SISTEM HIDROPONIK DOMESTIK
- APAKAH HIDROPONIK DOMESTIK
- Hidroponik Domestik merupakan satu kaedah menanam tumbuh-tumbuhan tanpa menggunakan
tanah. Kaedah ini hanya menggunakan air dan larutan nutrien atau baja khas yang di
isikan kedalam takung mudah alih. Kaedah ini mudah diselenggarakan dan tidak memerlukan
penjagaan yang rapi.
Kaedah ini amat sesuai dengan cara hidup masyarakat moden yang sentiasa sibuk dan kurang
masa terluang untuk menjaga tanaman mereka tetapi masih dapat mengekalkan cara pemakanan
yang berkhasiat.
Sayuran yang dihasilkan melalui kaedah hidroponik ini adalah selamat dimakan kerana tiada
sebarang racun serangga atau racun kulat yang digunakan.
Disamping menjadikannya sebagai hobi, kaedah ini juga dapat menggalakkan penduduk bandar
bercucuk tanam serta mengurangkan kos perbelanjaan harian.
kaedah ini direka untuk mengatasi masalah ketiadaan tanah untuk bercucuk tanam di
kawasan bandar atau kawasan untuk bertanam yang terhad seperti rumah teres, rumah pangsa,
kondominium dan sebagainya.
Ianya boleh diletakkan diberanda, kali lima rumah samada bahagian dapur atau depan rumah
ataupun ditempat letak kereta asalkan terdapat bumbung yang dapat menghalang air hujan
daripada takung hidroponik.
- KEISTIMEWAAN HIDROPONIK DOMESTIK
- Sayuran bersih, enak, berkualiti dan bebas dari sisa baki racun.
- Tidak memerlukan kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam bidang pertanian.
- Tidak memerlukan kawasan yang luas.
- Tidak menggunakan pam elektrik.
- Tidak perlu merumput dan menyiram.
- Tidak memerlukan najis haiwan.
- Boleh ditanam ditepi rumah, balkoni, porch dan patio.
- Penanaman boleh dilakukan pada bila-bila masa - tidak kira musim .
(15 kali setahun untuk sayuran berdaun).
- Amat mudah untuk mengawal serangga-serangga samada dari tanah atau udara.
- Murah serta mudah dikendalikan.
- Tenaga kerja yang minima.
- Dari golongan muda hingga tua mampu mengendalikannya.
- Pulangan modal berganda keuntungannya.
- Amat sesuai untuk sekolah-sekolah bagi subjek Kemahiran Hidup dan Sains Pertanian.
- TANAMAN YANG SESUAI UNTUK KAEDAH HIDROPONIK
- Banyak jenis tanaman boleh ditanam secara hidroponik:
- 1.Tanaman Sayur-Sayuran seperti Bayam, Kangkong, Kailan, Salat dan sebagainya.
- 2.Sayuran Jenis Buah dan Kekacang seperti Tomato, Timun, Cili, Terong dan sebagainya.
- 3.Tanaman Hiasan atau Bunga-Bungaan seperti Ros, Kekwa, Carnation, Puding dan sebagainya.
APAKAH ITU SISTEM HIDROPONIK DOMESTIK
Balik Ke Menu Utama