Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

(25) KISAH SEORANG ALIM YANG DIFITNAH OLEH SEORANG WANITA

Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa ada seseorang pendita bernama Juraij sangat kuat beribadat kepada Allah swt. Suatu hari ibunya datang memanggilnya ketika ia sedang sembahyang. Juraij tidak menjawab panggilan ibunya maka ibunya sangat marah lalu berdoa:" Semoga Allah swt.menguji kamu dengan seorang wanita pelacur."

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:"Kalaulah pendita Juraij itu seorang yang benar- benar mengetahui tentang agamanya sudah tentu ia mengetahui bahawa menjawab panggilan ibunya itu lebih afdal daripada sembahyang sunat."

Berdekatan dengan daerah tempat Juraij tinggal, datang seorang wanita yang berhajat.Dalam perjalanan ia bertemu dengan seorang pengembala kambing, lalu pengembala kambing itu merayu untuk memuaskan nafsunya, maka mereka pun melakukan perbuatan terkutuk itu dekat dengan tempat Juraij beribadat. setelah sekian lama maka wanita itu pun melahirkan anak dari hasil perbuatan terkutuk itu.

Dalam daerah itu hukum zina adalah sangat berat.Setelah wanita itu melahirkan anak, maka berita itu sampai kepada raja.

Wanita itu dihadapkan kepada raja. Raja itu berkata:"Dari mana kamu dapat anak ini?" Wanita itu berkata:"Anak ini adalah hasil perbuatan Juraij."Apabila Raja mendengar perbuatan itu dilakukan oleh orang yang sangat kuat beribadat maka ia pun memerintah pengawal-pengawalnya memanggil Juraij. Ketika pengawal-pengawal itu sampai di tempat Juraij, kebetulan Juraij sedang melakukan ibadat.Pengawal-pengawal itu memusnahkan tempat Juraij beribadat dan menangkap Juraij lalu diikat lehernya dengan tali dan dibawa mengadap raja.

Apabila Juraij sampai di hadapan raja, maka raja pun berkata:"Kamu berlagak alim tetapi kamu merosakan kehormatan orang dan membuat perbuatan sumbang." Juraij tercengang mendengar kata-kata yang terkeluar dari mulut raja itu.Juraij berkata:"Saya tidak melakukan apa,"kemudian raja berkata lagi:"Kamu telah berzina dengan wanita ini. Dia mengaku kamu melakukan sehingga ia melahirkan anak."Lalu Juraij berkata:"Saya tidak melakukan perbuatan terkutuk itu."Tetapi mereka tidak percaya kata-kata Juraij sehingga Juraij bersumpah mengatakan ia tidak melakukannya.

Oleh kerana mereka tidak mahu mempercayai kata-katanya maka Juraij meminta raja mengizinkan dia dibawa bertemu dengan ibunya.Setelah diperkenankan, Juraij dibawa ke rumah ibunya.Juraij pun berkata kepada ibunya:"Wahai ibuju, kamu telah berdoa kepada Allah swt. dan Allah swt. telah menerima doamu. Sekarang aku mengadapi masalah yang rumit, oleh itu doakanlah kepada Allah swt. semoga dihindarkan aku dari bahaya ini."Setelah ibu juraij mendengar permintaan anaknya itu, lalu ibunya pun berdoa kepada Allah swt. supaya anaknya itu dijauhkan dari bahaya itu.Berkata ibu Juraij:"Ya Allah, jika Juraij ini kau hukum kerana doaku itu maka jauhkanlah ia dari bahaya ini."

Setelah Juraij bertemu dengan ibunya, ia pun kembali mengadap raja.Sampai saja di hadapan raja lalu ia berkata:"Di manakah perempuan dan bayi itu?" Apabila raja mendengar pertanyaan Juraij itu maka ia memerintahkan supaya wanita itu datang mengadap bersama bayinya.Raja itu bertanya sekali lagi pada wanita itu:"Benarkah Juraij yang merlakukan perbuatan ini?"Wanita itu sambil mempertahankan kata-katanya menjawab:"Memang benar, Juraij yang melakukan."

Apabila Juraij mendengar pengakuan wanita itu, lalu Juraij menghampiri bayi itu sambil meletakkan tangannya diatas bayi itu dan berkata:"Demi Tuhan yang menjadikan kamu, katakan siapakah ayahmu?"Maka bayi itu pon berkata:"Ayahku sebenarnya ialah Fulan pengembala kambing." Setelah wanita itu mendengar pengakuan bayinya, maka ia pun berkata:"Memang benar apa yang dikatakan oleh bayi itu."

Mendengar pengakuan bayi itu dan ibunya, raja itu pun berkata kepada Juraij:"Maafkan beta Juraij, izinkan beta membina semula tempat ibadat kamu dengan emas."Jawab Juraij:" Tidak perlu dengan emas."

Raja berkata lagi:"Kalau kamu tidak mahu dibina dengan emas biar aku bina dengan perak."Juraij berkata:"Itu pun tidak perlu, tetapi binalah kembali sepertimana asalnya dari bahan yang sama."

Ibrahim dari Muhajirin dan Mujahid berkata:"Tidak ada anak yang dapat berkata-kata ketika bayi kecuali 4: (1) Isa bin Maryam a.s (2) Bayi yang disebut dalam riwayat Ashhabul Ukhdud, (3) Bayi dalam riwayat Juraij Arrahib (4) Bayi yang menjadi saksi terhadap Nabi Yusof a.s. dalam ayat: Wasyahida syaa hidun min anliha (dalam surah Yusuf ayat 3-6)

Sekian....