Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Roti asas manis

Roti asas manis adalah roti yang paling asas. Chef mula belajar buat roti menggunakan roti nie la. Kalau sesiapa nak buat roti, cuba roti nie dulu, kalau jadi baru boleh buat roti lain.

Bahan-bahan

1 kg tepung gandum protein tinggi

250 gram tepung gandum biasa

100 gram margerine

5 telur

Sedikit badam hiris

Sedikit garam

Bahan A (dilarutkan)

100 gram yis

150 gram gula halus

1.4 liter susu segar

Sedikit air suam

Bahan B (mengris)

2 biji telur

1/4 cawan susu segar

Cara membuatnya

  1. Ayak tepung dengan garam ke dalam mangkuk
  2. Masukkan margerin dan telur. Gaul sampai aia jadi seperti serbuk roti.
  3. Tuang bahan A ditengah tepung dan uli hingga kenyal.
  4. Biar doh mengembang 2 kali ganda saiz asal.
  5. Uli lagi sekali dan bentukkan kepada bentuk bulat.
  6. Sapukan bahan B diatas doh.
  7. Letakan doh pada dulang pembakar dan bakar pada 250 oC selama 15 minit.