Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
 
 
 #  Bertemankan si pembuat haruman...  
      walaupun tidak meramu wangian....  
      namun harum aromanya tersebar jua.  
      Bertemankan si pembuat besi.......  
      walaupun tidak menempa besi.......  
      percikan baranya terkena jua...  
 
  Taz 1: KEDATANGAN DAJJAL - (untuk renungan)  

          Ada riwayat Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais
      mengatakan: "Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w
      memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat
      bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke
      atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan
      berkata: "Jangan ada yang bergerak. Hendaklah semua duduk di
      atas sajadahnya." Kemudian berkata: "Tahukah kamu mengapa
      aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?" Kami
      menjawab: "Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu."

          Rasulullah s.a.w berkata lagi: "Demi Allah aku menyuruh
      kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan
      memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu
      bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia
      datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita
      kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal. Kisah yang dia
      ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada
      kamu sebelumnya.

          Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan
      menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar
      membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas.
      Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga
      terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka
      terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di
      pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan
      binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana
      jantina dan duburnya.

          Mereka bertanya kepada binatang itu: "Makhluk apa engkau
      ini?" Binatang itu menjawab: "Saya adalah Al-Jassasah." Mereka
      tanya: "Apa itu Al-Jassasah?" Binatang itu hanya menjawab:
      "Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk
      menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin
      berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang
      ditunjukkan oleh binatang itu.

          Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar
      dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar
      itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi,
      begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya. Mereka
      bertanya: "Siapakah anda?" Orang seperti raksaksa itu
      menjawab: "Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang
      aku pula ingin bertanya: "Siapa kamu ini?"

          Mereka menjawab: "Kami adalah manusia berbangsa Arab.
      Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar
      membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami
      berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di
      pulau yang tuan tempati ini.

      "Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal
      bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami
      tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya
      dia hanya menjawab: "Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke
      tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia
      pun ingin berjumpa dengan kamu."

          Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami
      sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan
      sebenarnya." Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab
      soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan: "Ceritakan
      kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu," nama
      tempat di negeri Syam. Mereka menjawab: "Keadaan apanya
      yang tuan maksudkan?" Orang besar itu menjawab: "Maksudku
      apakah pokok kurma itu berbuah?" Setelah mereka menjawab
      bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata:
      "Aku takut pokok itu tidak berbuah."

          Orang besar itu bertanya lagi: "Ceritakan kepadaku tentang
      sungai Tabarah." Mereka menjawab: "Tentang apanya yang tuan
      maksudkan?" Lelaki itu menjawab: "Maksudku airnya apakah
      masih ada." Mereka menjawab: "Airnya tidak susut." Lelaki itu
      berkata: "Air sungai itu disangsikan akan kering."

          Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: "Kalau begitu
      ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia
      buat?" Mereka menjawab: "Dia telah berhijrah dari Makkah ke
      Madinah." Lelaki itu bertanya lagi: "Apakah dia diperangi oleh
      orang-orang Arab?" Mereka menjawab: "Ya, dia diperangi oleh
      orang-orang Arab." Lelaki itu bertanya lagi: "Kalau begitu apa
      pula tindakan dia terhadap mereka?" Mereka ceritakan bahawa
      Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah
      ramai pengikutnya.

          Orang besar itu berkata lagi: "Memang begitulah, padahal
      mereka beruntung jika taat kepadanya." Kata orang besar itu
      lagi: "Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah
      Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun
      akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah
          dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku
      tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal
      oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya."

          Kata Tamim Al-Dariy lagi, "Rasulullah s.a.w menekankan
      tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: "Inilah negeri yang
      tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara
      sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?"
      Mereka menjawab: "Ya, sudah ya Rasulullah." Rasulullah s.a.w
      berkata lagi: "Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan
      saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku
     sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan
     Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia
      ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak,
     bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur," kata Rasulullah
      s.a.w sambil menunjuk ke arah timur.
          Rasulullah s.a.w telah menguatkan lagi bahawa Dajjal akan
      datang dari arah timur. Ada yang mengatakan bahawa Dajjal
      akan datang dari Khurasan atau Asfihan.

