Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Sotong sumbat bakar ala Itali

Resepi nie Chef cuba sendiri dan agak susah juga untuk membuatnya. Beberapa kali jugak la Chef buat…asyik tak jadi jer. Walaupun susah, Chef harap anda semua cuba jugak kerana kesukaran itu yang melatih kemahiran kita.

 

Bahan-Bahan

4 ekor sotong saiz sederhana

Bahan sumbat

2 biji telur

1/2 biji tomato masak, dicincang halus

2 ulas bawang putih, dicincang halus

1/2 ulas bawang, dimayang halus

Sedikit parsley, dicincang halus

Sedikit daun bawang, dicincang halus

1 keping cheese cheedar, dicincang halus

1/2 sudu teh serbuk stok ayam

Sedikit ajinomoto

Sedikit garam

Bahan sos

4 sudu tomato puri

2 biji tomato, dihiris

1 bawang besar dimayang

Garam

Gula

Minyak untuk menumis

Cara membuatnya

  1. Sotong dibersihkan dan pisahkan kepala dengan badan.
  2. Sumbatkan sotong dengan bahan sumbat dan tutup kembali dengan kepalanya. Cucuk dengan lidi.
  3. Panaskan semua bahan sos diatas kuali dengan api perlahan hingga pekat.
  4. Susun sotong sumbat diatas dulang pembakar dan tuangkan sos tadi diatasnya.
  5. Bakar hingga masak.