Satu lagi aspek terpenting yang berkait rapat dengan isu transformasi sosial si Malaysia ialah peranan sistem pendidikan. Suatu kejutan besar yang sedang berlaku pada masa ini ialah liberalisasi dalam sistem pendidikan nasional. Kita mengakui keperluan negara melakukan anjakan paradigma dalam sistem pendidikannya akibat berlaku perubahan dunia. Walau bagaimanapun, perubahan yang hendak dilakukan itu sewajarnya mengambil kira perhintungan-perhintungan agama, bangsa dan budaya. Hala tuju pendidikan dewasa ini menuju ke arah 'commercialization'. Keperluan negara untuk mendapatkan tenaga saintis, teknokrat dan lain-lain profesional yang berketrampilan tidak seharusnya mengabaikan tujuan dan matlamat pendidikan. Dalam apa pun situasi, pendidikan tetap berfungsi untuk membina insan yang salih. Kecenderungan memperdagangkan pendidikan akan mengakibatkan terhakisnya nilai ilmuan Islam. Apabila ilmu kehilangan nilai 'sacred', maka pendidikan tidak akan dapat berfungsi dengen berkesan mendidik akal, jiwa dan jasmani manusia. Selanjutnya, dengan kelulusan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996, kebanjiran kolej- kolej swasta yang semakin bertambah bilangannya di negara ini turut mencorakkan masa hadapan pendidikan negara. Persoalan pokok di hadapan kita - apakah pelajar-pelajar Melayu Muslim mampu belajar dikolej-kolej tersebut? Dari sudut ekonomi, adalah nyata bahawa pelajar-pelajar Melayu tidak mampu membayar yuran pengajian yang tinggi. Apa yang membimbangkan, jumlah pelajar-pelajar Melayu yang berupaya memasuki kolej-kolej swasta bilangannya adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan jumlah pelajar-pelajar bukan Melayu. Keadaan ini jika berterusan akan hanya memburukkan fenomena polarisasi kaum di negara ini, isu penswastaan IPT juga sedang hangat dibicarakan di sana sini. Rata-rata masyarakat Melayu Muslim merasa bimbang dengan rancangan penswastaan tersebut. Jaminan yang telah diberikan oleh pihak berkuasa di Kementerian Pendidikan bahawa Tabung Khas IPT untuk pelajar-pelajar bumiputera adalah dialu-alukan. Bagaimanapun, pengwujudan tabung tersebut belum pasti dapat menyelesaikan pembayaran yuran pengajian yang mahal. Sekali lagi pelajar-pelajar Melayu akan tercicir dalam bidang pendidikan. Dasar liberalisasi pendidikan juga turut mencemaskan kedudukan dan kewibawaan masa hadapan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara. Kini bahasa Inggeris semaikn berleluasa penggunaannya di dalam sektor awam dan swasta. Akta-akta pendidikan (1996) yang baru diluluskan oleh parlimen memberi kelonggaran menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar. Daripada 282 IPT swasta yang wujud sekarang ini, 250 menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar. Kita merasa khuatir Bahasa Melayu akan mengalami kemerosotan nilai ekonominya. Kini pihak swasta di negara ini tidak begitu minat untuk mengambil graduan aliran Melayu bekerja sebagai pegawai-pegawai eksekutif. Bahasa Melayu yang telah mampu membuktikan keupayaan sebagai bahasa ilmiah tidak seharusnya dikorbankan semata-mata kerana kita mahukan Malaysia menjadi Negara Maju. Mempelajari pelbagai bahasa untuk menghadapi cabaran zaman adalah suatu keperluan. Yang menjadi persoalan kita bagaimana kita dapat mempertahankan martabat bahasa Melayu tetapi di waktu yang sama dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan menggunakan kaedah pengajaran yang berkesan. Dengan berkembangnya Bahasa inggeris dalam semua urusan penghidupan masyarakat pada masa nanti, terdapat tanda-tanda yang jelas menunjukkan generasi muda Melayu yang belajar di IPT serta yang tercicir dalam persekolahan begitu terpengaruh dengan 'western life style'. Kita jangan hendaknya 'menang sorak kampung tergadai'. Dalam menangani arus pereubahan sosial yang pantas ini, kita perlu melakukan usaha-usaha yang konkrit untuk menjamin hala tuju pelajar-pelajar aliran agama. Mereka tidak seharusnya dikorbankan kerana perubahan-perubahan dasar yang radikal tanpa adanya perundingan dengan pelbagai pihak yang terlibat dalam