Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Can Maha..thir make the spirit of reformasi fade away..?

Surat dari Sukma Darmawan kepada Anwar Ibrahim



         Assalamualaikum wr.wbh.

         Abang Anwar yang diingati, saya harap
         Abang Anwar sihat. Saya Alhamdulillah,
         sehat. Hanya pemikiran saya saja yang
         kurang sehat, kerana saya masih
         terkenangkan peristiwa pertama-tama
         ditangkap polis, dimasukkan ke lokap dan
         disoal siasat dan yang paling menyedihkan
         ialah saya dipaksa untuk mengaku dan
         menandatangani dokumen2 yang
         kononnya saya ada hubongan sejenis
         dengan Bang Anwar, Azizan dan Meor,
         serta Ismail dll. yang saya tidak pernah
         mengenalinya. Di sini saya ingin
         mengambil kesempatan untuk memohon
         berjuta2 ampun dan maaf karena telah
         memburukkan nama Abang Anwar yg
         mana Abang sendiri tidak pernah
         melakukannya. Saya harap Abang dapat
         mengerti kerana saya terpaksa dan
         dipaksa.

         Bang Anwar*..maafkan saya?!

         Dihari penangkapan saya saya berada di
         restoran di Lot 10 dg Kak Mala. Betapa
         malunya, saya digari tangan dihadapan
         beratus2 orang dimana saya tidakpun
         membuat sebarang kesalahan. Selepas itu
         saya dibawa ke rumah saya di Tivoli dan
         mereka menggeledah rumah saya dan
         memecahkan pintu kamar saya. Tak
         taulah apa yg mereka cari dan telahpun
         terbukti saya tidakpun mempunyai atau
         menyimpan apa-apa barang yang salah
         disisi undang2. Akhirnya mereka
         mengambil passport, & diary
         (kosong/hanya alamat) dan album2 lama
         saya. Kemudian saya dibawa ke Bukit
         Aman ke tingkat 11 pejabat Tuan Musa
         dan Tuan Rodwan. Mereka harus mengisi
         borang penahanan saya, tetapi mereka
         tidak tahu penahanan saya atas sebab apa.
         Sebab mereka saling bertanyakan sesama
         mereka saya ditahan atas sebab apa?! &
         setengah jam mereka fikir2, akhirnya
         mereka menulis penahanan saya atas
         sebab tertentu. Yang mana sampai
         sekarang puas saya tak tahu. Mereka
         hanya memberitahu untuk penyiasatan.
         Begitu juga dgn mahkamah. Beliau tidak
         memberi tahu sebab penahanan saya. Saya
         hanya diberitahu ditahan di bawah Akta
         177 sahaja. Di mana ini berlaku
         dikeesokan harinya dan saya tahu benar
         mereka mengenali sesama-satu dg rapat
         (orang mahkamah & Rodwan). Di sini
         saya rasakan penahanan saya ini
         sebenarnya ialah "penculikan". Dihari ke
         3 saya dibawa kesebuah bilik di tingkat 3,
         di sini saya ditelanjangi (naked) dgn
         keadaan aircon. yang sangat2 dingin dan
         saya disoal siasat dgn cara yg sangat kasar.
         Dicaci, dihina, dipukul, ditelanjangi,
         digari oleh 6 orang petugas. Begitu juga dg
         cermin mata saya dilempar dan diketuk2
         ke meja dan lantai. Nasib baik tidak
         pecah (plastik). Saya tidak dapat berkata
         apa2 karena hanya tuhan saja yg tahu
         betapa sakitnya badan, hati dan pemikiran
         saya pd. ketika itu. Saya kembali ke lokap
         (sel). Di lokap polis2 bertanyakan samada
         saya dipukul atau tidak, tapi saya kata
         tidak, padahal betapa sakitnya badan saya
         ketika itu. Saya takut menceritakan
         keadaan sebenar (dipukul) kpd polis di
         lokap. Takut salah dan takut dipukul lagi.
         Asma saya pun kambuh lagi dg teruk,
         kerana pd waktu itu saya hanya memakai
         seluar dalam saja dg keadaan yang dingin
         dan lembab di sel (lokap).