        Khutbah Rasulullah SAW tentang Dajjal

         Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: "Rasululah s.a.w
telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu
Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah
bersabda: "Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka
bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh
Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada
mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang
terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu
tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu.
Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di
tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi
setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka
setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan
menjaga orang-orang mukmin.

          "Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan
Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali.
Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan
saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum
diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.

          "Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi.
Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia
mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar
tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat
matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama
dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis
KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai
membaca atau buta huruf.

            Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka.
Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu
neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya
dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada
Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka
nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi
Ibrahim itu menjadi sejuk.

       "Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab:
"Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang
sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku
sebagai Tuhanmu?" Orang Arab itu akan berkata: "Tentu." Maka
syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya
sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya
berkata kepadanya: "Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya
dialah Tuhanmu."
di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh
dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai:
"Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini,
sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang
mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya:
"Siapa Tuhanmu?" Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan
orang beriman, menjawab: "Tuhanku adalah Allah, sedangkan
engkau adalah musuh Allah."
Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang
yang paling tinggi darjatnya di syurga."

          Kata Rasulullah s.a.w lagi: "Di antara tipu dayanya juga dia suruh
langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia
suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba
tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia,
Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan
mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan
yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak
menjadi.

      "Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya
kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai
Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka
dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.

      "Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi
Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak
dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia
hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun
demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota
Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika
itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak
tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi
bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut
Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.

         Dalam hadis yang lain, "di antara fitnah atau tipu daya yang
dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka
mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan
yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan
hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di
satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya.
Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang
demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya
dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya.
Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman
mereka subur."

        Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda:
"Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun
orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak
dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang
amanah tidak dipercayai."

        Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada
bersabda: "Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu
datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak
sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di
luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang
munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan
cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan
Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu.

         Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah
membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan
karat-karat besi."

         Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a.
mengatakan: "Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke
rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis
beliau bertanya: "Mengapa menangis?" Saya menjawab: "Ya
Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut
mendengarnya."
Rasulullah s.a.w berkata: "Seandainya Dajjal datang pada waktu
aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari
gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan
kamu tidak buta dan cacat."

        Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda:
"Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada
agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat
 puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu
hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu
 minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa."

        Ada yang bertanya: "Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa
 satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?"
 Rasulullah s.a.w menjawab: "Ukurlah berapa jarak solat yang
 lima waktu itu."
       Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: "Akulah Tuhan
 sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah
 kamu bermaksud menahannya?" Katanya sambil ditahannya
 matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau
 satu bulan.

       Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia
 berkata kepada manusia: "Sekarang apakah kamu ingin supaya
 matahari itu berjalan?" Mereka semua menjawab: "Ya, kami
 ingin." Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan
 menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.

       Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan
 keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di
 tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun
 tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau
 empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin
 Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas'ud dan
 kemudian membunuh Dajjal itu."

      Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua
 penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal.
 Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal
 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita.
 

       Wallahu A'lam.

 "Sesungguhnya hanya Allah lebih Mengetahui RahsiaNya.."
 
  #send by Azizah(UKM)

Taz 2:  IMAM MAHDI

   Segala Puja dan Puji Bagi Allah, Tuhan sekelian
                  alam...

Alhamdulillah...Allah masih memberi peluang kepada kita untuk menyedut
dan menghembuskan nafas di ruang udara permukaan bumi Nya ini...
kali ini ana ingin bercerita mengenai kedatangan imam mahdi...iaitu
salah satu drp 3 yang akan datang menjelangnya akhir zaman...

