Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

TEH UNTUK KESEGARAN
TENAGA DAN KESIHATAN

CERITA PASAL SOD

CERITA PASAL SOD

Adakah ANDA berhadapan dengan masalah ASID URID dan TAHAP KOLESTROL yang berlebihan? Sakit-sakit SENDI atau MIGRAIN? DARAH TINGGI, KENCING MANIS, SAKIT JANTUNG? Atau penyakit KULIT, Pusingan HAID tidak menentu, TIDAK HADAM dan SEMBELIT?

Amalkan MINUM TEH SOD SUNEE….. Teh UNIK ini ada banyak KEISTIMEWAAN dan ia baik untuk KESIHATAN

TEH SOD SUNEE

Hebat dan baik untuk kesihatan

Asal Teh SOD

Teh SOD Sunee ialah sejenis teh kesihatan yang harum dan wangi baunya. Ia diperbuat daripada sejenis tumbuhan berdaun duri yang digelar Aspalathus Linearis. Tumbuhan ini hanya dapat tumbuh di kawasan Cedarberg di Afrika Selatan, suatu kawasan yang mempunyai sinaran cahaya yang memadai, tanah yang subur dan tidak dicemari langsung.

Di Afrika Selatan, teh ini mempunyai sejarah dan lagendanya yang tersendiri dan terulung, sehingga ia digelar sebagai Teh Ajaib kerana kesan yang ajaibnya terhadap kesihatan dan kecantikan.

Pada tahun 1903, seorang Rusian yang bernama Benjamin Ginsberg berhijrah ke Afrika Selatan. Beliau menyedari tentang kegemaran penduduk di sana terhadap teh ini serta kesan baiknya terhadap tubuh badan manusia, beliau telah mengenal pasti tentang nilai pasaran teh ini dan memulakan perniagaan menjual-beli teh ini.

Pada tahun 1904, seorang doktor yang terkenal bernama Dr. P. Le Frass Nortier, seorang ahli kajian semulajadi, telah menerokai keajaiban teh ini. Di bawah pimpinan dan galakan Dr. Nortier dan rakan-rakannya, penduduk di sana telah menanam dan menghasilkan teh ini secara besar-besaran.

PERISA YANG UNGGUL

Teh SOD Sunee adalah 100% semulajadi dan rasanya sungguh harum dan menyegarkan. Warna teh yang dihasilkan merupakan perang keemasan yang jernih, rasanya harum dan wangi, tiada rasa pahit seperti rasa teh kesihatan yang lain.

KANDUNGAN YANG UNIK

100% bebas dari kafeina. Kafeina amat membahayakan kesihatan kerana ia merangsang sistem saraf manusia dan pada lazimnya, teh yang lain mempunyai kandungan kafeina yang tinggi.

Mengandungi peratusan tannin yang amat rendah (hanya 1/12 daripada kandungan teh jenis biasa). Tannin akan berpadu dengan protein dan zat besi dalam makanan yang ditelan menyebabkan kekurangan protein dan zat besi.

·        Kaya dengan anti-oksidan semulajadi.

·        Kaya dengan zat-zat galian

·        Tiada kalori, sesuai bagi mereka yang ingin melangsingkan badan

·        Mengandungi alpha-hydroxy acid (AHA) ianya baik untuk kulit.

·        Tiada asid oksalik, sesuai diminum oleh mereka yang mempunyai masalah ginjal.

·        Tiada agen-agen pewarna, pengawet, perisa atau bahan tambahan yang lain.

Badan manusia memerlukan SOD yang banyak. Badan manusia menghasilkan terlalu banyak radikal bebas dalam proses metabolism. Sejak tahun 1956 lagi seorang Britian yang bernama Harman telah mendapati bahawa radikal bebas akan merosakkan sel-sel badan dan ini merupakan punca utama bagi penuaan dan juga pelbagai jenis penyakit dan kanser. SOD mempunyai fungsi untuk menghapuskan radikal bebas, justeru itu ia dapat memperlahankan proses penuaan serta mengelakkan pelbagai jenis penyakit.

UNTUK KECANTIKAN

·        Melangsingkan badan.

·        Berkesan membantu masalah GOUT.

·        Mengurangkan bintik-bintik hitam dan menjadikan kulit lembut dan berseri.

·        Boleh digunakan untuk membersihkan muka atau mandi, ia berfungsi melembutkan kulit dan mengatasi masalah kulit.

·        Kandungan ati-oksidan dalam Teh SOD merupakan ramuan yang terbaik bagi melambatkan proses penuaan manusia.

KEBERKESANAN TEH SOD

Menurut penyelidikan yang dijalankan di Afrika Selatan dan Jepun, minum SOD setiap hari membantu:

·        Memperbaiki dan menguatkan kesihatan. Melambatkan proses penuaan dan menguatkan fungsi system imuniti.

·        Menghapuskan racun, asid urik, lemak berlebihan dan sebagainya.

Teh SOD membekalkan zat kalsium, magnesium dan florida yang merupakan keperluan harian manusia, membantu dalam proses pertumbuhan tulang dan gigi.

·        Dalam bidang perubatan teh ini dapat melegakan kegelisahan, alergi dan masalah penghadaman.

·        Mengandungi zink dan alpha-hydroxy acid (AHA), baik untuk kecantikan.

·        Kaya dengan magnesium, membantu menenangkan system saraf.

·        Mengandungi zat besi, kalium dan tembaga, membantu dalam metabolisme dan pengaliran darah.

·        Menghalang pengumpulan lemak di dalam badan, kesannya amat nyata dalam usaha untuk melangsingkan badan.

·        Mengurangkan masalah ruam, kegatalan dan mulas perut di kalangan bayi.

CARA PENYEDIAAN

·        Boleh diminum secara sejuk atau panas. Masukkan uncang teh ke dalam teko, tuangkan air panas dan tunggu 2-3 minit. Madu, susu, limau atau jus buah-buahan boleh ditambah bila diminum.

·        Air teh boleh digunakan untuk mencuci muka atau mandi, ia menolong melegakan alergi dan menyihatkan kulit.

·        Sesuai ditambahkan dalam sup atau masakan untuk menambahkan khasiat makanan.

·        Hampas teh boleh digunakan sebagai baja semulajadi.

SILA KLIK BUTANG "BACK" UNTUK KE LAMAN ASAL