Posted Thursday, November 26, 1998
PANDANGAN TERHADAP KEMPEN MENGIBARKAN JALUR GEMILANG
Kempen mengibarkan jalur gemilang oleh Gerakan Reformasi Malaysia adalah di pandang baik kerana sekiranya kita semuanya memasang jalur gemilang di kereta-kereta, kita boleh melunturkan (neutralize) kempen murahan Mahathir a/l Mohammad Iskandar KUTTY bagi memperalatkan jalur gemilang tersebut untuk muslihat politiknya serta kroni-kroninya.
Akan tetapi kini Mahathir sedang berkempen untuk menentang kenyataan yang di keluarkan oleh Vice Presiden Al Gore tempohari terhadap keberanian rakyat Malaysia yang memperjuangkan REFORMASI. Oleh yang demikian, sekiranya kita semua pada hasratnya ingin menentang kezaliman dan menegakkan keadilan dengan cara memasang jalur gemilang tersebut di kereta-kereta kita, Mahathir akan mengunakan peluang tersebut dengan memaklumkan kepada dunia bahawa SEMUA RAKYAT Malaysia menentang habis-habisan terhadap apa yang telah di nyatakan oleh Vice Presiden Al Gore. Ini akan menimbulkan kesan yang berbeza atau bertentangan dari apa yang diingini (backfire).
Kempen tersebut memang ideal sekiranya tiada isu Al Gore. Oleh yang demikian diminta semua rakyat memikirkannya dengan lebih mendalam.
KESEDARAN:
Menyedari bahawa:
Penyokong-penyokong gerakan Reformasi disarankan membawa jalur gemilang semasa demonstrasi-demonstrasi aman selain dari poster-poster dan sepanduk-sepanduk menentang kezaliman dan menegakkan keadilan.
Namun demikian DEMONSTRASI AMAN REFORMASI MENDESAK MAHATHIR UNDUR SEGERA masih tetap di teruskan dan berikut butir-butir mengenainya:
TARIKH :
SABTU 28 NOVEMBER 1998TEMPAT :
SEPANJANG JALAN RAJA ABDULLAH DANMASJID JAMEK KAMPUNG BARU
MASA :
8:30 MALAM (SELEPAS SOLAT ISYAK).Tok Imam melenggahkan sembahyang Isya’, maka
adalah dinasihatkan bahawa semua muslimin tidak
Melenggahkan solat Isya’.
Rakyat diminta hadhir beramai-ramai
HIDUP REFORMASI !!!!
Email: reformasi-terkini@usa.net