Bahan-bahannya
1 kg daging lembu
2 biji kelapa - diambil santan pekat & cair
Cili padi & Cili kering - ikut rasa
6 batang serai
1 inci kunyit
4 asam keping
kerisik
Caranya:-
Cili padi, cili kering, serai dan kunyit di kisar halus. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama daging di atas api sederhana. Apabila rempah sudah sebati bersama daging, masukkan santan cair. Masak sehingga daging empuk. Kemudian masukkan santan pekat. Kemudian taruh asam keping dan masak sehingga kering. Apabila hampir kering, masukkan kerisik.
Back to