   Ada disebutkan dalam Atsar, kata-kata sahabat yang menerangkan
tanda-tanda sudah dekatnya kemunculan Imam Mahdi. Menurut riwayat
apabila sudah dekat kedatangan Imam Mahdi akan banyaklah terjadinya
peperangan, bencana dan bala..

Pada masa itu nanti semakin banyaklah terjadi pembunuhan dan
peperangan. Orang mahu berbunuh-bunuhan sesama sendiri kerana masalah
yang remeh-temeh. Antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain,
begitu juga dengan negara dengan negara lain berperang kerana masalah
yang kecil. Bencana semakin banyak berlaku..seperti gempa bumi,
letusan gunung berapi, puting beliung, banjir dan sebagainya.. Begitu
juga dengan penyakit, semakin banyak jenis penyakit dan semakin
ramailah manusia yang berpenyakit...

Akhwat yang di kasihi sekelian..
   Menjelang datangnya imam mahdi ini..akan muncullah api yang besar
dari arah Masyriq (tempat terbenamnya matahari) dan menerangi seluruh
ufuk selama 3 malam. Pada masa itu juga nanti, lengkaplah orang2 yang
mengaku dirinya sebagai nabi seramai 60 orang. Masa itu, tenggelamlah
kampung2 di negeri syam. Akan datang angin yang hitam yang menyebabkan
ramai manusia yang mati. sungai Furat di Iraq akan melimpah yang
menyebabkan Kota Kufah tenggelam. Akan terdengar suara seruan dari
langit. Suara itu dapat didengar oleh seluruh manusia yang ada di
dunia. dan yang paling menghairankan lagi, suara itu dapat difahami
oleh semua orang. Ini kerana,semua orang mendengar panggilan itu dalam
bahasa sendiri...bangsa Arab mendengarnya dalam bahasa Arab...melayu
akan mendengarnya dalam bahasa melayu dan lain-lain.

   Pada masa itu juga, terdengarlah suara pada tengah malam bulan
Ramadhan yang menyebabkan semua orang yang tidur terbangun ..banyak
pembunuhan dan banyak peperangan berlaku sehinggakan darah mengalir di
jalan2 raya..Orang semakin berani berbuat jahat tidak kira tempat dan
waktu..

    Pada masa itu nanti, yang diangkat menjadi pemimpin terdiri dari pada
orang2 jahat. Pemimpin jahat dan orang yang dipimpin pun sama2 jahat.
Dalam sebuah hadis ada menyatakan bahawa manusia pada zaman itu yang
beriman pada petangnya tetapi esoknya sudah menjadi kafir. Bukan
bererti petangnya dia islam..tetapi esoknya yahudi atau
nasrani...Maksudnya disini..banyaknya orang nanti akan kafir
nikmat..Apa2 saja yang dikurniakan oleh Allah tidak disyukuri dan
tidak digunakan di jalan yang diredhai Allah...

    Menjelang turunnya imam mahdi..dikatakan tentera dari Turki akan
datang ke Jazirah arab. Mereka datang untuk menakluki tanah2 jazirah
arab. Mereka bunuh pemimpin2 dan mereka kuasai daerahnya.

     Dalam keadaan dunia yang huru hara itu..muncullah Imam
Mahdi..Beliau datang untuk meneruskan perjuangan datuknya.,iaitu
junjungan mulia..Nabi Muhamad S.A.W..untuk mengatasi kekalutan di muka
bumi ini..Semua makhluk di muka bumi ini...gembira dengan kedatangan
Imam Mahdi..Bukan saja dari kalangan manusia..bahkan binatang
buas...burung2 dan lain2 lagi...

