Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Dilema Globalisasi Sebuah Paradoks Empis  
Ilustrator yang tidak berpengalaman juga menjadi permasalahan penerbitan tempatan. Ini kerana kebanyakan penerbitan buku tempatan lebih tertumpu kepada buku teks dan buku kanak-kanak yang sangat mementingkan ilustrasi. Permintaan yang tinggi ini tidak dapat ditampungi oleh pereka ilustrasi. Akibatnya mutu ilustrasi menjadi rendah dan tidak menarik.

         Apa yang lebih menarik di sini ialah dengan perkembangan terbaru tanah air, iaitu cadangan penubuhan Kementerian MultiMedia serta Akta Komunikasi dan MultiMedia 1998, apakah impaknya terhadap dunia penerbitan tempatan yang realitinya telah tertinggal jauh 100 tahun kebelakang dari perusahaan pembukuan negara-negara maju. Apakah pemerhatian kerajaan yang lebih terhadap medium ‘multi media’ ini akan mengakibatkan imej pembukuan terus kabur dan tertinggal di belakang atau bagaimana. Atau status pembukuan terus menjadi ‘imej sorotan’ kepada multi media yang lebih attractive sepertimana penerbitan buku menjadi sorotan imej kepada penerbitan sebelum ini. Walaupun terdapat dakwaan-dakwaan optimis yang yakin terhadap peranan buku yang tidak mungkin ditukar ganti. Namun apakah hanya dengan dakwaan ini sahaja, martabat buku itu mampu diangkat sejajar taranya dengan status ‘multi media’ yang masih baru. Adakah kita terlalu terpengaruh dengan fahaman third waveserta keuntungan yang lebih dipentingkan berbanding dakwaan tentang keistimewaan pembukuan itu sendiri. Apakah perkembangan revolusi informasi yang menjadi mangkin kepada medium MultiMedia juga mampu mengangkat buku seperti mana revolusi percetakan yang bermula pada 1438 oleh penciptaan pertama Johannes Gutenberg telah memangkinkan penerbitan buku.

         Malaysia sewajarnya tidak boleh terdorong oleh semangat seperti apa yang pernah ditanggap oleh para cendiakawan sebagaisense of urgency terhadap perlumbaan mengecap ‘pemodenan’. Ini kerana kita masih belum memiliki base yang kukuh dalam perusahaan pembukuan itu sendiri, apa lagi dalam memupuk ‘minat membaca’ yang begitu rendah. Kerana pendedahan yang keterlaluan hanya akan membuahkan cultural shock yang hanya akan mencelarukan matlamat asalnya. Kemampuan untuk indexing akan membuatkan masyarakat yang tertakluk dalam knowledge industry akan memilih MultiMedia berikutan feature nya yang lebih friendly dan kesaujanaan lampauannya. Namun di manakah peranan dan masa depan pembukuan? Dan adakah idea ‘pejabat tanpa kertas’ akan menjadi realiti?

  Sistem Pemasaran yang Tidak Efektif dan Sirkulasi

Pasaran yang Terhad
 Permasalahan tempatan yang keempat pula ialah masaalah sistem pemasaran yang tidak efektif dan efisyen, serta lampauan sirkulasi yang terhad. Dari sudut penjualan buku di Malaysia hanyalah di dalam linkungan tiga hingga lima ribu naskah sahaja setahun. Banyak hasil penerbitan tempatan yang diterbitkan, masih gagal untuk menemui pengguna yang berpotensi. Kegagalan ini akan dipikul secara langsung oleh penerbit tersebut.

     Selain daripada juru jual yang kurang mahir, sistem pengedaran kita juga sebenarnya masih di tahap yang lemah dan bercelaru, serta seringkali berlaku pertindihan fungsi. Antaranya ialah berlaku pertindihan tugasan pengedar yang dalam waktu yang sama juga menjadi peruncit. Ini adalah tidak profesional kerana tiadanya pengkhususan yang memungkinkan kelemahan sistem pemasaran secara keseluruhan. Ini termasuk permasalahan dari segi peratusan keuntungan dan jualan yang diberikan oleh penerbit.

