Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Keunikan Papan Kekunci Terkini
KEYBOARD (PAPAN KEKUNCI)

Papan kekunci yang merupakan peranti input dan kawalan komputer telah mengalami perubahan teknologi serta rekabentuk bagi memastikan penggunaannya lebih selesa dan pelbagai. Rekabentuk ergonomik perlu diberi perhatian kerana ia mempengaruhi  penggunaan papan kekunci khususnya dari segi keselesaan penggunaanya.
          Selain mengekalkan rekaletak yang popular, kebanyakan pengeluar papan kekunci terkini turut melengkapi produk mereka dengan beberapa ciri istimewa seperti tempat merehatkan tangan (palm rest), pad sentuhan (touch pad), bebola terk (tackball, kekunci khas untuk kawalan dan fungsi khas), teknologi tanpa wayar (wireless) dan sebagainya.

Ciri-ciri ergonomik
         Bagi sesetengah papan kekunci ergonomik, rekaletak kekuncinya telah dipisahkan kepada dua bahagian di samping menggunakan rekabentuk yang bersifat semulajadi. Ini dikatakan melindungi pergelangan tangan pengguna yang terdiri daripada seberkas urat saraf yang menghubungkan antara jari dan tangan. Konsep yang dipakai ini adalah mudah. Selain itu, bentuk papan kekunci tersebut juga dibengkokkan sedikit agar penggunanya boleh meletakkan tangan mereka padanya dalam keadaan yang selesa. Sifat ergonomik ini adalah bertujuan untuk memberikan keselesaan dan fleksibiliti tambahan kepada tangan pengguna.
         Di samping itu terdapat bahagian tambahan yang berupa pad berkeluk selesa untuk merehatkan pergelangan tangan selepas menaip. Pad ini boleh dipasang atau ditanggalkan dengan mudah daripada bahagian utama papan kekunci itu jika ingin menjimatkan ruang atas meja.
         Selain itu terdapat juga papan kekunci yang masih mengekalkan rekaletak dan susunan seperti biasa. Jika ada perbezaan , cuma pada kedudukan kekunci tertentu sahaja.

Ciri-ciri kekunci
          Tidak semua papan kekunci terdiri daripada kekunci-kekunci yang sama saiznya walaupun sesebuah papan kekunci yang baik sepatutnya menyediakan saiz kekunci yang memadai untuk kepuasan bagi jari-jemari penggunanya. Mankala bagi bilangan kekunci juga haruslah mengikut piawaian (standard) yang ditetapkan iaitu samada berjumlah 100 atau 104 butir tanpa mengambil kira berapa kekunci tambahan.
           Dari segi tetanda pula, setiap kekunci biasanya ditandakan dengan huruf roman, angka dan simbol asas seperti yang terdapat pada kekunci mesin taip atau pun simbol tambahan bagi ajad seperti bahasa Arab, Cina dan sebagainya. Setiap kekunci juga boleh diprogramkan bagi mewakili simbol-simbol tertentu pada kekunci tersebut secara fizikalnya tidak tertera pada keunci tersebut misalnya melalui perisian aplikasi MS Word.
           Papan kekunci juga mempunyai warna-warna yang berlainan dipadankan dengan sistem komputer peribadi (PC). Pada masa yang sama kita juga jarang melihat PC ynag menggunakan papan kekunci berwarna hitam melainkan pada jenama tertentu dan kebanyakan komputer mudah-alih.
            Selain itu, terdapat juga papan kekunci standard yang dilengkapi dengan beberapa kekunci fungsian yang mungkin berbeza bilangannya.Ia diprogramkan dan berperanan untuk menjalankan fungsi tertentu dengan cepat. Dalam usaha mempelbagaikan kegunaannya ,beberapa kekunci khas atau pintasan turut disediakan dengan fungsinya yang tersendiri.
            Manakala kekunci dengan fungsi -fungsi khas Internet, biasanya akan mewakili arahan tertentu bagi pengawalan pelayar  Web popular. Walaupun bilangan dan fungsinya agak terhad, namun tangan pengguna mungkin tidak perlu berganjak daripada papan kekunci apabila mereka meluncuri laman-laman Web dalam Internet.

Ciri-ciri tambahan

            Keunikan papan kekunci terkini boleh dilihat pada teknologi penyambungannya yang digunakan untuk berkomunikasi dengan sistem komputer. Kini sudah ada papan kekunci yang menggunakan port USB (Universal Serial Bus) berbanding port selari pada kebanyakan papan kekunci biasa. Bagi papan kekunci yang tidak menggunakan wayar pula akan disokong oleh teknologi infra merah atau radio digital dan ia boleh berkomunikasi dengan komputer sejarak enam kaki.
            Salah satu ciri tambahan yang tidak kurang pentingnya ialah perlindungan terhadap tumpahan cecair pada papan kekunci. Ciri ini mampu melindungi papan kekunci tersebut daripada kerosakan. Manakala ciri penyerap bunyi yang terdapat pada setiap kekunci pula akan berfungsi mengurangkan kebisingan apabila kekunci tersebut ditekan dengan jari-jemari pengguna.