Posted Friday, October 30, 1998
MENGAPA MAHATHIR BEGITU YAKIN DENGAN BADAN KEHAKIMAN MALAYSIA?
Perdana menteri telah berulang kali mendakwa bahawa sistem kehakiman di Malaysia adalah bebas dan buktinya UMNO satu ketika. Jawapannya mudah. Sistem Kehakiman sebelum dan semasa zaman Tun Salleh Abas, kes-kes adalah diadili dengan bebas. Tetapi selepas pemecatannya, badan kehakiman Malaysia telah jelas menjadi cabang eksekutif. Ketua-ketua hakim selepas dari itu diketahui adalah terdiri dari mereka yang korup.
Badan Pencegah Rahsuah telah menemui bukti prima facie yang mencukupi kes amalan rahsuah terhadap Ketua hakim negara (Eusoff Chin) lebih dari setahun yang lalu. Fail itu berada di meja Perdana Menteri dan mengapa beliau tidak bertindak dan bukankah ini jelas sistem kehakiman telah dimanipulasi?
Peguam Negara adalah seorang yang dibawa entah dari mana. Dia dipilih melalui cadangan Daim dengan sokongan dari Vincent Tan. Bukti hubungan mereka boleh diperolehi dari http:www.malaysia.net/special. Tidakkah dia merasa terhutang budi kepada mereka yang telah membawanya memegang jawatan itu dari satu tempat yang tidak diketahui orang sebelum ini? Mahathir amat berpuashati denga tindakannya selama ini dan telah menyambungkan perkhdimatan beliau sebanyak dua penggal.
Hakim yang mendengar kes habeas corpus Datuk Nalla dan DS Anwar Ibrahim dan hakim serta Pendakwa raya untuk kes Datuk Seri Anwar kedua-duanya adalah adik beradik yang berasal dari Sabah. (Dato Ab Wahab Patail -Hakim dan Dato Ab Gani Patail - Pendawa Raya). Perlantikan Dato Wahab Patail sebagai hakim dilakukan oleh Peguam Negara Datuk Mohtar. Mereka adalah sahabat keluarga yang akrab sewaktu Mokhtar berkhidmat di Sabah. Adakah satu kebetulan sahaja yang mereka ini bertiga begitu mnenonjol di dalam kes-kes DS Anwar? Hakim Wahab Patail tiba-tiba dibawa ke sini untuk mendengar seberapa banyak kes Anwar kerana kerajaan amat menyenangi dengan penghakiman beliau.
Datuk Gani Patail telah hampir saban hari ke Bukit Aman sebelum penangkapan Datok Seri Anwar. Kemungkinan untuk mempastikan sedapat mungkin laporan polis itu cukup mengikat dan ketat? Pun begitu, Peguam Negara mengatakan bahawa kes itu adalah berdasarkan semata-mata kepada laporan yang dibuat oleh Polis.
Hakim Augustine Paul adalah diantara hakim yang termuda di Mahkamah Jenayah. Dia telah di bawa ke mahkamah Sessi dua minggu sebelum pendengaran kes Anwar. Pemilihan untuk menjadi hakim kes pastinya dilakukan oleh Peguam Negara, Mohtar sendiri.
Permohonan habeas corpus DS Anwar telah didengar oleh hakim Vohrah. A.Wahab Patail menyatakan Eusoff Chin sendiri meminta beliau (Wahab) untuk mendengar kes itu. Hal in berlaku satu minggu selepas Eusoff Chin memberitahu The Star yang dia tidak menyedari bahawa Wahab Patail telah mendengar satu kes di mana abangnya sendiri Gani Patail adalah Pendakwa. Chin mengakui bahawa keadaan ini tidak sepatutnya berlaku. Peguam Dato Seri Anwar, Sulaiman Abdullah pada 24 Oktober meminta agar Wahab Patail menukarkan kes itu untuk didengar oleh hakim lain. Tanpa rasa malu, Hakim Wahab Patail enggan melakukannya.
Di dalam saat akhir, Hakim Vohrah telah dilaporkan dipindahkan ke Mahkamah Sivil. Para peguam masih mengingati pemindahannya ke mahkamah sivil ke Mahkamah Jenayah kerana kes Ayer Molek. Sekarang dia dipindahkan semula untuk menghalangnya dari menghakimi kes-kes Anwar.
Umi Hafilda Ali dan saksi-saksi utama lain telah dilihat menemui Peguam negara bersama-sama dengan polis. Apakajh Peguam Negara itu telah melacuri tugas-tugas dahulu dan kini sedang mengajar pula para saksi untuk memberi keterangan?.
Hakim Hasnah yang mengizinkan Dato Seri Anwar menjalani pemeriksaan tentang kecederaan yang dialaminya, pada keesokan harinya beliau telah ditukarkan!
Para pemerhati Kehakiman telah kini mengetahui kenyataan:
"Keadilan bukan sahaja perlu dilakukan tetapi mesti dilihat telah dilakukan" tidak ada relevannya di negara ini di bawah PM Mahathir semenjak pemecatan Tun Salleh Abas.
Email: reformasi-terkini@usa.net