Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Roti kismis

Roti nie sedap dimakan kerana rasa manis dan banyak kismis. Sesuai untuk anak anda atau kalau anak takde….sesuai jugak untuk anak tekak anda!

Bahan-bahan

700 gram doh roti asas manis ( yang telah kembang kali pertama)

60 gram gula perang

100 gram kismis

Krim kastard secukupnya

Bahan A

1 biji telur

1 sudu besar susu segar

Cara membuatnya

  1. Uli doh dan bentukan kepada bentuk bulat.
  2. Sapu bahan A diatas doh dan letakkan sedikit krim kastard diatas doh juga.
  3. Taburkan kismis secukupnya.
  4. Biarkan doh naik sekali lagi hingga 2 kali saiz asal.
  5. Bakar hingga masak.