Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

HEPATITIS

PENGENALAN TENTANG HEPATITIS

       Penyakit hepatitis oleh kalangan awam sering diertikan sebagai penyakit kuning, namun sebenarnya istilah itu tidak terlalu tepat kerana penyakit hepatitis tidak selalu menyebabkan kulit atau putih mata (sklera) menjadi kuning. Sebaliknya penyakit kuning tidak selalu disebabkan oleh hepatitis.

       Istilah "Hepatitis" dipakai untuk semua jenis peradangan pada hati (liver). Terdapat pelbagai jenis penyebab hepatitis, bermula dengan virus sehingga ubat-ubatan, termasuk ubatan tradisional dan alkohol. Virus hepatitis juga ada beberapa jenis iaitu, hepatitis A, hepatitis B, C, D, E, F dan G. Manifestasi penyakit hepatitis akibat virus bisa akut boleh membawa kepada hepatitis kronik dan ada pula yang kemudian menjadi kanser hati.

       Gejala hepatitis menular dengan pelbagai cara sama ada melalui tabiat pemakanan yang tidak baik, pengambilan dadah berlebihan, dan tabiat seks yang tidak sihat. Penyakit ini boleh dijangkiti melalui amalan seharian seperti penggunaan peralatan yang digunakan oleh pesakit dan melalui perkahwinan di mana virus diturunkan kepada anak di dalam kandungan.

       Antara tanda-tanda atau gejala hepatitis adalah seperti rasa sakit pada bahagian perut, kulit dan mata berwarna kuning dan berlaku pembengkakan atau pembesaran hati yang kadangkala disertai dengan demam. Terdapat juga pelbagai kaedah rawatan yang boleh digunakan untuk merawat penyakit hepatitis. Kebanyakan kaedah yang digunakan lebih kurang sama dengan kaedah untuk merawat kanser. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyakit ini, anda boleh mendapatkan maklumat dari laman-laman yang berkaitan di bawah.

Laman Berkaitan




  UTAMA       PENGENALAN       KANSER


  LEUKEMIA       HEMOFILIA