Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!


Posted Saturday, November 21, 1998

KE MANA ARAH MAHATHIR?

 

Krisis kewangan dan ekonomi negara telah masuk ke bulan yang ke-17 dan krisis politik negara berkaitan Datuk Sri Anwar Ibrahim (DSAI) sedang melalui bulan yang ketiga? Sepanjang tempoh ini, Dr. Mahathir bukan sahaja menampakkan kelemahan-kelemahannya tetapi telah menjadi semakin angkuh dan biadab terhadap semua nilai-nilai keagamaan, kemanusiaan dan hubungan antarabangsa. Tanda-tanda untuk beliau berundur tidak nampak lansung malah dengan terbongkarnya rahsia betapa istana dan kapalterbang yang bakal dibina dan dibekalkan, adalah mustahil bagi beliau mempunyai niat untuk pencen! Persoalan yang perlu rakyat Malaysia fikirkan sekarang ialah kemanakah arah tuju Mahathir kini dengan mengambil kira berbagai isu yang tidak langsung menguatkan kedudukannya.

Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada negara Malaysia tercinta ini, marilah kita sama-sama renungkan isu-isu berikut:

  1. EKONOMI

    1. Selama hampir 10 tahun, Malaysia telah mencatatkan pertumbuhan ekonomi melebihi 7% setiap tahun hasil daripada dasar pelaburan yang positif yang mengakibatkan pengaliran dana asing yang aktif ke dalam negara guna bagi merangsangkan aktiviti ekonomi Malaysia.

Tetapi bermula dengan kejatuhan nilai ringgit, ekonomi Malaysia telah mengalami kecutan ekonomi yang dijangka sebanyak 5% pada tahun ini dan dengan tindakan menetapkan kadar tukaran RM kepada USDollar dan kawalan tukaran dan aliran ringgit, Mahathir telah memencilkan Malaysia daripada pelaburan luar.

Tanpa pelaburan luar (FDI) dan dibebankan pula dengan penurunan takrif kredit (credit rating) ke atas Malaysia yang mengakibatkan tiada pelaburan ke atas bon-bon negara, Malaysia kini ketandusan dana dan modal yang diperlukan bagi merangsang balik aktiviti ekonomi. Tindakan Dr. Mahathir untuk menurunkan SRR (simpanan wajib oleh Bank) yang kononnya mengakibatkan kemudahan dana bagi pinjaman oleh bank-bank juga tidak berkesan kerana para peniaga tempatan kurang yakin untuk berniaga pada waktu ini. Ketidakyakinan peniaga untuk melabur ke atas perniagaan baru ialah atas sebab-sebab berikut:

      1. Suasana politik yang tidak stabil
      2. Tidak yakin akan pasaran antarabangsa kerana dasar kawalan matawang dan juga kerana ekonomi dunia dijangka mengalami kelembapan pada tahun 1999
      3. Pasaran dalaman yang kecil dan lembap tidak memungkinkan pulangan ke atas pelaburan.
      4. Rasuah dan ketidakcekapan jabatan-jabatan kerajaan tidak dapat melindung pelaburan yang akan dibuat.

Jadinya bagaimanakah Mahathir hendak memulihkan ekonomi negara? Bagaimanakah inflasi hendak disekat? Ke mana arah Mahathir?

    1. Dalam menghadapi dilema suasana ekonomi negara yang lembap dan kekurangan dana, Dr. Mahathir dan kroni-kroninya tetap menghadapi hutang-hutang yang besar oleh syarikat-syarikat mereka dan juga hutang-hutang persendirian mereka (yang diambil kira semasa kroni-kroninya membeli syarikat-syarikat dulu). Hutang-hutang mereka ini adalah satu bebanan yang sangat besar kerana:

      1. Sebahagian besar hutang mereka adalah dari luar pesisir dan diambil di dalam USDollar dan dengan turunnya nilai ringgit, telah meningkatkan hutang mereka di dalam nilai ringgit.
      2. Hutang-hutang ini kebanyakannya disandarkan kepada cagaran atas saham-saham syarikat yang kini merudum sehingga serendah 20-30% nilai cagaran dan oleh yang demikian beban ‘margin call’ adalah meruncing.
      3. Bersabit kelembapan ekonomi, prestasi syarikat-syarikat ini pun turut tenat dan oleh itu mengalami kerugian operasi. Kerugian operasi ditambah kerugian dari nilai ringgit menambahkan beban Dr. Mahathir dan kroninya.

