JENIS, KESAN DAN BAHAYA DADAH
Dadah Dan Ciri-cirinya
"Dadah" ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:-
1. mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang);
2. digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang;
3. diperlehi secara haram;
4. membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah;
5. mendatangkan kesan-kesan buruk/bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial.
Jeni-jenis Dadah
Dadah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut:-
a) Opiat - heroin, morfin, candu dan kodein;
b)Kanabis - ganja, hashish;
c)Depresen - sedatif-hipnotik jenis barbiturat dan bukan barbiturat serta tranquilizer;
d)Stimulan - jenis amfetamin dan kokain; dan
e)Halusinogen - lysegic acid diethylamide (LSD), meskalin, psilosibin.
Takrif dadah tidak meliputi bahan-bahan pelarut (gam dan petrol), alkohol dan tembakau walaupun bahan-bahan ini mempunyai banyak persamaan dengan dadah dari sgi kesannya.
Dadah Perangsang
-Kita mengalami perasaan seronok atau sugul keranan dirangsang oleh otak. Ia membawa keriangan atau kepetahan dan gelak tawa yakni rasa seronok
-Hal yang sama terjadi akibat daripada rangsangan ubat ubatan.
-Sesiapa yang menggunakan dadah jenis ini akan menunjukkan gelagat keriangan yang agak palsu.
-Tingkah laku akan menjadi luar biasa dari pelbagai segi yakni dari segi kelincahan dan petuturan.
-keseronokan daripada dadah adalah hampir tiada batasan jika dibandingkan dengan keseronokan semulajadi.
-oleh itu , pengguna akan sering merasa resah gelisah dan mudah merasa dalam kebimbangan dan mudah rengsa.
-Petuturan akan menjadi begitu pantas dan sukar untuk difahami
-Tubuh akan menggeletar dan tidak ada selera untuk makan atau minum
-pengguna juga akan asyik dengan keriangan tanpa menghiraukan persekitaran samada makan atau minum
-jika keadaan ini berterusan, pengguna akan berasa keletihan sehingga mencetus satu keadaan kecemasan atau keresahan yang tidak dapat dikawal
-kesudahannya, nyawa terancam kerana fungsi jantung, pernafasan dan ginjal tidak terkawal. dan maut akan menyusul.
Dadah Penekan
- ia merangsang fungsi otak dengan kesan yang berlawanan dengan dadahperangsang
-pengguna tidak langsung aktif tetapi tertekan dan sugul
-rasa lesu dan malas untuk membuat sesuatu pekerjaan
-mengantuk, pertuturan menjadi lambat dan meleret leret
-tumpuan pengguna menjadi rendah dan tidak peduli akan keadaan sekelliling
-contoh:
- ubat ubatan tidur, menyebabkan seseorang mengantuk
- tidak sedarkan diri , jika berlebihan akan membawa maut
- fungsi badan, jantung , pernafasan dan buah pinggang terjejas
- contoh lain: candu/morfin/heroin
narkotik/kodein(ubat batuk)<--sederhana
Dadah halusinogen
contoh dadah
:LSD,PCP, dadah rekaan
akibat:
-persepsi si pengguna akan berubah
-tidak akan berpijak ke alam nyata
-contohnya: merasakan diri seolah olah boleh terbang atau dapatberjumpa dengan tuhan
-juga berlaku tingkahlaku luar jangkaan
-emosi terganggu dan kerap dihantui pengalaman buruk
-dadah ini bertindak secara terus untuk menghasilkan halusinasi.
-cth: arak : mabuk , cenderung untuk tidur, pergerakan terhoyong hayang
-cth rokok tembakau: boleh menekan fungsi otak kerana kesan awalan adalahuntuk merangsang otak ,oleh itu tidak dirasakan dengan serius oleh pengguna.
Ancaman `ECSTASY' dan Dadah Rekaan
Dr Rahmat Awang
Baru-baru ini timbul lagi satu ancaman dadah di kalangan remaja kita. Berbeza dengan dadah-dadah lain, kumpulan terbaru ini sengaja direka khas untuk menghasilkan kesan-kesan tertentu. Umumnya kumpulan ini dipanggil designer drug. Pada masa ini, dua kelas utama dadah designer telah dicipta dan digunakan secara meluas. Ia terdiri daripada kumpulan feniletilamina dan kumpulan opiod sintetik.
