Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Kesilapan semasa proses membuat roti.

Terdapat beberapa sebab kenapa roti yang dibuat tak menjadi dan akhirnya diberi pada ayam sahaja. Dibawah digariskan kenapa roti yang dibuat tak menjadi moga ia boleh dijadikan iktibar.

  1. Roti tidak naik.
  2. Antara sebab ialah tidak menggunakan tepung berprotein tinggi. Belilah tepung dalam paket bukannya yang dijual ikut timbang kilo tu….sebab kalau kita beri protein tak berprotein tinggi…manalah yis tu nak sihat. Sebab lain ialah menggunakn garam berlebihan. Kalau tak percaya letaklah garam lebih…doh kita tidak akan naik dengan baik. Juga jika gunakan margerin berlebihan. Pastikan juga doh tadi sudah naik 2 kali ganda saiz asal baru boleh dibakar. Kata orang tu jangan malas sangat…nanti oarng tak pinang. Chef takpe, ramai orang nak pinang.

  3. Permukaan roti tidak rata.
  4. Ia terjadi jika kita menggunakan yis berlebihan dan menguli pulak terlalu singkat. Kira uli lebih kurang jer orang kata. Jika doh terlalu mengembang pun boleh menjadi sebab dan jika ia berlaku, uli semula dan bentukkan kembali.

  5. Roti masam.

Ia belaku jika yis yang digunakan berlebihan. Atau juka yis tadi didak sekata dalam tepung tadi. Pastikan sukatan adalah betul, jangan main agak jer.