Gulai Nenas Ikan Kurau

Resepi nie adalah antara kegemasan Chef. Ia mirip kepada masak lemak biasa jer. Ia sedap dimakan semasa tengahari bersama sambal tumis. Tapi terpulang kepada anda untuk mencubanya dengan lauk apa pun.

Bahan-bahan

1 biji nenas masak
2 keping ikan kurau masin
1 biji kelapa
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 inchi kunyi hidup
10 biji cili api

Cara memasak

1. Tumbuk bawang merah & putih dan kunyit hidup
2. Potong nenas mengikut kesukaan anda
3. Bersihkan ikan kurau
4. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk bersama santan cair
5. Masakkan selama lebih kurang 5 minit , masukkan pula santan pekat.
6. Masukkan sedikit gula dan garam.
7. Jika ikan terlalu masin tidak perlu tambah garam lagi ke dalam kuah.
8. Biarkan sehingga agak pekat dan bolehlah dihidangkan.