   Imam Mahdi itu adalah seorang lelaki yang soleh daripada keturunan
nabi Muhamad..Dia diangkat menjadi pemimpin ketika manusia di seluruh
dunia begitu buruk keadaanya..Imam Mahdi akan diangkat sebagai
pemimpin setelah dilihat beliau berilmu, berakhlak dan mempunyai
banyak kelebihan..manusia pada zaman itu berharap agar Imam Mahdi ini
dapat mengembalikan dunia kepada kebaikan...Imam Mahdi itu..tidak
mengetahui bahawa dirinya itu adalah Imam Mahdi..yang ditakdirkan oleh
Allah untuk diutus ke dunia...sebagai penyelamat umat akhir
zaman..Begitu juga dengan umat akhir zaman...tidak tahu bahawa orang
yang diangkatnya itu adalah Imam Mahdi...

    Imam mahdi ini akan diketahui adalah Imam Mahdi apabila dia telah
memegang pimpinan..Beliau akan menunjukkan perilaku yang baik,
mengajak manusia ke arah kebaikan dan mencegak kemungkaran..

     Mengapa manusia yang sudah begitu lama bergelumang dengan dosa
mahu diajak kepada kebenaran? Keadaan ini samalah seperti zaman
jahiliyah dulu...sebelum kedatangan rasulullah...rasulullah datang
menyeru kepada islam...orang akan mengikutnya..walaupun baginda
terpaksa menghadapi penderitaan dan kesusahan yang dasyat....Keadilan
dapat ditegakkan di zaman rasulullah ..kerana masyarakat yg baik dan
beriman...kuranglah malapetaka dan musibah yang menimpa..Bahkan rahmat
Allah datang bagaikan air yang meimpah ruah..tak terkata nikmatnya...

     Umat akhir zaman...setelah dunia amam makmur kembali..seperti
zaman kegemilangan islam satu masa dulu....maka pada masa itulah,
tahulah mereka bahawa pemimpin mereka itu..adalah Imam Mahdi...

sahabat yang dirahmati Allah...
   banyak pengajaran yang boleh kita perolehi daripada cerita di
atas...takutlah kita pada azab Allah..sama2lah kita ambil
iktibar...dan berjuang di jalan Allah selagi sisa hidup masih
ada...selagi tenaga ini masih bertenaga...moga2 apa yang kita
lakukan..mendapat keredhaan Allah..ameen...

sekian dulu...yang baik datangnya dari Allah jua..dan yang lemah itu
datangnya dari hamba Nya ini...

wasalam.

al faqir ilallah

#send by Azizah(UKM)

Taz 3:  PAKU PAKU DI TIANG

 Beberapa ketika yang silam, ada seorang ikhwah yang mempunyai seorang
anak lelaki bernama Mat. Mat membesar menjadi seorang yang lalai
 menunaikan suruhan agama. Meskipun telah berbuih ajakan dan nasihat,
 suruhan dan perintah dari ayahnya agar Mat bersembahyang, puasa dan
 lain-lain amal kebajikan, dia tetap meninggalkannya. Sebaliknya
amal kejahatan pula yang menjadi kebiasaannya. Kaki judi, kaki botol, dan
 seribu satu macam jenis kaki lagi menjadi kemegahannya.

 Suatu hari ikhwah tadi memanggil anaknya dan berkata, "Mat, kau nii
 terlalu sangat lalai dan berbuat kemungkaran. Mulai hari ini aku akan
 pacakkan satu tiang di tengah halaman rumah kita. Setiap kali kau
 berbuat satu kejahatan, maka aku akan benamkan satu paku ke tiang
ini.

 Dan setiap kali kau berbuat satu kebajikan, sebatang paku akan
ku cabut keluar dari tiang ini."
 Bapanya berbuat sepertimana yang dia janjikan, dan setiap hari dia
 akan
 memukul beberapa batang paku ke tiang tersebut. Kadang-kadang sampai
 berpuluh paku dalam satu hari. Jarang-jarang benar dia mencabut
keluar paku dari tiang.

 Hari bersilih ganti, beberapa purnama berlalu, dari musim ribut
 tengkujuh berganti kemarau panjang. Tahun demi tahun beredar lepas.
 Tiang yang berdiri megah di halaman kini telah hampir dipenuhi dengan
 tusukan paku-paku dari bawah sampai ke atas. Hampir setiap permukaan
tiang itu dipenuhi dengan paku-paku.