Bagi meringankan beban hutang ini, bantuan daripada Kerajaan adalah diperlukan dan satu-satunya cara di dalam kemiskinan sekarang ialah menggunakan saja duit rakyat seperti KWSP, LUTH, LTAT, Tabung Pencen dan sebagainya.

Tetapi rakyat Malaysia tidak bodoh lagi! Adakah ini akan dibiarkan? Keresahan rakyat telah mula dirasai oleh Dr. Mahathir!! Wakil-wakil rakyat BN sendiri telah mempersoalkan isu ini di Parlimen, pembangkang jangan cakaplah! Jadi ke mana arah Mahathir?

 

  1. POLITIK

    1. Isu DSAI adalah satu masalah yang tidak diduga oleh Mahathir akan sampai ke tahap sekarang kerana semasa merancangnya bersama Daim dan Aziz Shamsuddin (Sanusi tidak terlibat dalam perancangan kerana Mahathir tahu beliau bodoh, Sanusi cuma digunakan di dalam perlaksanaan), mereka terlalu yakin akan dapat meyakinkan rakyat. Di dalam perancangan mereka, DSAI dijangka meletakkan jawatan dan paling tidak pun (the worst case scenario), DSAI dipecat dan ditahan di bawah ISA tanpa penentangan rakyat yang kuat. Datuk Nalla ‘sepatutnya’ bekerjasama kerana mengikut kata Rahim Noor, orang India senang di’turn-over’! Kuasa Allah mengatasi segala perancangan dan kini mereka terkejut kerana maklum balas dari SB (Polis Rahsia), KEMAS, Jabatan Penerangan dan UMNO sendiri, sekurang-kurangnya 70% orang Melayu tidak percaya Mahathir dan yang paling mengejutkan TIDAK akan mengundi BN di dalam pilihanraya akan datang.
    2. Menteri, ahli MT dan wakil rakyat UMNO menghadapi masalah besar berhadapan dengan rakyat, Mustapha di’boo’ di Kementerian Kewangan, Yusof Noor buat kenduri orang tak datang, Sanusi takut nak turun padang, Mahathir sendiri tak boleh join orang Kubang Pasu di masjid untuk Maghrib! Keadaan politik UMNO memeranjatkan!! Daim tak tahu nak ‘explain’ kat Mahathir, Ghaffar lansung diam tak terkata apa. Rahim Tambi Kechik sekarang pula dimarahi Mahathir kerana pengaruhnya tak boleh pakai langsung. Yang nyata rakayat Melayu dan ahli biasa UMNO menolak Mahathir. Yang tinggal setia pada Mahathir cuma ahli-ahli MT, Ketua-ketua Bahagian dan pujangga lapuk.

    3. Lepas DSAI dibuang, Mahathir pening lagi sebab KuLi yang hendak dilantik jadi TPM ditentang habis-habisan oleh Najib dan Pak Lah. Mainan politik Mahathir ditolak oleh MT. Daim dan Aziz pening lagi sebab masa merancang konspirasi DSAI dulu, feedback yang mereka dapat menyatakan MT akan terima KuLi. KuLi dah marah sebab dia tolong banyak dalam perlaksanaan konspirasi dan janji tidak ditunaikan oleh Mahathir. Tak kan pisang berbuah dua kali!!!
    4. Pak Lah pun marah sebab dia tak dilantik kerana dia fikir dialah yang paling layak antara dua Naib Presiden yang sepatutnya dilantik TPM. Pisang berbuah dua kali lagi ke? No way – kata Pak Lah.

