Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

LENCANA KEMAHIRAN

 

  1. Telah mencapai darjah yang tinggi dalam ilmu latihan asas perbarisan sebagaimana yang dikehendaki dalam Lencana Usaha, Lencana Maju, Lencana Jaya , Kawad Tongkat serta cara membawa bendera dan telah melatih dengan jayanya satu unit Pengakap dalam ilmu tersebut.
  2. Mengetahui cara mengikat serta kegunaan simpulan dan ikatan yang berikut:
    1. simpul tapak kucing (catspaw)
    2. simpul raga (carrick bend)
    3. simpul serban (turk’s head)
    4. simpul buaian (scaffold hith)
    5. lilit berkas tingkat (racking bend)
    6. genggam monyet (monkey fist)
    7. sambat pendek (short splice)
    8. ikat jepun (japanese lashing)
    9. ikat filipina (Philipino lashing)
    10. takal tali (rope tackle / harverster hitch)
  1. Mengetahui cara membuat dan menggunakan sistem takal dan pancang dogang (anchorage) iaitu:-
    1. 3-2-1
    2. ‘log & packet’
    3. ‘dead man’
  1. Membina satu projek printis secara berpatrol seperti menara, jambatan atau ‘aerial runway’ tidak kurang daripada 5 meter tinggi/panjang.
  2. Melanjutkan pengetahuan dalam pemetaan dengan mengetahui mengenai asas oriantering dan cara membuat cross-bearing bagi mencari kedudukan di atas peta dengan menggunakan kompas.
  3. Memahirkan diri dalam ilmu tahan lasak hidup dengan membuat ‘bivouac’ dan bermalam didalamnya, membuat perangkap yang mudah serta membuat masakan rimba (backwoods) seperti nasi, ikan/daging dan telor.
  4. Mengenal lima jenis haiwan dan membuat 2 jenis ‘plaster casts’.
  5. Mengetahui cara membuat peranggaran tinggi dan lebar.
  6. Membuat satu model projek printis.
  7. Lakukan perkara berikut:-
    1. Berenang 50 meter berpakaian lengkap.
    2. Melempar seutas tali yang panjangnya 20 meter sejauh 12 meter supaya jatuh ke kawasan antara dua pancang yang jaraknya 2 meter dengan mendapat 2 kejayaan daripada 3 kali lemparan.

 ATAU

    1. Mengetahui cara abseil/Reppel, alatan untuk ‘abseil’, langkah keselamatan, sistem belay, cara ‘abseil dan melakukan ‘abseil’ sejauh 8 meter.

 ATAU

    1. Mengetahui cara membina dan langkah keselamatan berkenaan serta melakukan 12 daripadanya.
    1. Menggunakan ikatan tindih kasih gelung atau simpul kerusi untuk menurunkan seorang yang cedera dari tempat tinggi – 5 meter (pokok atau bagunan atau gaung curam)