       Terdapat juga penerbit yang menjual secara langsung bukunya kepada pekedai tanpa melalui pengedar. Hal ini menyulitkan lagi sistem pemasaran. Malah banyak mendakwa bahawa kebanyakan penerbit kecil tempatan didominasikan oleh pihak pengedar dari segi kontrak. Kebanyakan pengedar di Malaysia tidak mempunyai kontrak sebaliknyahanya bergantung atas dasar saling mempercayai. Hakikatnya hal ini akan merugikan pihak penerbit.

      Penerbit yang menggunakan runner untuk terus pada kedai buku seringkali menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan pembeli dan pekedai. Sewajarnya di Malaysia telah wujud apa yang dikenali sebagai Network Agreement sepertimana yang telah establish di Amerika. Ini memungkinkan pengkhususan dalam pengedaran, kepada mana-mana pihak yang melanggarai penjanjian maka ia boleh dikenakan penalty. Perjanjian ini pula adalah bergantung kepada kedua-dua pihak iaitu penerbit dan pengedar. Masing-masing tidak akan melanggari pengkhususan tugas masing-masing.

        Namun apa yang terjadi di Malaysia, sebagai contoh di Pameran Antarabangsa 98 di PWTC, Kuala Lumpur ialah pihak penerbit tidak menjual HakCipta sebaliknya boleh menjual buku atau bahan percetakan mereka terus kepada pelanggan. Hal ini sungguh mengelirukan. Malah ‘Fair Trade Practices Agreement’ yang ditandatangani oleh Persatuan Penjual Buku (MBA) dan MABOPA telah gagal. Ini kerana pihak penerbit sendiri yang kurang serius, sekaligus memungkinkan berlakunya apa yang ditanggap sebagai amalan ‘perang perdagangan’

        Selain daripada itu kebanyakan kedai-kedai buku yang mengedarklan buku-buku kepada pengguna tempatan adalah secara tidak langsung dimonopoli oleh bukan orang tempatan. Sebagai contoh gedung buku terbesar tempatan MPH dimiliki oleh orang Thailand dan Singapura. Begitu juga kedai buku POPULAR yang menjadi milik orang Singapura. Ini membuktikan pasaran buku tempatan terkawal dan kedai-kedai ini banyak mempamirkan buku-buku yang dihasilkan oleh MNC berbanding buku tempatan. Ini hampir menyemai kedai buku TIMES.

        Begitu juga dengan amalan rasuah di setiap lapisan pemasaran dan pengedaran bagi menebusi sesebuah organisasi. Di Malaysia pasaran tersebesar adalah di sekolah dan hal ini menjadi suatu penyakit yang negatif. Walau bagaimanapun kesahihannya untuk mengekang permasalahan ini adalah sukar.

        Selain itu, pasaran yang terhad juga menjadi alasan kelembapan dan motivasi yang rendah di kalangan penerbit. Kebanyakan penerbit tempatan adalah business oriented dan mereka yang menceburi bidang ini bukanlah ahli penerbitan yang profesional, tetapi ahli perniagaan yang berkiblatkan keuntungan. Ini sudah tentu hala tuju syarikat penerbitannya lebih peka kepada yang membuahkan hasil jangka, pendek tanpa menghiraukan pembangunan dan penyelidikan jangka panjang.

       Pasaran yang terhad ini boleh dilihat dari dua perspektif, pertama ialah segmen pasaran produk yang terhad. Dan perspektif kedua ialah pasaran sirkulasi yang kecil dan terbatas.

