Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

PERALATAN DAN CARA PENYEDIAAN BAJA HIDROPONIK DOMESTIK


PERALATAN HIDROPONIK DOMESTIK

1) Takung Hidroponik Domestik
2) Penutup Takung (Polystreen)
3) Bakul Media
4) Benang/Span/Rockwool
5) Baja Hidroponik
6) Cawan Penyukat Baja (250 ml)
7) Biji Benih

PENYEDIAAN BAJA HIDROPONIK DAN CARA MENANAM

Langkah Pertama
Baja hidroponik yang dibekalkan dilarutkan didalam 5 liter air dan kacau hingga sebati.
*Air paip atau tangki yang digunakan untuk penyediaan larutan baja hidroponik hendaklah yang telah lama tersimpan kerana ianya bebas dari klorin. Air hujan juga boleh digunakan tetapi perlu mengambil air selepas pertengahan hujan lebat supaya tidak mengandungi bahan-bahan kotor.
Langkah Kedua
Sediakan 18 liter dan masukkan kedalam takung hidroponik. Ceduk 500 ml larutan baja hidroponik yang dilarutkan tadi dengan cawan penyukat yang bersaiz 250 ml sebanyak 2 cawan dan campurkan kedalam takung hidroponik yang diisikan dengan 18 liter air. Kacau hingga sebati. Dan tutup takung dengan penutup takung yang disediakan.
*Baki larutan baja yang telah dibancuh tadi hendaklah disimpan dalam bekas bertutup dan ia boleh digunakan untuk tanaman seterusnya. Jangan dedahkan kepada cahaya matahari.

Langkah Ketiga
Benang atau bahan yang boleh menyerap air diletakkan didalam bakul semaian sebagai media percambahan biji benih. Juntaikan benang tersebut melalui lubang-lubang dinding bakul supaya menjadi sumbu agar ia dapat menyerap larutan baja hidroponik. Masukkan bakul media yang telah diisikan dengan benang pada setiap lubang penutup takung hidroponik. Pada permulaan menanam, bahagian bawah bakul yang ada sumbu benang perlu direndam dalam larutan baja hidroponik untuk membasahi media tanaman.

Langkah Keempat
Masukkan 2 atau 3 biji benih sayur-sayuran diatas benang dalam bakul media. Pastikan biji benih basah supaya boleh bercambah.
*Selepas 3 atau 4 hari, jika tidak ada percambahan, tukarkan dengan biji benih yang lain. Jika semua biji benih tersebut bercambah selepas 6 hari, tinggalkan cuma sepokok atau 2 pokok sahaja pada setiap bakul media bagi pertumbuhan seterusnya.

Langkah Kelima
Letakkan set hidroponik ditempat yang sesuai seperti ditepi rumah,beranda,patio, porch dengan syarat mesti mendapat cahaya matahari yang cukup sekurang-kurangnya separuh hari samada pagi atau petang. Elakkan daripada hujan terus masuk kedalam takung hidroponik.

Perhatian
1.Pastikan lubang bakul media ditutup untuk mengelakkan kemasukan nyamuk.
2.Selepas 3 minggu, tambahkan air (tanpa baja) ke dalam takung. Paras air mestilah tidak melebihi 1/2 daripada takung.
3.Oleh kerana jangkamasa matang berlainan, hanya satu jenis tanaman/benih bagi setiap takung. (Kankong - 3 minggu / Sawi - 4 minggu / Cili - 2 1/2 bulan).
4.Biarkan tanaman anda sehingga 4 ke 5 minggu untuk dipungut hasilnya mengikut jenis tanaman tanpa perlu menambahkan larutan baja dan menyiram.
5.Setelah dipungut hasil, basuh semula takung, penutup dan bakul media dan gantikan benang dan gunakan semula baki larutan baja yang disimpan dahulu untuk penanaman baru.
6.Jika larutan baja terlalu pekat, daun akan menjadi hijau tua, melengkung/kerinting, daun tebal dan rapuh.
Jika larutan terlalu cair, pokok akan kerdil dan lambat besar, daun kuning nipis dan tidak melengkung.

SENARAI PENGEDAR

Balik Ke Menu Utama