Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

 

LATAR BELAKANG

                    

Kuching (Cat city)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BAU

            Daerah Bau terletak di sebelah Barat Negeri Sarawak dan dihubungi dengan jalan raya sejauh kira-kira 36km dari Ibu Kota Negeri Sarawak, iaitu Bandaraya Kuching.  Daerah ini meliputi keluaran kira-kira 884.4km persegi dan mempunyai penduduk seramai 36526 orang.  Bau adalah salah satu daerah berbukit-bukau, bergunung-ganang dan berbatu kapur.  Namun demikian, daerah ini menarik pelabur-pelabur dari dalam dan luar negeri dan negara untuk melabur dan mencari gali logam seperti emas, perak dan juga pengusahaan batu “guarry”.

Terdapat dua buah kisah tentang asal usul nama Bau.  Salah satu kisah daripadanya adalah seperti berikut:Orang putih menyebut “Bau” sebagai “Bow”.  Nama asalnya ilah “Mau San” atau “Bukit Mau”.  “Bau” berkaitan dengan kebakaran di Mau San (Bau Lama) dalam tahun 1857, di mana beratus-ratus perempuan dan kanak-kanak mati terbakar atau sesak nafas dalam Gua Hantu. Kisah kedua adalah merujuk kepada nama “Mau San” iaitu Bau Lama kerana bunyi “Mau” dan “Bau” agaklah sama menyebabkan bumiputera yang tidak mahir bertutur dalam Bahasa Cina menyebut menjadi “Bau”.  Lama-kelamaan kesalahan ini telah menyebabkan kewujudkan nama Bau.

Kini, Bau terdiri daripada beberapa kaum.  Antara kaum yang terbesar bilangannya di daerah ini adalah kaum Bidayuh berbanding dengan kaum Cina, Melayu dan lain-lain.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kuching merupakan ibu negeri bagi Sarawak dalam Malaysia. Kedudukan Kuching terletak  di sepanjang tebing sungai Sarawak iaitu kira-kira 40 kilometer dari kuala sungai. Kuching bukan sahaja sebagai tempat pentadbiran tetapi juga merupakan tempat kewangan dan perdagangan di Sarawak.

 

Menurut sejarah Brunei Darussalam, kira-kira tahun 1820, Sultan Muhammad Kanzul Alam menitah Pengiran Mohd. Salleh yang tinggal di Sambas untuk kembali ke Brunei. Tujuh tahun kemudian, beliau dihantar ke Sarawak untuk mewakilkan Sultan Brunei memegang jawatan sebagai Gabenor Sarawak. Pengiran Indera Mahkota pula menetapkan Kuching sebagai Bandar utama yang ketiga tahun 1827. Pada 15 Ogos 1839, semasa kedatangan James Brooke ke Kuching dengan kapalnya “Royalist”, Kuching pada masa itu hanyalah satu kawasa penempatan yang kecil. Kediaman Rajah muda terletak di sebelah kiri tebing sungai yang dikelilingi oleh kampung Melayu.  Di seberang sungai kampung Melayu pula, terdapat sebaris kedai yang dibuka oleh penduduk cina. Kawasan di situ hanya terdapat lebih kurang 600-800 penduduk

cina. Walau bagaimanapun, satu kebakaran besar berlaku di kuching pada 20 Januari 1844 dan kebakaran ini hampir menyebabkan kemusnahan semua  kedai. Pada tahun 1847, jumlah populasi Kuching meningkat kepada 8000 orang. Pada 1 Ogos 1988, kuching secara rasminya dijadikan Bandar atau dikenali sebagai Bandar Kuching. Satu bentuk ukiran kucing diletak di kawasan padungan sebagai lambang Bandar Kuching.