       Pasaran produk yang terhad, kalau ditinjau dari sudut pandangan makro, kita akan dapati bahawa kebanyakan pengusaha penerbit kita lebih berorientasikan produk dan bukannya consumer oriented, sedangkan perspektif pemasaran dunia sekarang ialah berasaskan konsumer. Alison Baverstock menyokong pendapat ini, tambahnya dalam The Meaning of Book Marketing;

"The fundamental problem of publishing is that it's not market led its supply led. We generally try to find a market after we publish … The main issue here is whether or not a marketing rationale is used as the basis for talking on titles in the first place, not just for deciding how to sell them once they are in house. Do you commission the books that meet specific market needs or do you go for the titles that turn up at the front door and shout 'publish me!' "
(The Booksellers (1993) : m/s 35)
        Kita masih lagi tertumpu pada elemen produk sama ada hendak merendahkan kos dan play safe dalam penerbitan. Kita tidak ambil penting kelompangan genre pembukuan dalam masyarakat dan apa yang lebih diperlukan. Sebaliknya apa yang patut kita keluarkan untuk 'selamat' dan hasil yang dikeluarkan adalah relatif sama dengan penerbit yang lain. Kelompangan dari segi buku umum ini dalam jangka panjang akan merugikan masyarakat.

       Tumpuan penerbit tempatan lebih kepada penerbitan buku teks, learning aids, dan bacaan tambahan. Sedangkan tajuk-tajuk pendidikan, agama, dan bahan bacaan ringan yang lain secara relatifnya terlalu banyak membanjiri pasaran tempatan.

        Pasaran Malaysia yang kecil dari segi jumlah pengedaran juga menjadi salah satu masalah utama. Terdapat pendapat yang melihat pengecilan saiz pasaran ini kerana berlakunya beberapa stimulasi dan tekanan persekitaran yang tidak dapat dielakkan. Antaranya ialah segmen demografi masyarakat Malaysia yang secara kasarnya terbahagi kepada tiga kumpulan, iaitu Melayu, Cina, dan India. Hal ini sekurang-kurangnya telah memecahkan struktur pasaran kepada tiga sub pasaran yang kecil. Namun realitinya ialah empat sub pasaran telah terbentuk iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Tamil, dan bahasa Cina. Bahasa Melayu sebagai medium penerbitan yang terbesar. Manakala lain-lain bahasa ditangani oleh 'longgokan' buku dari India, Singapura, Australia, USA, UK, dan Jepun yang lebih bercirikan buku fiksyen popular dan kanak-kanak. Kebanyakan buku-buku tempatan juga gagal menembusi pasaran antara bangsa kerana penggunaan bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, ia hanya menjadi 'jaguh' di dalam kampung sahaja.

Kos Penerbitan yang Menekan
Kos penerbitan juga menjadi angkubah terhadap dunia penerbitan. Seperti yang disebutkan di atas, margin keuntungan sangat dipentingkan oleh pihak pengusaha. Dalam usaha untuk merendahkan kos pengeluaran, kualiti juga harus dipentingkan bagi menjamin adanya pasaran. Hal ini menjadi paling ketara kepada buku-buku terjemahan dan buku-buku yang diimport. Kita selain mendapat kepayahan dari segi hak cipta dan royalti, kita juga menghadapi masalah pertukaran wang asing yang sentiasa berubah. Setiap peratusan kos harus disertakan dengan nilai x sebagai angkubah kepada nilai perubahan pertukaran wang asing.

       Di Malaysia, rempuhan ombak information technology terus ditangani dengan pandangan yang cukup optimis, namun adakah dengan terwujudnya teknologi ini benar-benar mampu mengurangkan kos pengeluaran penerbitan yang sekaligus mengurangkan harga buku. Ini sekali-kali tidak mungkin terjadi kerana 85% daripada kos pengeluaran proses penerbitan di Malaysia adalah berintensifkan tenaga manusia. Kos-kos lain yang tidak dapat ditampungi oleh teknologi informasi ialah seperti;

  • kos sara hidup 
  • gaji pekerja dalam penyuntingan 
  • penjilidan 
  • pemasaran 
  • bayaran royalty 
  • kos kertas 
  • mesin cetak 
  • cukai 
       Hal ini menjadi sebuah permasalahan kerana harga buku statik pada tahap yang tertentu juka dibandingkan secara relatif dengan harga keluaran multimedia yang semakin murah. Harus difahamkan di sini bahawa apa yang dicetak oleh multimedia adalah bahan cetak dan bukan buku.

