Topic: cerpen-puisi
Kenapa mesti menulis CERPEN TERBAIK? Kenapa mesti menulis PUISI TERBAIK? Bagaiman kalau kita tidak mampu untuk menulis cerpen terbaik atau puisi terbaik? Tentu kita akan kecewa kerana merasa gagal untuk menghasilkan tulisan atau KARYA SASTERA yang bermutu.
Memang, kebanyakkan penulis bercita2 untuk memenangi SAYEMBARA HADIAH SASTERA atau pertandingan menulis yang dianjurkan mana2 badan penganjur.
Tetapi hendaklah kita sedar, bukan semua PENULIS CERPEN atau PENYAIR PUISI yang mampu menghasilkan cerpen terbaik atau puisi terbaik setiap kali menulis. Menulis itu tentu memerlukan masa dan ketekunan serta kebolehan yang telah dipupuk agak lama juga. Apa yang penting ialah minat menulis. Tanpa minat dan latihan menulis yang lama tentu seseorang itu akan putus ditengah jalan.
Kita hendaklah mempunyai sikap terus menulis.
Tidak kira sama-ada tulisan kita bermutu atau tidak. Yang pentingnya ialah terus dan terus dan terus menulis. Kita berhak untuk melahirkan luahan rasa kita melalui penulisan walaupun kita tidak pandai menulis.
Jangan peduli apa orang lain kata.
Jika kita terlalu mengambil hati terhadap kata2 orang lain yang tidak berapa senang dengan tulisan kita, ini tentu akan menjejas kelakonan kita.
Akhir kata... selamat menulis dan ceria selalau.