Ada yang berkarat lepat dek kerana hujan dan panas.
 Setelah melihat keadaan tiang yang bersusukan dengan paku-paku yang
 menjijikkan pandangan mata, timbullah rasa malu dan keinsafan dalam
diri
 Mat kerana selama ini bergelumang dalam dosa dan noda. Maka dia pun
 berazamlah untuk memperbaiki dirinya. Mulai detik itu, Mat mula
 sembahyang. Hari itu saja lima butir paku dicabut ayahnya dari tiang.

 Besoknya sembahyang lagi ditambah dengan sunat-sunatnya.
Lebih banyak lagi paku tercabut. Hari berikutnya Mat tinggalkan
sisa-sisa maksiat yang melekat. Maka semakin banyaklah tercabut
paku-paku tadi. Hari demi hari, semakin banyak kebaikan yang
Mat lakukan dan semakin banyak maksiat yang ditinggal,
hingga akhirnya hanya tinggal sebatang paku yang
 tinggal melekat di tiang. Maka ayahnyapun memanggillah anaknya dan
 berkata: "Lihatlah anakku, ini paku terakhir, dan akan aku
cabutkannya keluar sekarang.

Tidakkah kamu gembira?
 Mat merenung pada tiang tersebut, tapi disebalik melahirkan rasa
 gembira sebagai yang disangkakan oleh ayahnya, dia mula menangis
teresak-esak.

 "Kenapa anakku?" tanya ayahnya, "aku menyangkakan tentunya kau
gembira kerana semua paku-paku tadi telah tiada.

 Dalam nada yang sayu Mat mengeluh, "Wahai ayahku, sungguh benar
katamu, paku-paku itu telah tiada, tapi aku bersedih kerana parut-parut
lubang dari paku itu tetap kekal di tiang, bersama dengan karatnya."

#send by Nina # Malaycafe

Taz 4: VALENTINE DAY

Paderi St. Valentino merupakan seorang paderi utama yang hidup pada zaman
pemerintahan Ratu Isabella dan  merupakan antara orang terpenting yang menjatuhkan
dan menzalimi umat Islam Cordova, Sepanyol pada zaman lampau.

Rasulullah lahir pada 12 Rabiulawal manakala tarikh kejayaan St. Valentino dan
konco-konconya menawan Cordova daripada umat Islam ialah pada 14 Februari.
Tetapi apa yang peliknya terutama di kalangan umat Islam sendiri, tarikh 14 Februari
lebih senang untuk diingati berbanding 12 Rabiul Awal itu sendiri.

Setiap tahun 14 Februari diingati sebagai Hari Kekasih yang di kalangan
sesetengah umat Islam amat rugi jika dilupakan. Hari ini ia disambut lagi dengan
pelbagai acara yang dianggap oleh pasangan kekasih paling istimewa.
Ada yang saling bertukar-tukar bunga ros, mengadakan acara makan malam
dengan disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga
dan sebagainya. Ada pula yang berpendapat, Hari Mengingati Kekasih juga adalah
untuk mengingati orang lain yang dikasihi selain kekasih seperti ibu bapa dan sebagainya.

Misalnya, di Sarawak tahun lalu, media-media tempatannya juga tidak terkecuali.
Tanpa mengira sama ada sidang pengarangnya terdiri daripada umat Islam atau tidak,
ada media yang mengucapkan Selamat Hari Valentine,
menganjurkan Pertandingan Hari Valentine malah ada juga media
Melayu tempatan yang menganggap Hari Valentine sebagai legenda pada
tajuk salah satu rencananya. Malah ada juga media elektronik yang mewujudkan
satu program hiburan sempena Hari Valentine.

Siapakah sebenarnya orang yang bernama Valentine ini sehingga diangkat
begitu agung sekali dan di kalangan umat Islam sendiri popularitinya melebihi Rasulullah.