Penterjemahan yang Melekakan
Urusan terjemahan di Malaysia kian giat dijalankan akibat ketandusan bahan bacaan berikutan penerbitan bahan 'safe' (kurang sekartan, kos yang rendah, kepakaran yang sedikit diperlukan, pasaran yang luas). Hal ini merupakan fenomena biasa bagi sesebuah negara yang dunia penerbitanya dalam proses perkembangan. Malaysia terpaksa menterjemah bagi mengisi kelompangan bahan-bahan ilmu dan juga kekurangan kepakaran dalam penulisan karya asli.

         Secara kasarnya kita akan dapati semacam satu kecenderungan bahawa bahan-bahan yang diterjemahkan adalah bahan saintifik yang banyak digunakan sebagai teks atau bahan bacaan di institusi pengajian tinggi. Banyak bahan yang terjemahkan dari TNC kepada negara membangun. Dan seperti yang telah diduga, penterjemahan ini bergerak dalan satu hala sahaja. Iaitu dengan nisbah 5 : 1 (lima merujuk kepada penterjemahan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu dan nisbah satu merujuk kepada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris). Selain daripada kekangan pihak barat dalam One Way Flow of Information, kita juga kurang yakin untuk menterjemah karya-karya agung tempatan. Kita semacam tidak sedar bahawa Malaysia juga sebuah bangsa yang memiliki kedaulatan dan keunikannya yang tersendiri.

        Dalam urusan penterjemahan itu sendiri, permasalahan teknikal melibatkan proses pemerolehan;

  • hakcipta ini dilihat dari segi kemudahan untuk mendapatkan hak cipta terbit semula. Malah peratusan keuntungan yang kurang menggalakkan. 
  • originaliti ataupun keaslian kebanyakan terjemahan tidak langsung menggambarkan atau berorientasikan tempatan. Ini semacam satu 'bingkai' yang disogokkan untuk kita pakai tanpa fikirkan kesesuaian dan releventnya. 
  • kejelasan bahan terjemahan seringkali menjadi bahan pertikaian. Ini kerana kejanggalan dan penstereotaipan bahasa Melayu yang rigid. 
  • kegiatan terjemahan walaupun dikatakan dapat mengisi kelompangan tetapi dalam jangka panjang ia sebenarnya membunuh kekreativitian tempatan untuk bergiat dalam bidang-bidang berkenaan. 
       Persoalannya ialah budaya meniru lebih giat daripada budaya explore. Kita hanya mengikut dengan menterjemah 'pandangan' dan idea-idea mereka tanpa mengambil kira bentuk dan kemampuan kita sendiri serta keserasiannya. Kemahiran kita akan lebih terbatas dalam jangka masa panjang.

Genre Pembacaan yang Terbatas
Jenis pembacaan seringkali menjadi permasalahan di negara membangun. Jenis bahan bacaan yang bagaimanakah yang sebenarnya diperlukan, dan bahan bacaan yang bagaimana pula yang paling banyak dihidangkan oleh pasaran. Jika kita lihat dari segi kuantiti penerbitan genre, kita akan ketahui bahawa pasaran kita lebih dibanjiri oleh genre buku teks, bacaan ringan, dan agama.

