Topic: cerpen-puisi
Baru2 ini aku terbaca didalam akhbar berita harian Singapura tentang nasib seorang wanita melayu Islam Singapura yang telah didenda oleh pemerintah Singapura kerana gagal didalam peperiksaan untuk kelayakkan bekerja sebagai seorang guru. Beliau telah mengikat bond dengan kementerian pelajaran Singapura dan telah pun mengetahui syarat2 perjanjian.
Wanita itu telah gagal didalam memenuhi syarat2 perjajian tersebut dan telah didenda supaya membayar berpuluh2 ribu dollar kepada pihak kementerian!
Kesian! ..... Kesian!
Didada akbar tersebut, terpampang gambar wanita itu sedang menangis sambil menutup wajahnya!
Aku merasa terharu dan tumpang merasa sedih.
Bayangkanlah saudara...!
Nasib saorang wanita yang akan menanggung hutang berpuluh2 ribu dollar didalam hidupnya!... semata2 kerana keinginan beliau untuk menjadi seorang guru buat mengajar dan mendidik anak negerinya!
Itulah padahnya!
Harga sebuah kegagalan.
Harga sebuah cita2 dan impian.
Itulah hati budi pemerintah Singapura kepada rakyatnya.
Pembunuh semangat rakyat untuk mengejar kemajuan dan kebaikkan!
Mencari kebencian rakyat!
Itulah salah satu kesah kehidupan diSingapura!
Itulah dia sistem Singapura.
Tentang rakyatnya dan tentang pemerintahnya.
Dimankah sifat kemanusian? Dimanakah sifat kaseh-sayang? Dimanakah sifat mengambil berat nasib seseorang?.......
Dinegara maju diSingapura dengan segala gerak pantas dan segala perlumbaan.... segala2nya boleh berlaku.
Nasihatku kepada yang lain....
Berhati2lah hidup diSingapura.
Kerana.... rambut sama hitam, hati lain-lain!
Hendaklah kita sedar...
DiSingapura adalah tempat mengejar-menimbun harta dan kekayaan. Sifat mengambil untung dan pentingkan diri sendiri sudah menjadi biasa.
Sifat bermain kata dan berpura-pura adalah pakaian biasa. Sifat menutup aib malu untuk melindungi kepentingan diri sendiri dari dikata orang adalah kepandaian semua!
Berhati2lah kalau bercita2 tinggi diSingapura!
Ramai yang cemburu.
Hidup biarlah sederhana. Rajin menuntut ilmu sepanjang hayat.
Menuntut ilmu dan terus belajar tidak perlu kepada ijazah dan pengiktirafan! Ijazah dan pengiktirafan hanyalah semata2 untuk mendapat pekerjaan!
Tidak perlu dan pantang meminta bantuan kepada yang tidak mengerti!
Percayalah tentang sifat berusaha mencari rezaki. Kerana rezeki Tuhan ada dimana-mana!
Jangan takut susah dan miskin.
Yang perlu ditakuti itu ialah hilang sifat jati diri dan keyakinan - kekuatan beragama.
Inshaallah.....!