Perkembangan ini merupakan satu gejala baru yang perlu dipandang serius dan dibendung oleh kita. Sebenarnya banyak perkara yang belum diketahui tentang kesemua kesan dadah-dadah ini. Malah ketulenan dan keseragaman kekuatan dadah yang dihasilkan biasanya tidak menentu. Penghasilan secara haram oleh ahli kimia yang tidak bertauliah, makmal yang tidak lengkap serta kawalan mutu yang rendah
sering menjadikan drug tersebut lebih merbahaya. Ruangan ini menekankan tentang kumpulan feniletilamin.
Kesan Penggunaan Feniletilamina
Dadah kumpulan feniletilamina dapat memberikan kesan euforia, peningkatan mood, empati, dan perubahan visual. Keadaan sebenar yang akan dialami oleh seseorang penagih bergantung kepada dos yang
digunakan. Pada dos yang rendah, otak akan kurang dirangsang dan penagih akan mengalami peningkatan keamatan warna dan tekstur serta merasakan diri seolah-olah berada dalam alam fantasi. Pada dos yang besar, menghampiri paras toksik, penagih akan mengalami halusinasi (rasa khayal). Apabila digunakan buat pertama kali atau jika dicemari dengan hasil sampingan toksik, pengguna biasanya akan mengalami keadaan depresi (sugul), rasa bersalah dan pemikiran yang tidak menentu. Kesan fisiologi yang dapat dikesan ialah peningkatan sel darah putih, peningkatan paras gula dalam darah, kemusnahan otot-otot dan peningkatan suhu badan. Kesan jangka panjang feniletilamina pula biasanya diperhatikan pada penagih yang mempunyai kecenderungan mendapat penyakit psikosis (keadaan tidak siuman) dan mungkin memerlukan rawatan jangka panjang. Pesakit akan kelihatan mengalami gangguan pemikiran, halusinasi visual, dan auditori serta ilusi yang menakutkan. Kajian pada haiwan menunjukkan kerosakan sel saraf akibat penggunaan jangka panjang.
Terbitan feniletilamina dikenali dengan berbagai nama gelaran seperti yang berikut:
ICE
ICE atau nama sebenarnya metamfetamina adalah di antara dadah designer terbitan feniletilamina yang pertama dicipta. Terdapat beberapa nama lain yang digunakan untuk metamfetamina oleh penagih dadah. Di antaranya termasuklah nama-nama terkenal seperti SPEED, CRACK, dan METH. Metamfetamina
hanya perlu dihisap untuk mendapatkan kesannya. Kaedah ini amat digemari oleh penagih dadah terutama setelah menyedari bahawa penggunaan jarum meningkatkan risiko jangkitan AIDS. Ia mempunyai kesan tindakan yang cepat dan kurang rangsangan jantung berbanding amfetamina. Apabila dihisap, kesannya terus dirasakan dalam masa yang agak panjang iaitu di antara lapan sehingga dua puluh empat jam. Penagih dadah ICE biasanya mengalami paranoia (rasa ketakutan), rasa terdesak, dan sanggup mengambil risiko besar melakukan sesuatu yang membahayakan. Seringkali hasil pembikinannya tercemar dengan kehadiran plumbum dan pembentukan hasil sampingan yang toksik.
LOVE DRUG
LOVE DRUG iaitu MDA (3,4-metilindioksiamfetamina) mula diperkenalkan pada tahun 1967 dan boleh membuat seseorang mengalami euforia serta empati tanpa memberikan kesan halusinasi yang tidak diingini. Penggunaannya yang meluas telah menyebabkan beberapa kematian yang berkaitan dengan hasil sampingan toksik iaitu HMDA (3,4-metilindioksifenil-3-aminobutane) yang terbentuk dalam proses pembikinan tersebut.
