Bak kata orang, dah berbuih dah mulut bagi nasihat, tapi si anak ini (seorang lelaki) tetap dengan kedegilan dan perangai samseng serta kurang ajarnya.
Nak jadi cerita, ayah si pemuda ini pun meninggal dunia dan beberapa bulan selepas kematian ayahnya, baharulah timbul keinsafan di hatinya tentang segala salah-laku dan perangai buruk yang diperbuatnya selama ini. Terlintas dihatinya untuk minta ampun kepada ayahnya tetapi si ayah sudahpun bersemadi di liang lahad. Barangkali, kerana desakan keinsafan yang semakin menebal dalam diri anak muda itu, akhirnya dia menemui seorang lebai di sebuah masjid di kampungnya. Lalu diceritakannyalah perihal keadaan dirinya di masa lalu dan keinginannya untuk meminta keampunan daripada ayahnya yang sudah menjadi arwah itu. Lalu berkatalah si lebai kepada anak muda itu.
" Tidak mungkin kau boleh meminta maaf pada ayah kau yang dah meninggal itu,tapi keinsafan yang menjelma dalam dirikau sekarang ini sudah cukup membuatkan roh ayah kau itu tidak teruk menderita dan tersiksa. Kalau kau masih sayangkan ayahkau itu, pergilah ke kuburnya dan bacakanlah talkin serta siramlah air di atas pusaranya. "
Semasa kecilnya anak muda ini kurang mendapat didikan agama. Nak baca talkin macam mana, sedangkan membaca al-fatihahpun masih merangkak. Namun si anak muda ini tetap ikhlas terhadap hasratnya ke kubur ayahnya dan menyiram pusara ayahnya dengan air mawar yang diberikan oleh si lebai tadi. Sepulangnya anak muda itu ke rumahnya, lalu diletakkannyalah bekas air(mawar)itu di suatu sudut di dapur rumahnya. Beliau bercadang untuk ke kubur ayahnya selepas solat asar nanti. Entah macamana, tertidurlah dia dan sedang dia tidur itu, emaknya memasak air (mawar) tadi dan dibancuhnyalah teh susu. Si anakpun, kerana tekadnya, bangun dan segera ke dapur untuk mengambil bekas air (mawar) itu. Alangkah cemasnya anak muda itu apabila didapatinya bekas itu sudah kosong. Lalu bertanyalah anak muda itu kepada emaknya.
" Di mana air di dalam bekas ini ? " tanya anak muda. " Emak dah masak dan buatkan teh susu " jawab si emak. " Haaa...dah buat teh susu ? " tanya anak muda itu terperanjat. " Iya...tu atas meja tu, kenapa kau terperanjat ?" tanya si emak. " Itu air mawar...saya nak siram atas kubur ayah. " ujar anak muda. Barangkali si emak juga kurang pendidikan agama lalu keluarlah jawapan ini kepada anak lelakinya itu. " La...mana mak tau, alah kau bawa aje teh susu itu ke kubur ayah kau dan siramkan atas kubur ayah kau itu." jawab si emak. Si anak muda yang lurus bendul itupun membawalah cerek berisi air teh susu itu ke kubur ayahnya lalu disiramnya air teh susu itu di atas pusara ayahnya.
Maha Suci Allah, sebaik sahaja air teh susu itu disiram di atas pusara ayahnya,lalu tiba-tiba bumi yang dipijaknya bagaikan bergoncang dan bergegar.Dia melihat sekeliling kawasan perkuburan itu, tiada apa yang dilihatnya yang boleh membawa kepada goncangan yang sebegitu kuat itu. Pun begitu, anak muda itu tidak panik dan tidak pula lari kerana dia tahu, itu ialah kubur ayahnya. Dia terpaku apabila dilihatnya, kubur ayahnya merekah dan keluarlah asap memutih dan dari celahan retakan kubur ayahnya itu, keluarlah sebelah tangan iaitu tangan yang sebelah kanan berdasarkan kedudukan jari-jemari tangan itu. Anak muda itu semakin tercengang apabila tangan itu mula merapatkan jari-jarinya dan hanya ibu jari yang terhala ke atas seolah-olah menunjukkan tanda "bagus good " kepadanya. Tiba-tiba, kedengaran satu suara ghaib dari dalam kubur itu :
" BOH ADA UMPHH!!.. ".
THE END.
