Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Posted Thursday, October 22, 1998

BERSATULAH MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN AGAMA DAN BANGSA

 

tiada apa yang paling menyedihkan kita sekalian selain

dari masalah politik sesama bangsa (umat islam ) yang

melanda negara kita sekarang.mungkin ramai yang

begitu terkejut dengan apa yang berlaku.


apakah puncanya? mengapa anwar ibrahim diperlaku sebegitu

sekali dan apakah tujuannya? kearah mana kita dibawa sekarang ini?

bolehkah kita mengatasinya untuk masa depan agama dan generasi kita?



telah menjadi matlamat dr.mahathir untuk menjadi seorang diktator.

Ia amat jelas apabila krisis UMNO 1987 berlaku. Tengku Razaleigh masih hidup

untuk menjadi saksi.Malangnya Tengku Razaleigh kini telah terperangkap

.Mahathir juga berniat untuk memusnahkan DSA

sejak dari awal lagi dan ia telah dirancang sebegitu rapi.cara mana
kemusnahan

itu dilaksana tidak menjadi kira kerana

keputusan akhir yang penting.bacalah novel karangan

shidney shieldon bertajuk "WINDMILLS OF THE GODS" untuk

memahaminya dengan lebih mendalam. ini boleh

dibuktikan dengan surat mahathir-ismail al faruqi-anwar

kira-kira 5 bulan sebelum mahathir menjadi perdana menteri.

mungkin antara sebab awalnya ialah DSA pada ketika itu amat

berpengaruh bukan sahaja di ABIM tetapi juga di seluruh negara

islam.rujuk surat ismail al faruqi tentang bantuan jutaan ringgit

untuk membina bangunan ABIM dari arab saudi.apakah duit itu

diterima atau tidak adalah satu hal yang lain.


sekiranya DSA tidak bersama mahathir,besar kemungkinan mahathir tidak
aman

dalam mentadbir negara akibat gangguan DSA dari luar kerajaan dan hanya
mampu

untuk menjadi perdana menteri pada jangka waktu yang singkat.ini pasti amat

menyulitkan mahathir yang bercita tinggi

sejak awal lagi.


Dengan adanya DSA didalam kerajaan, maka kawalan yang lebih mudah dapat

beliau lakukan terhadap DSA.malangnya bagi mahathir kerana DSA tetap menjadi

duri dalam daging beliau.DSA tetap berpegang kepada pendirian dan agenda
asas

beliau ketika di luar kerajaan lagi.DSA tidak mudah melatah dengan

melaksanakan agendanya dengan sewenang-wenangnya ketika bersama kerajaan dan

kita tidak melihat DSA melaksanakan agenda tersebut secara

erang-terangan.Sila rujuk interview DSA dengan majalah antarabangsa

(time atau newsweek - bulan 8,9 atau 10)tahun lepas (1997)

dimana DSA secara terang-terangan telah mengaku akan mengadakan

perubahan dasar terhadap negara jika menjadi perdana menteri..apakah
perubahan

dasar yang DSA maksudkan? perubahan perlembagaan

atau apa?dan jika betul...apalah yang ingin diubah oleh DSA.

apakah sama dengan cita-cita PAS? sama-samalah kita tafsirkan maksud
PERUBAHAN
DASAR itu.


tentu sekali mahathir kecewa dengan pendirian DSA yang masih tidak berubah

walaupun begitu lama digula-gulakan oleh beliau.tidak mudah terpengaruh
budaya

wang ringgit seperti pemimpin yang lain.ketegasan DSA sudah pasti digeruni

oleh semua pemimpin yang tidak amanah.saya pasti perkara ini sudah diperhati

oleh mahathir dan kuncu-kuncunya sejak dulu lagi.meningkatnya pengaruh DSA

didalam UMNO amat ketara apatah lagi setelah DSA berjaya menewaskan ghafar

tanpa bertanding.mahathir adalah mangsa seterusnya jika tiada tindakan

yang diambil.


