawab- Laa haula wala quata il-laa bil-laa 1X
  • As – Solatu khairum minan naum 2X

  • # Jawab- Sodakta wa bararta 1X
  • Allahu akbar Allahu akbar 1X

  • # Jawab- Allahu akbar Allahu akbar 1X
  • Laa ilaha il-lallah 1X

  • # jawab- Laa ilaha il-lallah 1X
  • SOALAN Anda dikehendaki memperdengarkan Iqamah dengan betul dan sempurna.

    JAWAPAN Berdiri menghadap Qiblat. Menyebut lafaz Iqamah:

    Allahu akbar Allahu akbar 1X

    Asy hadu al-laa ilaha il-lallah 1X

    Asy hadu anna Muhammadar Rasulullah 1X

    Haiya alas solah 1X

    Haiya alal falah 1X

    Qad qaa – matis solah 2X

    Allahu akbar Allahu akbar 1X

    Laa ilaha il-lallah 1X

    SOALAN Dengar Iqamah dan jawab dengan betul dan sempurna.

    JAWAPAN Allahu akbar Allahu akbar 1X = lafaz sama

    Asyhadu alla ilaha il-lallah 1X = ,,

    Asy hadu anna Muhammadar Rasulullah 1X = ,,

    Haiya alas solah 1X = Laa haula wala quata

    Haiya alal falah 1X = Laa haula wala quata

  • Qad qaa matis solah 2X = Aqa mahallahu wa-ada maa dam-matis samawati wa ard, Waja alani minas solihi ahliha
  • Allahu akbar allahu akbar = lafaz sama

    Laa ilaha il-lallah = lafaz sama

    SOALAN Anda dikehendaki membaca doa selepas Azan dan Iqamah

    JAWAPAN Allahumma rabba hasihid dakwatit tam-mati was- solatil qaa imah,

    Aa-ti saidina Muhammadanil wasiilatah, wal- fadhilah,

    Wab ashul maqaamam mahmudanil lazi wa- adtah.

    KOD 10 SOLAT FARDU

    SOALAN Anda dikeendaki memperdengarkan (Tasmi’) bacaan-bacaan berikut:

    JAWAPAN a. Lafaz niat solat fardu

  • SUBUH Usalli fardas subhi rak ataini ada an lillahi taala

    ZUHUR Usalli fardaz zuhri ar baa raka-atin adaan lillahi taala

    ASAR Usalli fardal asri ar baa raka-atin adaan lillahi taala

    MAGHRIB Usalli fardal maghribi salaasa raka-atin adaan lillahi taala

    ISYAK Usalli fardal isya-I ar baa raka-atin adaan lillahi taala

      1. Takbiratul Ihram
      2. Allahu Akbar

        c. Doa Iftitah

        Allahu akbar kabiira, walhamdu lillahi kasira,

        Wasubha nallahi bukratau wa asiila,

        Waj jahtu wajhiya lil lazi fataras samawati wal ard,

        Hanifam muslimau wama ana minal musyrikin,

        Inna solati wa nusuki wa mah yaya wa mamati

        Lillahi rabbil aa lamin,

        Laa syarii ka lahu wa biza lika umir tu wa ana minal muslimin.

      3. Surah Al Fatihah
      4. Surah
      5. Bacaan Rukuk
      6. Subhana rabbiyal azimi wabi hamdih
      7. Bacaan Iktidal
      8. Sami ‘allahu liman hamidah, Rabbana lakal hamdu
      9. Bacaan Sujud
  • Subhana rabbiyal a’-laa wabi hamdih

    i. Bacaan Duduk antara dua sujud

    Rabbigh firli, warhamni, waj burni, warfakni, war zukni, wahdini, wa afini, wak fu anni

      1. bacaan Tahiyat
      2. At tahiyatul mubarakatus solawatut tai baatu lillah

        Assalamu alaika aiyuhan nabiyu warah matullahi wabarakatuh

        Assalamu alaina wa ala ibadil lahis soolihin

        Asy hadu alla ilaha illallah

        Wa asy hadu anna Muhammadar rasulullah

        Allahumma solli ala saidina Muhammad

        Bacaan tahiyat Akhir

        (Baca semula bacaan tahiyat di atas dan sambung bacaan di bawah.)

        Wa ala aali Muhammad, Kama sollaita ala Ibrahim, Wa ala ali Ibrahim, Wabarik ala Muhammad, wa ala ali Muhammad, Kama barak ta ala Ibrahim, wa ala ali Ibrahim

        Fil alamin , innaka hamidum majid.