Pensyarah Perbandingan Agama, Akademi Islam, Universiti Malaya,
Khadijah Mohd. Hambali berkata, Valentine atau nama sebenarnya
St. Valentino merupakan seorang paderi paling berpengaruh di zaman
pemerintahan Ratu Isabella dari  Sepanyol. Kedudukannya dikatakan
di tempat kedua selepas Pope. Kaitannya dengan Hari Valentine yang
disambut oleh  masyarakat dunia hari ini termasuk di kalangan umat Islam
sendiri mempunyai dua versi.

Versi pertama ialah dia merupakan orang terpenting Ratu Isabella yang
berperanan menumpaskan kerajaan Islam Cordova, Sepanyol.
Jasanya itu dianggap oleh Ratu Isabella sebagai amat bermakna
sehingga Valentino dianggap kekasih rakyatnya  sendiri.
Justeru itu 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum di samping
hari untuk merayakan kemenangan tersebut setiap  tahun sekaligus
mengenangnya sebagai mengingati St. Valentino sebagai rakyat Cordova.

Sehingga ke hari ini, peristiwa kemenangan St. Valentino tersebut terus
diingati dan rakyat Cordova mengingatinya semula dengan melakon semula
kejayaan tentera Ratu Cordova Isabella itu. Menurut versi kedua pula,
St. Valentino sebelum kejayaan itu dikatakan mempunyai dua orang kekasih.

Kekasih pertama dikatakan beragama Islam manakala yang kedua
beragama Kristian berfahaman Protestan. Oleh kerana lain agama,
St. Valentino terpaksa melupakan kekasih pertama dan menumpukan perhatian
kepada kekasih kedua. Apabila ditanya Ratu Isabella apakah bentuk
ganjaran yang boleh dikurniakan berikutan kejayaannya mengalahkan umat Islam,
St. Valentino terus menyatakan yang dia ingin berkahwin dengan kekasih keduanya itu.

Ini terus menimbulkan kegemparan di kalangan rakyat Cordova sendiri kerana
Valentino merupakan paderi Katolik yang tidak  boleh berkahwin dengan
pengamal Protestan sementelahan lagi paderi sememangnya tidak
boleh berkahwin. Ratu Isabella pula dikatakan murka dengan hasrat
St. Valentino lantas memenjara sementara paderinya itu. Begitupun,
baginda tetap mahu cuba mengingati jasa paderinya itu dengan
menetapkan 14 Februari sebagai Hari Mengingati Kekasih yang diuntukkan
khas untuk St. Valentino sendiri.

Berdasarkan kedua-dua versi itu, apakah asas yang kukuh sehingga umat Islam
sendiri menganggap Hari Valentine itu  begitu istimewa lebih-lebih
lagi pada bulan Ramadan yang mulia yang telah pun berlalu. Atau pun,
mereka hanya mengikut budaya Barat secara membuta tuli sedangkan
tidak mengetahui siapakah sebenarnya St. Valentino itu. Jika pun ingin
mengingati seseorang yang dikasihi (isteri, bukan kekasih) atau orang-orang
yang disayangi yang lain, tidak semestinya ia disambut pada setiap
14 Februari sahaja, malahan tiap-tiap hari dalam setahun.

Sambutan boleh juga dijalankan pada setiap kali tibanya hari kelahiran
orang-orang yang disayangi melalui acara-acara yang lebih diredai seperti
berkenduri doa selamat atau sebagainya. Bukankah Rasulullah sepatutnya
lebih diingati setiap tahun  kerana bagindalah manusia yang paling mencintai
umatnya dan akan memberikan kepada kita semua 'Syafaat' di hari kemudian.
 
 

 Thank you
mengenai diri saya/
Halamanku/Gkk(LOL)/Seram/Bunyi2 Menakutkan/

 Tazkirah/utm homepage/Pengetahuan Am/Malaysian news