ECSTACY
Dadah ini adalah dari kumpulanfeniletilamina yang paling kontroversi sekali. Ia terdiri daripada gabungan MDMA dan MDEA. MDMA (3,4-metilindioksimefamfetamina) sebenarnya bukanlah dadah designer dan
pernah digunakan untuk merawat gangguan psikiatrik pesakit untuk mengenali diri sendiri dengan lebih baik serta meningkatkan keupayaan berkomunikasi. Di kalangan penagih dadah, ia dikenali dengan nama ECSTASY, XTC, dan ADAM. Ia bertindak pada saraf-saraf tertentu di dalam otak untuk memberikan kesan yang menyerupai LSD tanpa ciri-ciri halusinogen. MDEA (3,4-metilindiosietamfetamina) pula adalah terbitan baru feniletilamina yang mempunyai kesan yang berbeza berbanding dadah jenis halusinogen dan perangsang. Pada dos yang rendah, MDMA dan MDEA berupaya memberikan kesan euforia. Keinginan untuk memulakan hubungan seks menurun dan pengguna akan mengalami sedikit halusinasi visual. Selain daripada kesan ini, pengguna juga kehilangan selera makan, tekanan darah yang tinggi, denyutan jantung yang cepat, berpeluh seluruh anggota, dan pergerakan yang tidak menentu. Kesan sampingan MDMA yang dialami oleh penagih terdiri daripada tekanan darah tinggi, denyutan jantung pada kadar yang cepat dan tidak menentu, serangan panik, resah, tidur yang terganggu, gian, rasa ketakutan, dan serangan depresi. Dua masalah yang ketara berikutan penggunaan Ecstacy adalah suhu badan menjadi terlalu tinggi. (hipertermia) dan badan kekurangan air serta bahan galian (dehidrasi) oleh badan, terlalu banyak berpeluh sehingga menjadi kering. Apabila ini berlaku suhu badan akan meningkat - dicirikan dengan pening kepala, keletihan, pengsan, gelugut dan muntah-muntah. Sekiranya suhu badan meningkat kepada 40(C darah mula membeku di saluran darah dan boleh menyebabkan pendarahan yang tidak terkawal di bahagian lain. Kesudahan ia boleh menyebabkan maut. Akibat daripada ini ramai yang cuba meminum air dengan banyaknya, ada hingga 20 liter dalam beberapa jam saja. Tetapi ini boleh turut membahayakan kerana bahan-bahan galian yang telah hilang tidak turut digantikan malah boleh menyebabkan darah menjadi cair dan sel-sel (termasuk sel-sel di otak) menjadi 'kembang' dan kemudiannya rosak. Maut akan menyusul. Secara jangka panjangnya Ecstasy boleh menjahanamkan fungsi otak dengan membunuh sel-sel didalamnya serta juga mengganggu perjalanan bahan kimia semulajadi otak. Selepas menggunakan Ecstasy seseorang itu akan merasa sugul serta merasai semula pengalaman pahit yang silam. Di samping itu ia memberi beberapa kesan lain seperti tidak siuman dan seakan-akan gila.
1. Faktor-faktor mempengaruhi kesan-kesan dadah.
Kesan dadah ke atas seseorang berbeza mengikuti individu dan
bergantung kepada beberapa faktor seperti berikut:-
Jenis-jenis Dadah Yang Popular Pada Masa Kini
1. Morfin
Dikenali juga sebagai "M", "White Stuff",
"White Powder", "Monkey", "Dreamer",
"Morpho", "Tab", "Morb", "Cubes",
"Emsel" dan "Melter". Morfin ialah sejenis alkaloid yang
diperolehi dari candu mentah. Dalam pasaran gelap, ia selalunya diperolehi
sebagai morfin mentah, bes morfin (morphine base) atau morfin sulfat atau
morfin hidroklorid. Ia terdapat dalam bentuk blok, serbuk atau pil. Cara
menggunakan morfin adalah dengan menyuntik larutan morfin atau menelan pil-pil
morfin.
2. Ganja
Ianya dikenali sebagai "Kanabis Herba", "Marijuana/Grass",
"Pot/Weed", "Bhang", "Kif", "Takrouri"
dan "Dagga". Kanabis herba atau ganja merujuk kepada bahagian daun
dan pucuk berbunga pokok kanabis yang dikeringkan dan kadang-kadang dijadikan
dalam bentuk blok atau ‘sate’. Ia menyerupai tembakau walaupun lebih
kehijau-hijauan. Kandungan THC adalah antara 0.25%-8%.
Kokain berasal dari daun koka atau Erythroxylon coca_dan
lain-lain jenis pokok Erythroxylon yang terdapat di Peru, Bolivia, dan
Colombia di pergunungan Andes, Amerika Selatan. Bahan ini kebanyakannya disalah
gunakan di Amerika Syarikat.
Laman
utama pengenalan
kata-kata aluan penghargaan