sepanjang DSA didalam kerajaan,mahathir pasti telah mendapat jalan terbaik

untuk memusnahkan DSA.cuma masa yang sesuai saja belum tiba.ini dibuktikan

oleh mahathir sendiri apabila secara terbuka mengaku ada sepucuk surat
fitnah

terhadap DSA tentang hubungan seks DSA.apatah lagi ianya diumumkan pada
waktu

dan ketika yang agak pelik.diumumkan ketika perlumbaan lumba motosikal di
shah

alam.sudah pasti ketika itu, begitu ramai pemberita di luar negara yang

beradadi negara kita.tujuan mahathir tidak lain tidak bukan agar perkara ini

diketahui dunia secara amnya.strategi ini amat penting kerana kewibawaan DSA

telah

diketahui dunia.


Sifat tidak amanah melampau pemimpin-pemimpin UMNO dan kuncu-kuncunya amat

tidak disenangi oleh DSA.sudah pasti perkara ini menakutkan mahathir dan

kuncu-kuncunya.rasanya satu malaysia kini telah mengetahui penyelewengan
yang

dilakukan oleh mahathir demi anak-anak dan kuncu-kuncunya.


Masanya telah sampai untuk bertindak kerana perhimpunan agung UMNO semakin

tiba dan jelas kepada mahathir beliau adalah mangsa DSA

jika tidak bertindak tepat pada waktunya.Krisis ekonomi yang secara
tiba-tiba

telah menyulitkan lagi keadaan.Ketegasan DSA semakin menyesaKkan mahathir.

Apatah lagi anak-anak mahathir dan kuncu-kuncunya juga terheret ke lembah

bankrup.DSA tidak bertolak-ansur walau sedikit. perkara ini boleh disahkan

oleh cerita-cerita yang kita dengar termasuklah anak mahathir ingin membunuh

akibat masalah ekonomi yang dihadapi.


kini segalanya telah menjadi sejarah baru bangsa melayu negara kita.Apakah

alasan atau cara terbaik untuk mencemarkan nama dan kewibawaan seorang
manusia

yang sifat-sifat peribadinya seperti DSA? hubungan sulit dengan wanita
lain?

ni tidak cukup kuat untuk mempengaruhi rakyat.maka fitnah sebegitu jijik
dan

keji adalah yang terbaik.maka berakhirlah karier DSA untuk selama-lamanya
pada

pandangan kasar kita berdasarkan apa yang telah berlaku.Tetapi

ngat....ketentuan dan apa yang akan berlaku pada hari esok bukan kerada

ditangan kita.Segala-galanya adalah kehendak Allah S.W.T belaka.


Akan kembalikah DSA untuk menjadi pemimpin kita? marilah kita sama-sama

panjatkan doa untuk DSA semoga kesihatan dan kesejahteraan DSA mendapat
lindungan Allah S.W.T.



pandangan mahathir, DSA adalah orang yang akan menentukan hidup atau

matinya beliau,keluarga dan kuncu-kuncu beliau jika DSA menjadi perdana

menteri.bayangkan apa yang akan berlaku terhadap mereka jika DSA menjadi

perdana menteri yang begitu berpegang kepada prinsip keadilan.Segala
kesilapan

dan kesalahan mahathir sepanjang menjadi perdana menteri sudah pasti akan

diadili.


maka kita sebagai bangsa melayu di bumi ini kini telah terjebak ke satu

landasan masa depan yang tidak pasti.renunglah sedalam-dalamnya apa yang
kan

berlaku jika fitnah dan cerita keji lagi jijik terhadap DSA tidak
diselesaikan

sebaik mungkin.kita orang melayu sebenarnya telah berada diambang kehancuran

masa depan akibat kerakusan pemimpin kita sendiri.



