PENGENALAN KEPADA KANSER
       Kanser merupakan kumpulan penyakit yang terdiri daripada 210 jenis penyakit. Kanser merupakan antara 10 penyebab utama kanser. Di Malaysia, anggaran penduduk yang menghidap kanser adalah seramai 150 daripada 100,000 penduduk. Kanser boleh dielakkan melalui perubahan gaya hidup dan keadaan persekitaran yang baik.
       Kanser merupakan sejenis penyakit yang berkaitan dengan sel. Secara normal sel akan mati akibat peningkatan umur atau mengalami kecederaan dan tubuh akan menggantikan sel ini dengan jumlah dan jenis yang betul. Kadangkala sel ini akan bertambah dan berkembang tanpa henti. Sel yang tidak normal ini dipanggil tumor. Tumor akan mengelilingi sel dan mengambil khasiat daripada sel. Tumor ini mungkin adalah kanser dan ia akan berkembang dan tersebar ke organ badan melalui saluran darah dan limpa.
       Di dalam laman web ini terdapat dua jenis kanser yang dibincangkan secara terperinci iaitu :
PUNCA     SIMPTOM     RAWATAN
HEPATITIS     LEUKEMIA     HEMOFILIA