Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
 
ULASAN BUKU 
SIRI PENDIDIKAN TERKINI
SIRI BACAAN UNTUK MENGENALI DUNIA I.T.

            Abad ke-21 menjanjikan pelbagai cabaran untuk dihadapi bersama dengan teknologi maklumat yang begitu cepat berkembang tidak dapat disekat dan berterusan mempengaruhi segenap bidang kehidupan. Bagi mereka yang tidak mengendahkan kehadiran era teknologi maklumat akan ketinggalan. Mahu tidak mahu mereka terpaksa menerima kedatangan era teknologi maklumat
          Bidang penggunaannya pula semakin meluas meliputi pengiklanan, pemasaran, promosi, perbankan elektronik, kerajaan elektronik, pejabat maya, sekolah bestari, teleperubatan dan pelbagai lagi. Perdana Menteri, Dato’ Seri Mahathir Mohamad telah melancarkan Kempen Kesedaran Teknologi Maklumat pada 11 Oktober 1977 bagi memastikan seluruh rakyat Malaysia dapat memanfaatkan teknolgogi maklumat.
          Namun begitu kurangnya kesedaran dan kekurangan bahan bacaan mengenai teknologi maklumat dalam bahasa Malaysia adalah antara sebab utama yang melambatkan penerimaan dan penggunaan teknologi maklumat.
          Memandangkan kekurangan buku seperti ini di pasaran, penulis telah mengambil inisiatif untuk mengumpulkan bahan bacaan yang berupa 14 buah buku mengenai teknologi maklumat dan pengkomputeran dalam Siri Teman Teknologi Maklumat Anda.
          Buku-buku yang dihasilkan ini mempunyai pelbagai tajuk yang menarik iaitu Pengenalan Teknologi Maklumat (IT), Peranti Input, Unit Sistem, Mikropemproses (CPU), Peranti Storan, Perisian, Windows 98, Word, Excel dan Power Point, Internet dan Rangkaian Multimedia, Koridor Raya Multimedia (MSC), Masalah Komputer dan Penyelesaian dan Kamus Teknologi Maklumat.
          Semua buku berkenaan dapat membantu pembaca mengenali teknologi dan komputer. Bagi mereka yang baru mengenali komputer, buku-buku ini boleh dijadikan alat yang berguna dalam memahami teknologi maklumat.
          Dalam menempuh alaf baru teknologi maklumat meminkan peranan penting dan kemajuan sering dihubungkaitkan dengan pembangunan dalam teknologi maklumat.
          Satu bahagian lagi yang dianggap penting dalam bidang teknolgi maklumat ialah multimedia. Ia adalah gabungan elemen teks, grafik, audio, video dan animasi yang menghasilkan satu persembahan yang menarik dan mempunyai ciri interaktif.
         Pengkomputeran telah maju setapak lagi apabila komputer boleh menjadi perangkai unutk berhubung antara satu komputer dengan komputer yang lain. Kemuncak perkembangan komputer berlaku apabila semua rangkaian (network) komputer di seluruh dunia dapat dihubungkan antara satu sama lain dan hubungan ini dinamakan Internet.
          Bagi pengguna komputer yang menghadapi pelbagai masalah dalam proses pemilihan dan pembelian komputer – masalah yang sering dihadapi ialah keputusan tujuan pembelian komputer dan kesesuaian perkakasan yang ingin dibeli dengan keperluan supaya tidak membazir.
         Didalam persoalan sebegini, kemahiran dan pengetahuan tentang komputer dan teknologi maklumat adalah diperlukan. Buku Siri Teman Teknologi Maklumat Anda boleh membantu pembaca memperolehi pengetahuan berkenaan dengan komputer dan teknologi maklumat. Begitu juga dalam membuat pemilihan komputer. Pembelian komputer dianggap sebagai satu pelaburan kerana ia melibatkan kewangan. Oleh itu, pembeli mahukan ia sebagai pelaburan yang menggembirakan untuk masa depan dengan memilih komputer yang terbaik dengan harga terbaik.
           Satu perkara lagi yang menarik dalam Siri Teman Teknologi Maklumat Anda ini, terdapat sebuah buku yang bertajuk Kamus Teknologi Maklumat yang Kamus Teknologi Maklumat yang mengandungi lebih daripada 1,000 kata masukan yang meliputi sebahagian besar bidang komputer dan teknologi maklumat.
           Pembaca boleh mengunakan kamus ini untuk mendapatkan huraian mengenai sesuatu perkataan mahupun istilah. Ia diberi secara ringkas dan padat dengan mengunakan bahasa yang mudah difahami. Huraian yang diberikan juga disertakan dengan gambar rajah supaya jelas dan mudah difahami oleh pembaca. Ia adalah kamus dwibahasa yang paling unik dan menjimatkan masa. Ia menjadi panduan kepada pembaca untuk memantapkan lagi pengetahuan tentang komputer dan teknolgi maklumat.
           Buku ini pada keseluruhannya ditujukan khas kepada pelajar sekolah rendah dan menengah. Begitu juga dengan pihak guru dan ibubapa boleh menggunakan buku-buku ini untuk membantu pelajaran anak-anak mereka di samping memperkayakan pengetahuan mereka sendiri dalam bidang teknologi maklumat.

HOME