         Taburan genre yang tidak seimbang ini sesungguhnya melahirkan suasana yang tidak sihat. Pihak penerbit selaku pemangkin 'budaya ilmu' bukan sahaja telah menyekat alternatif pembacaan, tetapi juga seperti telah menentukan arah tumpuan pembaca. Ini mengukuhkan lagi fahaman bahawa budaya pembacaan di Malaysia lebih berorientasikan 'lulus periksa' dan bukannya untuk 'ingin tahu'. Ini telah diterapkan sejak di bangku sekolah lagi. Prof. Diraja Ungku A. Aziz menambah;

"Di kebanyakan universiti, istimewanya di Malaysia, profesor memberikan nota supaya dihafal oleh pelajar-pelajar dan di dalam peperiksaan kalau jawapannya sama seperti nota yang diberikan, pelajar itupun dapat markah tinggi. Di dalam STPM juga begitu, sebab itu banyak orang membeli buku-buku panduan yang menyediakan jawapan yang boleh dihafal untuk lulus peperiksaan. Ini cara mengajar cara orang menghafal. Saya rasa universiti harus mengajar orang berfikir"
(Dewan Budaya (Mei 1987) : m/s 8)
         Di samping itu, fenomena ini juga mencerminkan senario yang tidak sihat. Ia merefleksi kepada attitude penerbit tempatan terhadap 'kesungguhan' dan 'keikhlasan' penerbit dalam memenuhi 'tanggungjawab sosial'nya dan dunia penerbitan tanah air secara keseluruhan. Apakah matlamat utama mereka, keuntungan semata-mata, atau sedikit usaha untuk mendokumentasikan khazanah ilmu bangsa dan memperkembangkan minda tempatan secara umumya.

        Pemilihan yang terhad dan taburan genre yang tidak sekata ini jika berterusan akan mewujudkan communication gap ataupun a kind of lost dalam bidang-bidang ilmu tertentu. Kita terlalu menumpukan pada suatu bidang yang kecil sehingga melupakan bidang yang lainnya.

        Hal ini juga kerana idea penerbitan yang tidak punyai pattern yang memungkinkan kecenderungan penerbitan berubah berubah skop dan konsep penerbitan kepada bentuk yang lain mengikut haluan permintaan dan bukan tuntutan masyarakat. Ini membuktikan bahawa dunia penerbitan tempatan masih belum mantap.

         Kelompangan ini juga membolehkan MNC untuk mengambil peluang merebut dan mengisi ruang yang kosong dan terdedah ini. Sekali lagi negara membangun didominasi.

         Sewajarnya kita mempergiat dan memperbanyakan penerbitan karya asli yang bernar-benar berlatarbelakangkan tempatan. Langkah yang dijalankan oleh Yayasan Karyawan dalam menerbitkan karya-karya agung tempatan haruslah disokong. Malahan sepatutnya penerbitan karya seumpama ini harus dijalankan sejak dari dulu lagi. Ini paling tidak dapat menyedarkan masyarakat Malaysia bahawa mereka juga memiliki khazanah agung dan budaya pengkaryaan yang cemerlang sepertimana negara maju yang lainnya. Kalau Rusia boleh berbangga dengan tulisan Leo Tolstoy ‘War and Peace’, Perancis dengan Robespiere ‘Equality’, di Amerika Syarikat Ernest Hemingway dengan karyanya ‘Old Man and The Sea’ dan ‘ Farewell to Arms’, manakala di Britian oleh Shakespeare ‘Othello’, ‘Macbeth’, dan ‘Hamlet’.

         Antara lain pentakrifan karya agung yang telah diterima ramai ialah; Pertamanya ia bercorak falsafah tetapi bukan sains, agama, ataupun teologi yang sejagat. Keduanya ialah ia memiliki nilai sejagat dari segi budaya ilmu, falsafah, dan pemikiran. Jikalau kayu ukur ini yang digunakan, maka ini membuktikan bahawa pengkaryaan yang telah dihasilkan oleh pendita agung seperti Tun Muhamad (Tun Sri Lanang) dan Raja Ali Haji adalah sebuah penghasilan karya agung.