         Keesokan harinya saya ditemukan dgn
         seorang doktor forensik untuk
         pemeriksaan DNA kononnya. Sekali lagi
         saya ditelanjangi (naked) di hadapan
         pegawai dan difoto. Mereka mengambil
         darah saya (tiga botol), rambut saya dan
         rambut ketiak & kemaluan, tapi yg paling
         menyedihkan mereka menyuruh dokter
         TSB untuk memasukkan tangannya (3
         jari) ke dalam dubur saya. Ya*Allah,
         sakitnya! Kemudian saya dibawa ke bilik
         siasat lagi. Di sini saya dipaksa lagi untuk
         bercerita mengenai hubungan saya dgn
         Bang Anwar. Padahal saya telah jelaskan
         dg sebenarnya bahwa Bang Anwar bukan
         sekadar Abang Angkat tapi sebagai ayah
         saya sendiri. Tetapi semakin saya
         bercerita benar, mereka semakin ganas
         terhadap saya, dgn memberitahu saya
         akan ditahan di bawa Akta ISAm mereka
         boleh simpan peluru dirumah atau
         dikereta saya ataupun mereka boleh
         membeli 1 peluru untuk menembak saya.
         (Katanya, peluru murah aje*45 cent).
         Ataupun saya bercerita kpd mereka dan
         akan dibebaskan minggu depan. Dari
         sinilah bermulanya reka2an cerita saya.
         Semak8in saya reka semakin bahagialah
         mereka. Saya katakan saya ada hubungan
         dengan Abang sejak mula saya datang ke
         K.L. sehinggalah ke bulan April yg lalu.
         Mereka sangat sibuk menulis cerita rekaan
         saya seolah-olah mereka sedang
         menyiapkan novel. Dari mula inilah saya
         dibukakan gari tangan, dibenarkan
         memakai baju, diberi makan & minum yg
         enak dan rokok, dengan satu "harapan"
         saya, saya akan dibebaskan minggu depan.

         Setelah seminggu berlalu, mereka masih
         tetap tidak membebaskan saya dg alasan
         kerja2 belum siap. Rupa2nya mereka
         masih belum puas dg cerita rekaan saya
         itu. Disinilah saya disangkut pautkan
         dengan nama2 seperti Azizan dan Ismail
         dan banyak lagi nama2 termasuk semua
         staff saya baik lelaki maupun perempuan.
         (Mereka ini benar2 gila!) dan arwah Tan
         Sri Yahya (sedih saya dibuatnya) tetapi
         akhirnya mereka memutuskan untuk
         bercerita mengenai Azizah dan Ismail.
         Bermulalah cerita rekaan saya lagi sampai
         mereka pun naik birahi. Dan mereka,
         terutamanya Rodwan berpuluh-puluh kali
         agar saya bercerita soal Azizan dg secara
         terperinci, seolah-olah kita buat bertiga.
         Setiap kali mereka menyiapkan novelnya,
         saya sentiasa bertanya bila nak bebaskan
         saya dan jangan "charge" saya di
         mahkamah. Mereka hanya jawab,
         besok*besok*dan besok! Dan mereka
         bersumpah tidak akan "charge" saya.
         Hanya dua hari lagi tahanan reman saya
         akan berakhir. Rodwan datang menemui
         saya di lokap dan memberitahu saya akan
         dibebaskan besok dg (satu) syarat saya
         hendaklah membuat confession
         (pengakuan) di hadapan Hakim dan harus
         dititikberatkan (detail) mengenai cerita
         hubungan bertiga dg Azizan (He said:
         Please*.please*.very very detail). Maka
         terhasillah pengakuan saya dihadapan
         Hakim (dimana mereka juga kawan rapat
         Rodwan & Musa, melalui telefon dan
         perjumpaan dihadapan saya).

