KAEDAH PENCEGAHAN
       Kanser payudara boleh dicegah jika ia dapat dikesan
diperingkat awal. Kanser payudara merupakan salah satu kanser yang paling mudah untuk dikesan.
       Pengesanan peringkat awal menggunakan kaedah
Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) seharusnya dilakukan
oleh wanita yang berusia 20 tahun ke atas setiap bulan. Bagi wanita yang melebihi usia 30 tahun pula,
mereka perlu juga mendapatkan pemeriksaan doktor setiap tahun.
       Pemeriksaan secara tetap membolehkan seseorang mengesan
kanser payudara pada peringkat awal di mana rawatan adalah lebih berkesan.
       Pemeriksaan dengan kaedah PSP perlu dilakukan setiap bulan.
Sekiranya seorang wanita masih dalam tempoh menstruasi, PSP boleh dilakukan antara hari ke-7 hingga ke-10
selepas bermulanya menstruasi.
       Sekiranya jangkamasa menstruasi tidak menentu atau telah
menapous, PSP dilakukan pada satu hari yang ditetapkan setiap bulan. Pilih hari yang mudah diingati seperti
pertama atau akhir setiap bulan.
Bagaimana Melakukan PSP
- Melihat perubahan pada cermin
- Kedudukan 1
- Lihat diri anda di hadapan cermin.
- Kedudukan 2
- Angkat kedua-dua belah tangan ke atas kepala anda. Periksa payudara dari pelbagai sudut.
- Kedudukan 3
- Berdiri tegak di hadapan cermin dengan tangan di sisi. Pusing ke
kiri dan ke kanan untuk mengesan sebarang perubahan pada payudara.
- Kedudukan 4
- Tegangkan otot bahagian dada dengan mencekak pinggang dan menolak ke bawah.
Tanda amaran yang perlu diberi perhatian adalah seperti :
- Benjolan pada payudara atau ketiak
- Perubahan bentuk dan saiz payudara yang luarbiasa
- Kerutan atau lekuk yang luarbiasa
- Puting payudara tertarik ke dalam
- Pendarahan atau lelehan yang luarbiasa dari puting payudara
- Mengesan perubahan dengan cara berbaring
- Langkah 1: Persediaan
- Mulakan dengan PAYUDARA KANAN. Baring mengiring ke kiri dengan membengkokkan kedua-dua lutut anda.Letakkan bantal atau tuala mandi yang telah dilipat di bawah bahu sebelah kanan untuk menaikkan bahagian yang akan diperiksa. Kemudian letakkan tangan kanan anda di bawah kepala.
- Gunakan tangan kiri anda untuk memeriksa payudara kanan anda. Gunakan tapak jari-jari anda untuk memeriksa sebarang BENJOLAN atau PENEBALAN.
- Periksa Payudara anda dengan menggunakan Kaedah- Urutan Menegak (Vertical Strip) don Kaedah Pusingan (Circular).
- Langkah 2: Pemeriksaan Payudara Kaedah Urutan Menegak
- Periksa seluruh kawasan payudara dalam corak urutan menegak, dari tulang selangka di bahagian atas kegarisan kutang (bra-line) di bahagian bawah; dan dari garis-tengah antara kedua payudara anda ke garis tengah di bahagian bawah ketiak anda Megunakan tangan kiri, mulakan urutan pertama di ketiak anda. Buat pusingan ringan dan kemudian tekan kuat di tempat ini untuk merasakan sebarang benjolan atau penebalan.
- Gerakkan tangan anda perlahan-lahan ke bawah ke arah garis-kutang menggunakan pusingan ringan dan tekanan kuat di setiap tempat. Di bahagian bawah garis-kutang lebih kurang dua sentimeter ke kiri dan terus kearah atas menuju tulang selangka anda dengan melakukan pusingan dan tekanan. Bergeraklah ke atas dan ke bawah mengikut urutan dan liputi seluruh kawasan yang di tunjukkan.
- Langkah 3 : Pemeriksaan Payudara Kaedah Pusingan
- Bermula di bahagian atas payudara anda, buat pusingan yang besar. Bergeraklah sekeliling payudara anda dengan memerhatikan sebarang benjolan atau penebalan yang luar biasa.
- Buat sekurang-kurangnya tiga pusingan kecil sehingga anda sampai ke puting payudara. Lakukan ini sebanyak dua kali, sekali dengan tekanan ringan dan sekali dengan tekanan kuat. Jangan lupa periksa bahagian bawah areola (kawasan hitam).
- Langkah 4 : Pemeriksaan Lelehan Di Puting Payudara
- Menggunakah kedua-dua belah tangan, tekan payudara anda untuk melihat sama ada terdapat sebarang lelehan luarbiasa dari puting payudara.
- Langkah 5 :Memeriksa Ketiak Anda
- Jatuhkan tangan kanan anda ke sisi dan rasa ketiak anda dengan teliti untuk mengesan sebarang benjolan.
* Ulangi langkah yang sama pada payudara kiri dengan menggunakan tangan kanan
RAWATAN    
KANSER    
KANSER PAYUDARA    
KANSER PARU-PARU    
HEPATITIS    
LEUKEMIA    
HEMOFILIA