pendidikan agama. Pada hari ini, ramai pelajar-pelajar aliran agama tidak dapat memasuki IPT kerana quota yang dihadkan untuk aliran sastera semaikn berkurangan dari waktu yang lalu. Peranan pelajar-pelajar aliran agama sebagai ilmuan Muslim yang berwibawa dalam ilmu-ilmu pengajian Islam pada masa hadapan adalah penting. Mereka boleh menjadi aset yang penting kepada rakyat dan negara untuk menghadapi cabaran-cabaran yang terbaru. Malangnya kedudukan pengajian agama dinegara ini masih tidak menentu dari segi orientasi pengajian. Sejak negara ini mencapai kemerdekaannya, eksperimen demi eksperimen telah dilakukan dalam sistem pengajian agama. Masanya telah tiba untuk kita melihat sebah sistem pengajian Islam yang terbaik dapat diwujudkan di negara ini.
human nature is constituted by all the potentialities that are the species-specific properties common to all members of the human species. It is the assence of a potentiality to be capable of a wide variety of different actualizations. Thus, for example, the human potentiality for syntactical speech is actualized in thousands of diffierent human languages. The difference among all human languages are superficial as compared with potentiality for learning and speaking any human language that is present in all human infants at birth.
M. Adler. "Ten Philosophical Mistake" hlm 161
International Islamic Federation of student Organisation (IIIFSO) akan mengadakan program "FUTURES". Program ini akan diadakan pada 24 November hingga 27 November 1996. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Ketua Editor Al-Fajr'
In addressing the question of revival and reconstruction of the muslim ummah, we need to take into account the following points: Muslims, who are both the agents and objects of changes, now outnumber 1000 million people; their population is prone to multiphy by the first quarter of the 21st century. On the hand, muslims are widely spread on the globe and live in 60 state, 300 city, different socio-cultural settings. This means that numerous socio-historico-cultural, economico-political and geo-political factors interact in the shaping of their lives. It follows from this it is no question of one single strategy or one unique model according to which the task of revival and reconstruction of the Ummah has to be carried out. Rather such task would follow different strategies and adopt varying models and use various means in accordance with the stage of historical development of each country and society. That is to say, the movement of Muslim revival and reconstruction is not monolithic in its objectives and means, nor does it operate according to one and the same pattern. The strategies of revival and reconstruction should not depend only on the local conditions and specific concerns of the respective movement. Special consideration has rather to be given to the global scene characterized by western dominance all over the world, including Muslim counties. This dominance basically derives from the supremacy of the west in economic, scientific, technological, military and in formational terms. This supremacy has allowed western powers to imposse their cultural standardss, socio- political models and lifestyles on non western peoples. All this means that any attempt at revival and reconstruction, even if is of purely intellectual nature, will necessarily be confronted by this monopolistic and ethnocentric dominance in the name of a world order where the peripheries have to be subjugated to one specific center, the west. In order words, we are living in a world order in which the dominant powers do not allow for cultural pluralism and civilization independence, despite the fact that they are self-appointed preachers of freedom, democracy and human rights! It is a world order where the powerful are not prepared to engage with the other in relations based on equality and mutual understanding and cooperation. Instead, the actual conduct of western powers is to perpetuate a dependency relationship with the rest of the world.