      3. Salam
      4. Assalamu alaikum warah matullah
      5. Doa Qunut
  • Allahummah dini fiman hadait

    Wa afini fiman afait

    Wa tawal lani fiman tawal lait

    Wawaba rikli fi ma a’tait

    Wakini syar rama qadait

    Fa innaka taqdi wala yukda alaik

    Wa inna hu laa yazillu man walait

    Wala yaizzu man adait

    Taba rakta rabbana wata alait

    Falakal hamdu ala maa qadait

    Wa astaghfirka wa atuubu ilaik

    Wa sollallahu ala saidina Muhammadin wa ala aa lihi wasoh bihi wasallam

    SOALAN Anda dikehendaki melakukan cara solat dengan betul dan sempurna (soalan ini hanya layak dijawab / dilakukan apabila calon telah berjaya menjawab soalan 10.1 di atas)

  • JAWAPAN Calon/pelajar melakukan solat dengan betul dan sempurna.

    KOD 12 PUASA

    SOALAN Sebutkan lafaz niat puasa Ramadhan dan nyatakan ertinya.

    JAWAPAN Lafaz niat puasa Ramadhan:

  • Nawaitu sauma ghadin an ada-I fardi syahri ramadhana hazihis sanati lillahi Taala.

    ( Sahaja aku berpuasa esok hari, menunaikan puasa fardu Ramadhan tahun ini kerana Allah taala)

  • SOALAN Sebutkan perkara yang membatalkan puasa.

    JAWAPAN Perkara yang membatalkan puasa ialah:

      1. makan atau minum pada siang hari dengan sengaja.
      2. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan
      3. Muntah dengan sengaja
      4. Melakukan persetubuhan pada siang hari
      5. Mengeluarkan mani dengan sengaja
      6. Keluar darah haid dan nifas
      7. Gila
      8. Mabuk atau pengsan pada siang hari
      9. Berbuka puasa sebelum masuk waktu maghrib
      10. Murtad

    SOALAN Nyatakan hikmat puasa.

    JAWAPAN Antara hikmat puasa:

      1. Mengukuhkan Iman dan Taqwa kepada Allah.
      2. Membentuk sifat-sifat mulia seperti sabar, berdisiplin, bertimbangrasa,
      3. Dan bersyukur.
      4. Dapat menjauhkan diri daripada segala dosa dan kejahatan
      5. Mendapat kesihatan dan kecerdasan.

    KOD 13 ADAB TERHADAP IBU BAPA.

  • SOALAN Terangkan jasa dan pengorbanan ibu bapa yang mesti dikenang oleh seorang anak
  • JAWAPAN Jasa dan pengorbanan yang mesti dikenang oleh seorang anak ialah:

      1. mengandung
      2. melahirkan
      3. menyusukan
      4. mengasuh
      5. mendidik
      6. memberi nafkah
      7. mengasihi

    SOALAN Apakah perasaan mulia yang mesti ada pada seorang anak terhadap ibu bapa

    JAWAPAN Perasaan mulia yang mesti ada pada seorang anak terhadap ibu bapa ialah kasih sayang

    SOALAN Bagaimana cara menghormati ibu bapa

    JAWAPAN Cara menghormati ibu bapa :

      1. beradab sopan seperti bercakap baik, berlemah lembut, bergaul mesra dan sentiasa
      2. menjaga perasaan mereka.
      3. mendoakan mereka
      4. menziarahi mereka, sekiranya anak tinggal di tempat berasingan
      5. menghormati sahabat-sahabat mereka

    SOALAN Bagaimana cara mentaati ibu bapa.

    JAWAPAN Cara mentaati ibu bapa

      1. Patuh setiap suruhan ibu bapa yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam
      2. Tidak membantah atau kasar tutur kata terhadap ibu bapa

    KOD 15 IHSAN

    SOALAN Apakah yang dimaksudkan dengan Ihsan.

  • JAWAPAN Melakukan ibadah kepada Allah dengan sebaik-baiknya seolah-olah kamu melihat Allah Melihat kamu. Iaitu:
  • SOALAN Sebutkan sifat utama dalam Ihsan.

    JAWAPAN Sifat utama dalam Ihsan ialah Ikhlas semata-mata kerana Allah.

    SOALAN Apakah kebaikan yang diperolehi oleh orang yang berbuat Ihsan.

    JAWAPAN Kebaikan yang diperolehinya ialah:

      1. Allah sentiasa mengasihinya
      2. Jaminan masuk syurga
      3. Allah mengampuni disanya
      4. Dapat pahala
      5. Mendapat rahmatNya
      6. Dapat pertolongan Allah

     

    REKABENTUK : Ustaz Osman Bin Md. Isa @ Abdul Aziz

    S.J.K. (C) Tai Tong

    Sandakan, Sabah.

    Man83@hotmail.com