KEKERINGAN PETROL:
PERANAN RAKYAT
oleh: Alang Bidara
Kalau
dilihat perkembangan terbaru mengenai pasaran petrol ini, kebimbangan para
saintis dan cerdik-pandai mengenai hakikat bekalan minyak semakin pupus di seluruh
dunia semakin hari semakin menjadi kenyataan.
Di
Amerika Syarikat sendiri permintaan minyak telah melebihi dari pengeluaran
minyak di Amerika, maka minyak terpaksa diimport dari luar negara, terutama
dari Mexico, Venezuela dan Timur Tengah (Arab Saudi dan Kuwait). Pengguna
minyak di Amerika adalah 5% dari penduduk dunia, tetapi memerlukan lebih 25%
dari pengeluaran hasil seluruh dunia untuk menggerakkan industri dan kehidupan
seharian rakyat Amerika.
Telah
ada suara-suara kebimbangan yang mengatakan telaga-telaga minyak Arab Saudi
telah mengalami penurunan pengeluaran, kerana telaga-telaga minyak tersebut
telah dikeluarkan lebih 50% daripada reserve, iaitu telah mengalami kemuncak
pengeluaran (Hubbert Peak Oil). Cuma kemungkinan bekalan minyak di
Walaupun
ada pendapat mengatakan bekalan minyak dari Laut Caspian, yang baru mula
menghasilkan minyak, namun potensinya tidaklah sehebat negara-negara OPEC. Maka
berkemungkinan besar bekalan dari Laut Caspian ini dapat menampung keperluan
dunia buat sementara waktu sahaja.
Kalau
dilihat pada perkembangan di dalam industri minyak itu sendiri, amat jelas ada
syarikat minyak yang besar telah teragak-agak untuk membuat exploration minyak
kerana bimbang tidak menemui minyak, sedangkan modal yang diperlukan sangat
besar. Paling terbaru ialah ura-ura ChevronTexaco dan Conoco yang bersaing
untuk membeli saham syarikat Unocal. Mana-mana pemilik saham majority Unocal,
maka ia dapat mendapat bekalan minyak mentah kepunyaan Onocal yang sedia ada.
Ini seolah-olah membawa implikasi bahawa ChevronTexaco dan Conoco berpendapat
adalah lebih “murah dan berbaloi” mengambil-alih syarikat minyak
yang telah sedia mempunyai telaga-telaga minyak daripada terlibat dengan
industri upstream mencari-gali minyak. Kalau mencari-gali minyak maka sesebuah
syarikat minyak terpaksa menghadapi risiko tiada menjumpai minyak yang baru,
sedangkan pelaburan yang diperlukan mencari-gali minyak adalah sangat besar.
Paling
terbaru, harga minyak mentah di pasaran dunia kemungkinan akan mencecah paras
USD80 setong, berbanding USD35 di awal tahun 2005, USD55 pada bulan Mac 2005;
dan USD60 di akhir bulan Jun lalu.
Di
dalam tulisan saya yang lalu, telah dicadangkan bebarapa perkara yang boleh
dilakukan oleh kerajaan di dalam menghadapi krisis kepupusan bekalan minyak
ini. Didalam menghadapi bekalan petrol yang meruncing, sesungguhnya rakyat
boleh memainkan peranan bagi melambatkan kehabisan bekalan petrol, malah
mungkin dapat memberi tekanan ekonomi yang akan memaksa syarikat-syarikat
minyak menurunkan harga petrol.
Antaranya:
Pertama,
bagi mereka yang ingin membeli kereta baru, maka digalakkan membeli kereta
jenis kecil dan mempunyai cirri-ciri penjimatan minyak. Sebagai contoh, Perodua
MyVi dan Proton Savvy bagi model tempatan. Untuk model impot puloa, banyak
model terbaru di pasaran yang dibuat lebih kecil dan mempunyai cirri-ciri
penjimatan minyak ini.
Kedua,
sekiranya hendak atau perlu membeli kenderaan besar misalnya model MPV, maka
digalakkan mengubahsuai kenderaan tersebut agar kenderaan itu boleh menggunakan
gas LPG atau CNG (seperti teksi). Buat masa ini ada sekurang-kurangnya ada dua
syarikat yang menawarkan khidmat membuat pengubah-suaian itu. Sekiranya perlu
menggunakan petrol, iaitu ketika berada di tempat yang tiada bekalan gas
LPG/CNG, maka kenderaan itu masih boleh menggunakan petrol. Adalah difahamkan,
kos gas ini sepertiga daripada kos menggunakan petrol bagi setiap perjalanan
jarak yang sama.
Ketiga,
kereta yang telah sedia ada juga boleh diubahsuai untuk menggunakan gas LPG/CNG
ini. Dengan langkah ini, diharapkan kita akan mengurangkan penggunaan petrol.
Mungkin sekiranya seorang dua sahaja yang berbuat begini, tak besar kesanya,
tetapi kalau ramai memang akan mengurangkan penggunaan petrol.
Keempat,
amalan berkongsi kereta atau car-pool
masih boleh diteruskan, sebagaimana yang telah diwar-warkan di dalam
media sebelum ini. Cara ini sebenarnya masih relevan sekarang ini.
Kelima,
jika ada kemudahan kenderaan awam berhampiran pejabat dan rumah kita, maka
tersangat baik sekiranya kita menggunakan kenderaan awam (bas, keretapi komuter,
LRT) bagi mengurangkan penggunaan petrol. Letakkan kenderaan kita di rumah atau
letak di stesyen komuter/LRT. Selain mengurangkan penggunaan petrol, kita juga
akan dapat mengurangkan kesesakan lalu-lintas (traffic jam) di dalam Bandar.
Selain itu amalan ini juga kita membuatkan kita lebih sihat kerana apabila
menaiki kenderaan awam, kita mengurangkan stress serta menyebabkan kita
berjalan kaki lebih jauh, ini merupakan satu exercise untuk kita.
Keenam,
kita boleh memberi sumbangan kepada masyarakat dengan menyedarkan lebih ramai
pengguna dengan memberikan penerangan tentang perkara ini saudara-mara,
sahabat-handai, serta orang-orang yang kita kenal. Semoga apabila lebih ramai
pengguna menyedari perkara ini, semakin besar kesannya terhadap pasaran minyak
petrol.
Alang
Bidara