Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
undefined
undefined

Sejarah Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM)

Jabatan Penyiaran bermula dalam tahun 1946 sebagai Radio Malaya yang dipancarkan dari Singapura. Pada bulan Februari, 1959, sebuah Jabatan Penyiaran yang baru, khas untuk seluruh Tanah Melayu telah dimulakan di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur, bertempat di Rumah Persekutuan. Dengan penubuhan Malaysia pada 16 September, 1963, Radio Malaya bercantum dengan Radio Sabah (yang telah bermula sejak 1952) dan Radio Sarawak (yang bermula sejak 1954) menjadi Radio Malaysia. Pada 9 Mei, 1972, Radio Malaysia memulakan siaran dari Bangunan Angkasapuri, Kuala Lumpur.

TV Malaysia dilancarkan pada tahun 1963 di studio sementaranya di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Pada bukan Oktober, 1969 TV Malaysia dipindahkan ke Angkasapuri. Pada 17 November, 1969 Rangkaian Kedua telah dilancarkan. Pada 28 Disember, 1971 pula perkhidmatan TV dilancarkan dengan rasminya di Sabah.



Angkasapuri, Kuala Lumpur


Rakaman Drama

 


Rancangan Ehwal Islam

Bahagian-Bahagian

Radio dan Televisyen Malaysia dikendalikan oleh lima bahagian iaitu :

Penerbitan Rancangan Radio dan TV

Rancangan-rancangan yang disiarkan melalui kedua-dua media-Radio dan TV meliputi maklumat mengenai pembangunan negara, pembangunan ekonomi, pendidikan, kesedaran sivik, kebudayaan dan hiburan.

Melalui stesen di Ibu pejabatnya di Kuala Lumpur, Radio Malaysia Siaran Dalam Negeri menyiarkan rancangannya menerusi Rangkaian Nasional dalam Bahasa Malaysia, Rangkaian Biru dan Bahasa Inggeris, Rangkaian Hijau dalam Bahasa Cina dan Rangkaian Merah dalam Bahasa Tamil.

Radio Malaysia mengadakan siaran F.M. Stereo bagi menyiarkan rancangan hiburan dalam bentuk sterofonik dan siaran Ibu kota- RADIO MALAYSIA IBU KOTA, khas untuk pendengar-pendengar di sekitar Wilayah Persekutuan.

Radio Malaysia juga menyiarkan rancangan-rancangan khas untuk Orang Adsli dalam loghat Semai dan Temiar selama 14 jam seminggu.

Suara Malaysia

Radio Malaysia mengadakan siaran luar negeri atau SUARA MALAYSIA. Suara Malaysia  dilancarkan dalam tahun 1963. Perkhidmatan ini menyiarkan rancangan-rancangan dalam 18 bahasa yang memakan masa 168 jam seminggu.

FM Stereo

Perkhidmatan FM Stereo dimulakan pada 20 Jun, 1975 dengan tujuan menyediakan hiburan muzik yang bermutu dan stereofonik.

 

Siaran Ibukota

Siaran Ibukota telah dilaksanakan pada 5 November, 1973 bersempena dengan pengisytiharan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan. Selain menyiarkan rancangan-rancangan bercorak hiburan dan kebudayaan, Radio Malaysia Ibukota juga membuat hebahan-hebahan tentang keadaan lalulintas di jalan-jalan utama di bandaraya, jadual keretapi dan penerbangan, kerosakan dan gangguan perkhidmatan-perkhidmatan utama, harga barang di pasar-pasar besar dan sebagainya.


Penyunting Berita Mutakhir

 


Bilik Kejuteraan

 

 


Tunku Abdul Rahman melancarkan televisyen pada 28 Disember, 1963

 


Angkasapuri dirasmikan pada 17 Februari, 1968 oleh Tunku Abdul Rahman

 

 

 

RTM Sabah

Berikutan penubuhan Malaysia pada 16 September, 1963, Radio Sabah menukar pengenalannya kepada Radio Malaysia Sabah. Pada 28 Disember, 1971, penduduk Sabah telah dapat menerima siaran televisyen dalam hitam putih. Rangkaian III yang dipancarkan dari Kota Kinabalu mmenyiarkan siaran-siaran khas untuk Sabah dan Sarawak. Siaran warna telah dapat dinikmati denan terlaksananya hubungan video di antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Beberapa rancangan televisyen dari Sabah juga disiarkan ke seluruh negara melalui Rangkaian Nasional.

 

RTM Sarawak

Pada 16 September, 1963 juga,Radio Sarawak digabungkan dengan Radio Malaya dan menjadi Radio Malaysia Sarawak. Sejak itu penyiaran di Sarawak telah berkembang pesat. RTM Sarawak terus meningkat

 

Kejuruteraan

Bahagian Kejuruteraan menyediakan perkhidmatan kejuruteraan yang bertujuan mengadakan Pemancaran Siaran Radio dan TV yang kuat dan bebas dari gangguan ke seluruh negara dan keluar negeri.

Untuk mengadakan pemancaran Siaran Radio dan Televisyen yang dapat diterima dengan baik dan bebas dari gangguan ke seluruh negara dan keluar negeri.

Bahagian-bahagian di bawah Bahagian Kejuruteraan ialah :

Ibu Pejabat dan Perkhidmatan Am.
Pembangunan
Penyelidikan
Kendalian dan Penyenggaraan :-
Televisyen
Studio Radio
Pemancaran Radio (Kawasan-kawasan)
Latihan Kejuruteraan
Bahagian Kadet

Bahagian Latihan

Bahagian ini melatih kakitangan dalam berbagai bidang penyiaran. Kursus dan latihan dijalankan oleh Institut Penyiaran Tun Abdul Razak (IPTAR)