         Tetapi dasar mereka licik, jahat, penipu
         dan kejam, dihari2 terakhir (Sabtu) saya
         dipanggil Tuan Musa untuk charge saya di
         court. Menurutnya, saya telah membuat
         kesalahan melakukan hubungan jenis dg
         you & Azizan. Di sini saya meminta
         kebenaran untuk tel. Family untuk panggil
         lawyer. Dia cakap "kamu sudah ada
         lawyer Ganesan, tapi saya tak benarkan
         karena Ganesan telah curi Ismail". Dia
         juga berkata: "Kamu ada lawyer Zulkifli
         Nordin yg dilantik oleh kakak kamu, tapi
         kalau gunakan Zulkifli saya akan charge
         kamu di Alta 377A & B (minimum 5
         tahun dan sebat) tetapi kalau gunakan
         lawyer saya (Polis) awak akan dicharge
         377D (minimum 1 hari penjara dan
         denda)". Dan dengan syarat saya harus
         mengaku salah, kalau tidak mereka akan
         tangkap lagi dan charge 377A kes dg
         Azizan. Dan kalau saya cakap2 atau
         meminta rayuan kepada lawyer2 sendiri
         atau lawyer2 Anwar saya akan dicharge
         lagi dgn 377B. Dari sebab inilah saya
         mengaku salah di mahkamah, di mana
         saya terus ditipu bukan 1 hari penjara tapi
         6 bulan.

         Dari sini saya sudah bertekad untuk
         melantik Karpal Singh (lawyer) sbg
         peguam saya mewakili kes saya. Tapi saya
         tak berkesempatan untuk memberitahu
         sesiapa. Saya ada berjumpa Karpal Singh
         di Kajang (kes orang lain). Ingin rasanya
         berjumpa dgnnya dan terus melantiknya,
         tapi tak sempat sebab pegawai dari Bukit
         Aman datang untuk mengambil saya.
         (Karpal pun melihat pd. masa itu).

         Setelah 3 minggu berlalu, keluarlah cerita
         baru, yaitu Meor, dimana beliau terpedaya
         seperti saya, tapi dia lebih teruk kerana
         dia lebih lemah dari saya. Yang saya
         marah dengan Meor ialah dia
         membabitkan nama saya (dipaksa oleh
         Polis). Jadi di sini saya menjadi saksi
         mereka dan dipaksa agar menceritakan
         keterbabitan saya. Dimana saya hanya
         mengenali beliau 5 tahun lalu sebagai
         tukang jahit dan memperkenalkan pada
         Kak Izah. Itu saja.

         Hai*.tak taulah kenapa mereka begitu
         kejam terhadap Bang Anwar.

         Hmm*disinilah saya sekrang (sel no.8)
         tetapi saya sangat dimanja oleh tuan2
         tingkat 11 kerana mereka masih memujuk
         untuk menandatangani report polis yg
         saya tidak melantik mana2 lawyer. Dan
         mereka mengharapkan saya sebagai saksi
         mereka dlm kes you tapi sampai sekarang
         saya tidak mau menanda tangani apa2 lagi
         form. Serik! Jadi saya dibawa jalan2 ke
         Melaka (shopping), Jasin makan ikan
         bakar, ke pantai sampai jam 2 pagi. Gila!
         Saya dipaksa pakai topi supaya tidak
         dikenali. Minggu depan saya mau dibawa
         ke Trengganu atau Bandung-Ind. Untuk 3
         hari cuti bersama mereka di kampung
         saya. Tapi saya tidak mau pergi. Sakit hati
         saya.

         Sampai disini sahaja. Banyak lagi cerita yg
         menyakitkan yg saya tak sempat ceritakan
         disini. Saya rindu family kita. Take care!

         Sembah sujud penuh kemaafan,

         Tandatangan

         Sukma
                                            








KEMBALI KE ASAL!