Last week kawan saya ni balik lewat kerana nak ensure that servers dan PCs di office dia tak kena attack oleh CIH virus. Dia pulang dari pejabat kira-kira pukul 11.00 p.m. Dia bekerja ditingkat 8 bagunan itu dan hendak turun ke groundfloor. Bila dia masuk lift dia tekan G, lift itu tidak turun malahan naik dan berhenti di tingkat 35. Bila sampai ditingkat 35 pintu lift itu terbuka dan masuklah saorang gadis yang amat jelita. Dia tidak pernah lihat gadis sejelita itu. Kulitnya putih dan rambut ikar mayang serta berbau sangat wangi. Kawan saya ini berdiri dekat dengan pintu lift dan gadis itu berjalan terus kebelakang lift. Sejurus kemudian lift itu pun turun.
Ketika lift itu sedang turun kawan saya ini menikmatilah bau wangi gadis itu. Tetapi tidak lama kemudian lift itu berhenti dan lampu padam kerana black-out. Dia pun meraba-raba mencari butang loceng kecemasan lift itu. Ketika dia sedang maraba-raba itu tiba-tiba dia berbau suatu bau yang amat busuk.
Dalam kegelapan itu kawan saya itu terfikir macam-macam yang amat menyeramkan sehingga keseluruh bulu roma dibadannya berdiri. Lututnya pun makin lemah dan berbagai perkara bergeligar diotaknya. Teringat dia akan keluarganya dirumah dan sebagainya. Peluh dibadan sudah pun keluar dan kepala pun berpinar serasa akan pitam. Bau busuk itu maseh ada. Dalam kegelapan dan kesunyian itu dia rasa masa berjalan amat lambat sekali. Tiba-tiba lampu bernyala kembali dan lift pun berjalan semula menuju ke ground floor. Dengan rasa penuh cemas dan takut dia menoleh kebelakang untuk melihat samaada lembaga itu maseh ada atau tidak. Rupa-rupanya gadis itu maseh ada dan kali ini gadis itu tersenyum padanya hingga ternampak gigi-giginya yang amat cantek sambil berkata "I'm sorry, tadi I terkentut"
Tammatlah satu kesah.
Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia berkerja...Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya.
Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya " Apahalnya cik adik malam-malam buta kat sini? "Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni...Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??"
Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu...
" Oklah. Sayapun nak ke seremban jugak. Terkeluar dari mulutnya.." Tapi hatinya masih lagi was-was... diapun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang,terus aje duduk di depan sebelahnya. Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup jugak hati lelaki tu. Dia cuba tenangkan dirinya...seolah-olah takde apa.
Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni...seorang diri pulak tu...Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu...Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan! Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika... Tiba-tiba...dia mula merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi.Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya.Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk.
Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam.
Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih...ditambah lagi dengan baju yang dipakainya.... Dia pun beranikan diri dan bertanya.. "kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni?? "ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat..." " Saya ada kelas yasinan..." jawab perempuan tu "Tapi.. putihnya lain macam aje...tak pernah pulak saya tengoknya " tanya lelaki tu lagi. "Apa yang lain nya... sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??" " Eyea...lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya..." " Ehh takkan sampai seram...???"
"Pakai aje le Breeze colour baru!!!"
Lelaki tu bengang dan terus aje memecut keretanya. Sekianlah aje.....
Cerita ini terjadi di suatu tempat di Kepong. Seorang kawan lama telah menceritakan suatu tragedi yang berlaku pada kawan karibnya. Ceritanya begitu menyeramkan. Beliau terus menceritakannya.
Pada suatu senja... isteri kawannya membasuh lantai dekat balkoninya yang teramat kotor. Oleh kerana asyik menyental dan menyental......dia telah di cuit tetapi tidak di endahkan olehnya kerana dia sangkakan anak bongsunya yang datang mencuitnya dari arah belakang. Di cuitnya beberapa kali ..........lalu dia pun menoleh mukanya ke belakang. Dia tergamam dan terpaku kerana yang di lihatnya bukan anak bongsunya......................tetapi.....
T O Y O L bermata merah menyala bagaikan api. Dengan badan yang kaku, tapi dia sempat menyimbah toyol itu dengan air sabun.
Toyol tak boleh bercakap. Tetapi toyol yang mencuitnya boleh bercakap
Apa toyol tu cakap !
" Takkk pedihkan mataaa... " ( iklan shampoo )
satu malam, sorang mamat ni baru habis kerja malam dalam pukul 1 pagi, jalan nak balik rumah adala dalam 30 minit, sepanjang jalan keadaan gelap, senyap, sunyi, hujan rintik2, sejuk..ramai dah orang cakap kat jalan ni ada penunggu tapi mamat ni buat selamber jer, sambil bersiul, mamat ni terus pecut motor rxz dia, sampai kat tengah jalan kat bus-stop mamat ni nampak sorang awek cun, awek ni pulak pakai baju kurung, rambut panjang, dia tahan motor mamat ni, mamat ni pun berentilah, tanya kat awek tu
" saudari ni nak pergi mana tengah2 malam ni?"
awek tu jawab
" saya tunggu ayah saya tapi dia tak datang2, rumah saya kat depan tu, boleh tumpangkan saya?"
