Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Can Maha..thir make the spirit of reformasi fade away..?



Talkin Untuk UMNO 
  

  Walaupun jiwa UMNO telah sebati dengan orang Melayu tetapi tibalah 
  masanya UMNO mengudurkan diri daripada memperjuangkan 
  nasib orang Melayu dan Islam khasnya. Kerana perjuangan UMNO sejak 
  kebelakangan ini sudah terpesong jauh dari memperjuangkan nasib orang 
  Melayu. Malah menteri-menteri yang dilantik untuk memperjuangkan nasib 
  orang-orang Melayu telah terus-menerus memeras keringat rakyat untuk 
  kepentingan diri sendiri. Tanah-tanah orang Melayu di rampas dengan 
  rakusnya atas alasan pembanggunan dengan sedikit bayaran pampasan kepada 
  pemilik tanah. Sebut saja tanah apa tanah ladang, sawah semuanya di 
  ambil tanpa belas. Yang mendapat keuntungannya ialah Pak-Pak Menteri 
  dengan komisyen yang di terima dari hasil pembanggunan tanah tersebut 
  dari kontraktor. Tak kira menteri kecil atau besar masing-masing 
  berlumba-lumba mengadaikan tanah milik Melayu. Semakin banyak tanah yang 
  dijual semakin banyak pulangan yang mereka dapat. Kepada siapa tanah 
  tersebut akan di gadaikan atau dijual...tak payahlah saya terangkan 
  disini...semua rakyat tahu...Di Selangor,Di Melaka, di Kedah dan banyak 
  lagi. Ramai pemilik-pemilik tanah ini menyuarakan kemarahan mereka. 
  Tetapi mereka tak berdaya melawan ombak besar yang menjadi Wakil Rakyat 
  di kawasan mereka. Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi...Sedarlah...UMNO 
  banyak menipu orang Melayu dari memperjuangkan nasib mereka. 

  Penswastaan dan Pengkorporatan Jabatan-jabatan kerajaan juga banyak 
  merugikan dari menguntungkan nasib orang Melayu yang UMNO fikir betul 
  perbuatan mereka itu. Banyak Syarikat-syarikat kerajaan selepas 
  diswastakan mengalami kerugian besar dan syarikat terpaksa di susun 
  semula untuk mengelakan bankrap dan ramai pekerja terpaksa di buang. 
  Yang menjadi magsa ialah pekerja-pekerja rata-ratanya berbangsa Melayu. 
  Siapakah yang mempejuangkan nasib mereka? . Menteri-menteri setakat 
  melepaskan batuk di tangga sehingga isu menjadi reda. Sekarang ini 
  sering kali kita dengar skim berhenti secara sukarela dengan sedikit 
  pampasan atau skim di buang secara paksa. Adakah ini adil kepada semua? 
  Bagi mereka yang telah kaya raya mungkin isu ini di pandang remeh. 
  Tetapi bagaimana mereka-mereka yang bergaji kecil dan 
  sederhana....adakah cukup dengan pampasan yang diberikan. dengan umur 
  yang telah mencecah empatpulohan. Siapakah yang memperjuangkan nasib 
  mereka?...Pak Menteri? Takpayahlah ...mereka terlalu sibuk mengejar 
  kekayaan, betina dan artis...diri mereka sendiri pun tak terurus hingga 
  mereka lupa kepada orang Melayu yang melatik mereka sebagai wakil 
  rakyat. 

  Ingatlah Pak Menteri kuasa memilih terletak di tangan kami. Tumbangnya 
  UMNO tidak akan menjadikan orang Melayu merempat di bumi sendiri. 
  Ingatlah kepada Allah dan bertaubatlah...Bumi hanya pinjaman... 

  sekian...wasalam 


Yang digores dan tergores 
  

  Kebetulan, saya baru sahaja selesai membaca buku terbaru SH 
  Alattas yang bertajuk Mahathir, Anwar, Konspirasi, 
  Reformasi. Dan malam tadi yang terlihat berita kat NTV7 
  yang menyiarkan ulasan budak-budak UMNO tu, dan terbaca 
  juga statement Dr.NS. Saya rasa terpanggil untuk memberikan 
  sedikit komen atas perkara yang sama. 

  Pertama, Saya suka meminjam pernyataan Dr.NS iaitu "As a 
  Malaysian, I am fed up of stupid, ignorant kurang ajar 
  idiots insulting my country," wrote Noordin " ; tetapi saya 
  rasa ayat tersebut patut di tujukan kepada Dr.NS, budak- 
  budak UMNO dan jurucakap-jurucakap Dr.MM yang pekak dan 
  celupar tu. Ini memandangkan dengan jelas mereka tidak 
  memahami keseluruhan ucapan Al Gore serta bersikap tidak 
  rasional dan tidak ada intelektual langsung. Mereka bukan 
  sahaja orang yang memakan cili tetapi juga seperti orang 
  kelemasan yang sanggup mengambil apa sahaja yang lalu di 
  hadapan mereka sebagai bahan untuk terus timbul dalam arus 
  REFORMASI yang sangat hebat ini. 

  Kenapa kita budak-budak UMNO tu mesti melenting dan 
  mengemukakan berbagai cadangan yang kanak-kanak Tadika pun 
  mencemuhnya. Mereka nak adakan kursus kononny untuk 
  mengajar adab dan tatasusila kepada AlGore. Siapalah orang 
  Amerika itu. Berapa banyaklah damage yang telah dilakukan 
  kepada rakyat Malaysia ( kecuali Dr.MM dan kuncu-kuncunya) 
  . Tetapi yang anihnya apabila Dr. MM mempersenda-sendakan 
  Nabi Muhammad SAW dan hukum-hukum tuhan tiada pun 
  kedengaran ulasan dari mereka. Mereka patut mengadakan 
  kursus khas untuk Dr.MM adab menghormarti Allah, Nabi, 
  ugama dan rakyat malaysia amnya. Mereka patut menjemput 
  ulama dari Luarnegara jika mereka dah tak percaya dengan 
  ulama tempatan. 

  Saya juga suka cadangkan semua budak-budak tersebut 
  (termasuk ketua budak berhingus itu ) membaca buku SH 
  Alattas. Kalau takdapat, sila hubungi SHA untuk dapatkan 
  sesalinan. 

  Kepada Para REFORMASI sekelian, teruskan perjuangan kita 
  untuk masadepan ugama, negara, bangsa, dan generasi kita 
  yang lebih cemerlang. Jangan biarkan nasib mereka semua 
  ditangan budak-budak berhingus yang akal tak sampai 
  sejengkal. 

  "SEMOGA ALLAH AKAN SENTIASA BERSAMA KITA, INSYAALLAH." 

  N84. 



KEMBALI KE ASAL!