Adapted from: INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM AND CHANGE TOWARDS GLOBAL RENEWAL OF THE MUSLIM UMMAH Organized By; The Muslim Youth Movment Of Malaysia Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
A "double associate": possessed of a dual nature of soul and body , the soul rational and the body animal; that he is at once spirit and physical being, and that he has individuality referred to as the self; that he has attributes reflecting those of hiscreator. We say specifically that he has spiritual and rational organs of cognation such as the hearth and the intellect; that he has faculties relating to physical, intellectual to contain within his self guidance and wisdom, and that he has the power and capacity to do justice to his self. We also say that he is forgetful by nature and sence subhject to desobedience, injustice and ignorance. In him both qualities, positive and negative, contend for supremacy; but in him also is sealed the means of salvation in true religion and submission.
S.M.N. Al-Altas; Islam and secularism. Hlm 135-6.
Rasulullah saw bersabda, mafhumnya: "Permudahkanlah dan janganlah menyukarkan, berilah khabar yang mengembirakan hati dan hendaklah patuh-mematuhi dan janganlah berselisih faham." (H.R. Ahmad) Dalam menyahut seruan Rasulullah SAW di atas,adalah perlu bagi kita menitikberatkan kualiti kerja kita masing-masing. Kualiti atau mutu kerja merujuk kepada hasil kerja yang cemerlang yang bergantung kepada corak persembahan atau cara seseorang itu mengendalikan sesuatu kerja. Jelasnya, jika hasil kerja itu adalah baik dan boleh disifatkan sebagai berkualiti. Akan tetapi jika hasil kerja berada ditahap yang sama dengan hari kelmarin, maka ia dianggap statik atau tidak ada peningkatan. Jika hasil kerja lebih rendah atau buruk berbanding dengan kelmarin, maka keadaan itu boleh disifatkan sebagai tidak berdaya maju. Oleh itu, Islam menggalakkan kita supaya mempraktikkan amal Jama'ie iaitu bekerja sebagai satu pasukan yang mensyaratkan setiap anggota organisasi bekerjasamma menuju matlamat yang telah ditetapkan dengan setiap pihak saling bantu-membantu diantara satu dengan yang lain dengan berkongsi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang disampaikan melalui teguran dan tunjuk ajar.
sebuah bahtera, sarat dengan penumpang telah singgah disebuah 'Pulau Idaman' sebelum melepaskan penumpang-penumpangnya turun, nakhoda sempat berpesan supaya mencarik sebanyak mungkin bekalan makanan, buah-buahan dan lain-lain. Wah!! Pulau tersebut sememangnya indah. Semuanya seronok dan bebas mengikut kehendak masing- masing. Ada yang mengumpulkan makanan, mengutip batu karang, bunga-bunga bermain pasir dan tidak kurang pula yang hanya duduk memerhatikan keindahan semulajadi… tiba-tiba sirenpun berbunyi, bahtera akan berangkat bila-bila masa. Semua terkejut dan tergamam, masing- masing telah merasa menyesal kerana masa yang diberi tidak digunakan untuk mencari bekalan, bahkan habis begitu saja dengan sia-sia. Dengan linagan airmata semuanya naik ke bahtera lalu membelah arus dan badai ke samudera luas tidak bertepi, bagi meneruskan pelayaran yang entah bila akan tamat…. Demikianlah hidup ini. Kita sedangsinggah dipulau dunia bagi mengumpulkan sebanyak mungkin buah- buahan kesolehan, bunga-bunga keimanan, makanan ketakwaan dan seterusnya……. Bila-bila masa nakhoda Izrail akan menjemput kita. Lalu kita dihadapkan dihadapan Rabbiul Alamin bagi menghitung setiap saat umur, setiap inci langkah, setiap sen wang, setiap butir nasi, setiap teguk air……. Sungguh hairan, bagi perjalanan hidup sebegini jauh. Kita tidak bersedia apa-apa…. Sebuah bahtera, pulau idaman dan samudera.. apakah belum cukup untuk dijadikan renungan? UNTUKKU UNTUK SEMUA