"errrr...bolehlah, nasib baik saya ada helmet spare"
mamat ni takut dalam berani, dia pecut motor dia, sekejap dia tengok side mirror dia..
alamak !!! mana pegi awek ni..."
aaaaaaaaahhhhhhhh...tak kepala!!! hantu tak de kepala!!!! aaaaahhhhhhhhhhh!!!!"
mamat ni punya ler pecut sebab kecut perut ada hantu tak ada kepala kat belakang dia, dah tu suara mengilai-ngilai kedengaran, lagi kuat dia pecut, lagi kat suara tu ketawa, sampai rumah mamat ni terkejut bukan main sampai putih muka dia
"naper abang pecut, sampai nak terkeluar anak tekak saya ni jerit, kan dah terlepas rumah saya"
rupanya mamat tu bagi awek tu pakai helmet full-face warna hitam, memanglah tak nampak kepala....
Malam tu Ajis kena shif malam. Kamal demam, MC. Memandangkan Ajis biasa berceloteh sebelah siang, waktu ni dia 'blank' sikit. Lagu 'Kuch-kuch Hotta-hai' dah nak habis, takkan nak terus lagu lagi, Ajis dah tak ada idea nak goreng. Tiba-tiba ada line telefon blinking.
"Helo-helo ye!" Siapa disana? "
Layan phone call pun elok juga malam-malam camni boleh hilangkan ngantuk.
"Ni radio semilan ke?"
Suara wanita dalam lingkungan dua puluhan dihujung talian.
"ya! ya! Anda sedang keudara sekarang".
"Nama sayang Wati, ni abang Ajis ke ni?".
"Iye, Cik Wati, abang Kamal tak dapat ke udara malam ni kuch-kuch deman-he! Ajis buat lawak hindustan.
"Kesian, bang Ajis, Wati ada cerita ni, tiga malam lepas kita orang on the way nak balik kampung, mak,ayah dan adik Wati. Kira packlah satu kancil Wati ni..."
"Lepas tu?".
"....masa kitaorang lalu kat batu lapan belas ada satu lori balak dok terhegeh-hegeh panjat bukit".
"Biasalah tu Cik Wati, kena pulak time malam-malam macam tu banyak le kenderaan merayap- rayap dilebuhraya".
"Ni nak dengar cerita ke tak nak ni?".
"Sori! Sori! You can kontiniu".
"Kan dah lupa kat mana cerita tadi. Aaaa! Okey! Lori balak tu rasanya kalau Wati follow aje mahu berjelir dibuatnya, so Wati buat keputusan untuk potong aje. Wati pun apa lagi.Kate kancil Wati bawa mencicit macam lipas kudung memotong lipan lembab!".
"Tu memotong tu kat belah kanan ke kiri?" Ajis menyampuk lagi.
"Kat kanan la bang oiii! Tak sekolah mandu ke?
So, Wati pecut naik bukit nak potong lori balak tu, tapi rasanya macam berjam lamanya, punyalah panjang lori balak tu! Press punya press....
sekali ada lampu terang-menderang menyuluh dari depan keta kitaorang. Punyalah laju datang dari belakang bukit. Apa lagi....Wati pulas stering ke kanan dan isk....ishk....ishk.... ....ishk...."
"Wati?!......Wati?!.....
"Ishk......ishk....sampai sekarang takde pun orang perasan, dah tiga hari tiga malam kitaorang kat bawah gaung ni, ishk...ishk....?
Tuutt....
Ajis sengaja memutuskan talian telefon. Minah ni nampaknya nak kelentong orang kalau dah jatuh gaung macam mana boleh telefon lagi. Ajis terus putarkan lagu happy untuk menceriakan kembali rancangan malam tu. keesokkan harinya, sebuah kereta kancil bersama penumpang yang terdiri daripada sepasang orang tua, seorang kanak-kanak serta seorang pemandu wanita awal dua puluhan dijumpai didasar sebuah gaung di Batu Lapan Belas Karak. Polis mengesahkan kereta itu dipercayai terbabas pada sebelah malam tiga hari yang lalu dan kesemua mangsa terkorban. Terdapat sebuah telefon kecemasan tidak jauh dari situ yang hanya berfungsi untuk panggilan kecemasan petugas lebuhraya sahaja, dengan ganggangnya tidak diletakkan dengan betul. Usaha mencari mangsa bermula daripada rasa ingin tahu beberapa pertugas lebuhraya yang mengikuti radio pada malam sebelumnya, apabila D.J Ajis melayan pemanggil bernama Wati mangsa kemalangan tersebut........