        Kita selaku masyarakat Malaysia harus berbangga dengan adanya karya seperti ‘Hikayat Hang Tuah’, ‘Sejarah Melayu’, ‘Tuhfat al-Nafis’, ‘Bustan al-Salatin al-Katibin’, ‘Syair kan Tambuhan’, ‘Hikayat Aceh’, ‘Hikayat Merong Mahawangsa’, ‘Hikayat Raja Pasai’, ‘Hikayat Abdullah’, ‘Syair Perang Makasar’, ‘Undang-undang Melaka’ dan banyak lagi yang belum terselongkar. Kesemua dokumentasi ini menerangkan kepada kita bahawa kita adalah bangsa agung yang memiliki karya masyhur. Dokumentasi ini juga menerangkan kepada kita tentang asal usul dan keserasian sistem sosio ekonomi kita.
 

Faktor Yang Mempengaruhi Permasalahan
Sebenarnya masih belum ada jawapan dan bukti tuntas yang boleh menyelesaikan segala permasalahan penerbitan tempatan. Ini adalah kerana permasalahan yang timbul adalah terhasil daripada suatu rantaian perhubungan antara bangsa yang rencam dan bersifat komulatif. Penerbitan buku bukan terhasil dari 'vokum' atau terwujud dengan sendirinya tanpa menerima pengaruh daripada persekitaran. Sebaliknya ia mendapat tekanan secara eksplisit dan implisit daripada proses globalisasi, dan persekitaran dalaman. Perkaitan ini pula bersifat logistik dan kadangkala tidak boleh dikupas secara epistemik. Di sini timbul kesukaran untuk mengsubsetkan angkubah permasalahan secara berasingan.

        Kalau mengikut pendapat lapuk atau fahaman lama, mereka (Barat dan pseduo intelektual tempatan) menyalahkan ke’profesional’an tempatan yang gagal merangsangkan dunia penerbitan tanah air yang giat dan maju serta berdaya saing. Kes ini juga hampir sama dengan permasalahan kejatuhan ekonomi serta nilai mata wang tempatan (Malaysia dan Asia secara amnya). Negara maju terus menyalahkan negara yang terbabit dengan alasan bahawa sistem pentadbiran negara Malaysia yang tidak cekap dan korap. Tetapi hakikatnya telahpun kita sedar bahawa masalalah ini bukan semudah yang disangkakan. Ia melibatkan sistem global keseluruhannya. Kini masalah ‘profesional’ bukan lagi menjadi persoalan utama.

        Terdapat banyak paradigma yang cuba menyelesaikan dan mengupas permasalahan pertalian 'permasalalahan dan faktor penyebab' ini menerusi kerangka teori-teori tertentu. Namun di sini saya mencari jalan tengah dan cuba membentangkan secara seimbang, iaitu paradigma mainstrim yang bersifat funtional serta paradigma kritikal yang cuba mengkaitkan pertalian penerbitan dengan kuasa ekonomi politiknya. Mengikut Anantha Sudhaker Babbili, dalam tulisannya;

"Research so far has been dominated by quantitative analyses of international news flow which proved to be limited and failed to explain the problem and objections of the Third World in historical context international communication. Consequently must be studied in the overall context of international relations placing the old firmly in the contending theories of international"
(Gazette :1990)
           Hasil daripada tinjauan sepintas lalu ini, dapat saya membuat generalisasi bahawa faktor yang mempengaruhi kelemahan penerbitan terbahagi kepada dua iaitu faktor mikro ataupun dalaman yang lebih bersifat kelemahan operational tempatan. Manakala faktor kedua pula ialah secara makro yang melihat proses globalisasi yang melibatkan rangkaian ekonomi kapitalis dan tekanan sejarah yang telah menstrukturkan masyarakat dalam kitaran ketergantungan yang seterusnya.
 

Unduran kembali Lanjutan
ke
Selamat Meneroka