Sayur Campur

Resepi nie Chef buat sendiri meniru resepi capcai. Chef tak tahu bagaimana nak buat capcai, jadi Chef cuba beberapa kali, jadilah resepi nie. Oleh kerana Chef malu nak mengaku ianya capcai Chef bagilah nama sayur campur jer.

Bahan-bahan:

Sayuran

10 butir cendawan butang dibelah dua

4 batang jagung muda dipotong tiga

50 gram bunga kobis

50 gram kobis panjang

4 lada hijau dihiris

Bahan lain

5 butir bebola ikan

1 batang jejari ikan

4 ekor sotong dipotong

6 ekor udang saiz sederhana

Bahan perasa (dicampur di dalam 1/2 cawan air)

1 sudu pati ayam

2 sudu besar sos tiram

1 sudu kecil tepung jagung

Sedikit garam

Sedikit gula

2 ulas bawang putih

Cara membuatnya

  1. Panaskan 2 sudu minyak masak dan tumiskan bawang putih yang telah dicincang halus.
  2. Terus sahaja masukan sayuran, bahan lain dan masak sehingga sayuran agak layu sedikit.
  3. Barulah masukan bahan perasa dan 1 cawan air.
  4. Selaraskan rasanya.