Sekian...
Okay..diingatkan kepada semua pembaca, jokes ini jangan dibaca pada waktu malam hari dan sebolehnya lepas baca cerita ini anda terus melupakannya......bukan aper ini adalah bertujuan untuk keselamatan anda semua..sebaik baiknya...pada masa ini anda mula membaca ayat2 pelindung diri...saya bukan bertujuan menakutkan andaa semua tapi ini adalah langkah berjaga-jaga kerana telah ada kes sebelum ini yg mana seorang student itu telah dicerita ttg kisah ini oleh kawannya iaitu aper yg terkandung dlm jokes ini....setelah mendengarnya ...student perempuan ini diserang histeria serta merta.....
diharap anda membaca beberapa ayat pelindung diri s'karang cthnya ayat kursi dan 3 'QUL..' okay lets the story begin......
pada malam jumaat itu...ustaz itu telah bermimpi yg ia didatangi oleh satu lembaga. badan lembaga itu tidak lain dan tidak bukan iaitu...pelajar lelaki yg mati kat tasik itu....pelajar itu telah meminta bantuan kpd ustaz supaya menyempurnakan jenazahnya....
ustaz itu bertanya "bagaimana ana boleh menyempurnakan jenazah anta...?, sedang ana tak tahu dimana letaknya jasad anta itu...lagipun kitorang semua telah mencarinya didasar tasik tapi tak jumpa...." Pelajar tersebut menceritakan kpd ustaz itu dengan perassan hiba dan penuh tangisan...
"ana tahu...yg usstaz telah berusaha mencari mayat ana tapi mayat ana bukanlah berada di dasar tasik sepertimana yg ustaz jangkakan...mayat ana berada di dalam pokok besar berdekatan dgn tasik....dan menanti masa untuk reput..., diharap ustaz dapat membantu ana....."
setelah berkata begitu lembaga itu terus ghaib......ustaz itu terus terjaga dari tidurnya dan mengurut2 dadanya sambil mengucapkan istighfar. Tanpa membuang masa ustaz itu terus menghubungi rakan-rakannya iaitu beberapa orang ustaz yg lain utk pergi ke tempat yg dimaksudkan.... ..................
Sebaik sahaja sampai ke pokok yg dimaksudkan ustaz itu terus menebang pokok itu...tapi satu lagi perkara aneh berlaku....pokok tersebut tiba2 sahaja bersuara...dan berkata
"wahai manusia usah kamu cuba untuk menentang aku ..."
sambil mengilai2.....ustaz tersebut tidak menghiraukan suara tersebut lalu terus menebang pokok itu sambil mulutnya terus berkumat kamit membaca ayat2 suci......akhirnya pokok itu tumbang dan satu lagi keanehan iaitu pokok itu mempunyai rongga di dalamnya (ruang) setelah menjenguk didalam lubang pokok tersebut ustaz tersebut mendapati jasad pelajar terbaring kaku dlm keadaan yg sungguh menyedihkan...bagaimana keadaan pelajar itu tak dapat sayer ceritakan disini atas sebab2 tertentu.....setelah keluarga tersebut dimaklumkan..pelajar tersebut dikebumikan dgn segera.....
Di tanah perkuburan...pelajar tesebut dikebumikan dlm suasana yg penuh menghibakan....tapi pada malamnya...penduduk kampung di sekitar kampung tersebut dikejutkan dengan berjalannya satu lembaga dijalan2 sekitar kampung tersebut dgn memakai pakaian putih berlumuran darah sambil meratap dan menjerit2 seolah-olah dirinya terseksa. Lembaga tersebut menghampiri seorang tua yang sedang membaiki basikal pada waktu malam, entah mengapa situa itu pandai2 hendak membaiki basikal pada waktu malam. Lembaga itu terus menghampiri situa itu...tiba-tiba
"PANG!!!!!!!!!"
satu tamparan hinggap dimuka azman.......
"kan mak dah kata, jangan asyik karang cerita seram.....dari tadi lagi mak panggil suruh jaga adik kau itu......."
Azman terpaksa akur dgn perintah emaknya.......sambil merungut "cehhhh...tak sporting betul mak aku nie....nak karang citer seram sikitt dokleh.... argh... tensen.. tensen....." Sekian saja cetia seram itu....diharap pembaca2 jangan tensen jgn marah2..kan sayer dah suruh baca ayat suci tadi tue untuk melindungkan diri dari marah kat sayer ler tue he he he he he.... at last byeeeeeeeeeeeeeeee assalamualaikum