apakah yang akan terjadi jika mahathir mati hari esok? mahukah

pemimpin-pemimpin kanan UMNO sekarang mengaku bahawa apa yang berlaku keatas

DSA adalah satu fitnah? Sanggupkah mereka memikul malu setelah bersekongkol

dengan mahathir mereka-cipta fitnah keji dan hina terhadap DSA? mampukah

mereka mengawal rasa marah umat melayu ? tertahankah mereka asakan rakyat
yang

semakin hari semakin berdendam dan marah terhadap mereka? bolehkah mereka

kembali menyatupadukan umat melayu yang berpecah pada hari ini seperti

sebelumnya?


umat melayu telah dibawa ke lembah kehancuran untuk selama-lamanya.

kehancuran ini pasti akan berlaku sebaik sahaja mahathir tidak berkuasa lagi

kecuali fitnah keatas DSA diselesai dengan cara yang baik.mereka yang berada

di pihak DSA pasti inginkan keadilan kerana kini segala-galanya berubah

menjadi maruah yang begitu peribadi.



jangan fikir mudah dan cepat pasang angan-angan PAS akan memerintah

jika menang pilihanraya.Tengoklah apa yang terjadi kepada ALGERIA dan TURKI,

kemenangan pilihanraya tidak bermakna jika parti yang menang tidak

berkuasa.Namun sekali lagi sebagai umat islam, ketentuan hari esok bukan

ditangan kita.Semoga Allah tetap memelihara kita.



Kepada pemimpin UMNO, berfikirlah sejenak dengan meletakkan diri

anda semua sebagai rakyat biasa yang amat pasti bahawa DSA telah

difitnah.Selamilah perasaan mereka.Bertindaklah membuat keputusan

sekarang dan bersamalah di pihak yang benar.Kebenaran agak kabur

di pihak mahathir berdasarkan apa yang berlaku.

Cara pendakwaan di mahkamah terhadap Dr.munawar dan Sukma dan beberapa

kejadian semakin menjelaskan motif sebenar mahathir.Cukuplah anda semua

membenarkan diri anda dipergunakan oleh mahathir.



Secara terbuka rayuan dibuat kepada pemimpin UMNO terutama Tengku
Razaleigh

supaya bersama bertindak secara langsung demi masa depan bangsa melayu

tercinta.Anda semua tahu mainan mahathir tentang fitnah ini.



Kepada umat melayu semua, fikirlah dan bertindak dengan bijak demi

mengelakkan kita semua berada didalam kehancuran.Bersatulah kita semua

dalam menghadapi perkara ini.



Kepada pemimpin-pemimpin melayu lain, perjelas dan satukan matlamat kepada

rakyat supaya tidak timbul kekeliruan dikalangan masyarakat.


Ingatlah...perpecahan yang melanda umat melayu pada hari ini

adalah satu kesilapan yang amat jijik dan keji dalam sejarah

peradaban melayu moden.



Ia adalah satu kejadian yang amat malang bagi anak-anak lepasan

merdeka yang telah dibentuk dan dibesar oleh satu cara pemerintahan

yang paling kotor serta berselindung disebalik kemajuan ciptaan mereka.





Tergamak mereka mendidik anak melayu serta membentuk pemikiran

anak-anak lepasan merdeka untuk terus tunduk kepada mereka.


Wahai anak bangsa ku, marilah bersama-sama berganding bahu membetulkan

segala kesilapan yang sengaja diadakan demi kepentingan sesetengah golongan.

Bersatulah kita kembalikan kegemilangan agama dan bangsa

yang telah punah ini.....kemusnahan terhadap bangsa baru saja dimulakan

oleh mereka diatas sana sementara kegemilangan agama islam telah lama padam

oleh mainan terancang musuh-musuh islam.sejarah menceritakan

segalanya.


marilah kita sama buktikan bahawa kita sebagai bangsa melayu adalah

bangsa yang mampu untuk pergi lebih jauh jika pemikiran kita tidak

dikongkong oleh sesetengah golongan .


marilah kita sama buktikan bahawa agama islam yang kita anuti ini

menjamin keadilan dan kesejahteraan yang tidak berpihak kepada semua manusia

didunia ini.



Email: reformasi-terkini@usa.net