Chumbo.com - The Ultimate Source in Software
Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

SISTEM HIDROPONIK DOMESTIK


APAKAH SET HIDROPONIK DOMESTIK (TANPA PAM)

Set Hidroponik Domestik merupakan peralatan yang ringkas dan mudah serta murah yang boleh digunakan oleh semua golongan. Ia berupaya menghasilkan sayuran segar,bersih dan bebas dari sisa racun dengan hanya diletakkan di beranda/balkoni, kakilima/corridor,porch dan patio rumah anda. Set ini sesuai untuk mereka yang ketiadaan tanah untuk bercucuk tanam seperti dikawasan rumah teres, rumah pangsa, pangsapuri/apartment/kondominium dan menggunakan larutan baja hidroponik sahaja.

APAKAH KELEBIHAN SET HIDROPONIK DOMESTIK?

Set ini cukup mudah untuk digunakan dan disamping itu ia tidak menggunakan pam elektrik, murah praktikal, boleh menanam sayuran disepanjang tahun (tanpa musim), tidak perlu penyiraman dan tidak perlu merumput. Yang mustahak adalah ia bebas dari semburan racun serangga. Anda akan menikmati sayuran segar dan bersih dari sisa racun.

BOLEHKAH SISTEM INI DIJADIKAN SEBAGAI HOBI?

Ya.! Ini terbukti dari sambutan orang ramai terutama warga kota dan mereka yang tidak mempunyai ruang tanah/kawasan untuk bercucuk tanam. Tambahan pula penanaman dengan cara ini tidak memerlukan kemahiran dan pengetahuan yang tinggi didalam bidang pertanian.

BOLEHKAH PENANAMAN CARA HIDROPONIK DOMESTIK DIJADIKAN LANDSKAP?

Ya.! Jika anda memiliki 4 atau 5 set hidroponik domestik dirumah dan disusun disepanjang corridor rumah anda, ia boleh menjadi seolah-olah sepeti `bunga-bungaan'. Anda dan jiran-jiran anda akan terpesona dengan sayur-sayuran anda yang subur dan segar menghijau disekitar rumah anda. Tambahan pula keadaannya yang bersih dan segar.

BAGAIMANA SISTEM INI DAPAT MENGHASILKAN SAYUR-SAYURAN UNTUK KEGUNAAN SENDIRI?

Jangkamasa penghasilan satu-satu jenis tanaman sayuran adalah lebih kurang 4 minggu. Dengan penanaman berperingkat umpamanya 4 set hidroponik domestik seminggu dan dibuat 4 minggu berturut-turut, anda akan dapat menikmati sayuran setiap hari tanpa perlu lagi pergi ke pasar. Ini tentu sekali dapat menjimatkan atau mengurangkan perbelanjaan harian anda.

APAKAH KANDUNGAN BAJA YANG TERDAPAT DALAM SISTEM INI?

Kandungan baja hidroponik untuk pemakanan pokok mengandungi unsur-unsur Makro seperti Nitrogen, Pasfurus, Kalium, Kalsium dan Sulfur. Dan juga unsur- unsur Mikro seperti Ferum, Mangganan, Zink, Kuprum, Boron dan Molybdenum.

BOLEHKAH SISTEM INI DIJADIKAN ALAT BANTUAN MENGAJAR?

Ya!. Kebelakangan ini kebanyakan sekolah telah menggunakan sistem ini didalam matapelajaran Kemahiran Hidup.

PERALATAN DAN CARA MENGGUNAKAN SISTEM INI

Balik Ke Menu Utama