      Najib tak cakap banyak sebab dia tahu dia tak layak sabit moralnya tetapi jiwanya besar juga. Kalau boleh dia nak ikut jejak arwah bapanya. Tapi kerana realistik, Najib harapkan Mahathir akan lantik dia berasaskan bahawa dia tolong Mahathir ’87 dulu dan dia tak banyak kerenah! Namun Mahathir tak boleh lantik Najib kerana rakyat akan kata Najib moral rendah kerana isu DSAI adalah berkaitan moral dan Najib ini lalang serta tak boleh dipercayai. Tapi Daim suka Najib sebab senang ada kawan berpoya jadi Daim pilih untuk sokong Najib.

      Jadinya Mahathir ambil keputusan tak payah lantik TPM dan tunggu pemilihan UMNO 1999. Best way out, kononnya. Tetapi Mahathir silap. Sekarang Pak Lah dah merancang nak lawan Mahathir di kerusi Presiden. Pak Lah yakin akan dapat lawan Mahathir kerana sokongan dari orang Anwar boleh diraih kerana dia dan DSAI orang Pulau Pinang. Pak Lah bertambah yakin apabila Musa Hitam bersetuju untuk bantu beliau dengan sokongan Aziz Shamsuddin dan Sanusi. Jadi Pak Lah dah mula kempen!

      KuLi pun fikir ini peluang sekali lagi untuk lawan Mahathir kerana kekuatan Mahathir telah mula hilang dan jika dibanding ’87, kini Mahathir tak sekuat dulu. KuLi pun sudah lewat umur dan tak mungkin dia mahu tunggu Mahathir pencen kerana kalau Mahathir syok dengan istana dan kapalterbang baru nanti, 10 tahun lagi la jawabnya (Mahathir pun ada kata mak bapak dia mati pada umur 90 tahun jadi dia ada sekurang-kurangnya 16 tahun lagi jadi PM) Jadi KuLi pun dah mula berkempen merebut kerusi Presiden dan bagi memantapkan kekuatannya, beliau telah memilih Mahyuddin sebagai running-mate. Faktor Mahyuddin diharap dapat meraih undi penyokong DSAI dan juga Johor!

      Jadi ke mana arah Mahathir? Ingatkan isu DSAI ini akan memantapkan politiknya tetapi salah percaturannya telah membebankan dunia politik Mahathir sendiri. Arah mana akan Mahathir ambil?

    5. Pilihanraya Sabah perlu diadakan selewat-lewatnya April 1999 dan keputusannya telah dijangkakan sebelum krisis ekonomi dan DSAI lagi, iaitu Pairin akan kembali berkuasa dan UMNO akan ditolak oleh rakyat Sabah. Apabila ditambah oleh krisis ekonomi dan DSAI, BN dan UMNO tahu bahawa mereka akan dilenyapkan dari bumi Sabah pada pilihanraya akan datang.

Faktor DSAI adalah penting di dalam kemenangan UMNO di tahun 1994 di samping faktor wang. Kini kedua-duanya telah hilang kerana DSAI telah dibuang dan wang tidak ada lagi untuk UMNO. Rakyat Sabah akan kembali kepada pemimpin rakyat mereka, Pairin. Kalau setahun lalu, Mahathir cuba mengurat Pairin dan PBS untuk masuk balik BN, kini Pairin dengan angkuh boleh menolak terus Mahathir. Rakyat Sabah sudah meluat dengan Mahathir dan BN. Ada ke satu penggal ada 4 ketua Menteri? Boleh masuk rekod dunia!!!!

Kekalahan menyeluruh BN di Sabah akan memburukkan lagi kedudukan BN dalam pilihanraya umum (jika pilihanraya umum dijalankan kemudian). Menyediakan pilihanraya umum serentak dengan pilihanraya Sabah juga tidak mungkin kerana rakyat masih menolak Mahathir atas isu DSAI.

Jadi kemana arah Mahathir?

Tunggulah jawapannya ……………. REFORMASI TERKINI .. mengajak seluruh rakyat Malaysia berfikit secara dalam isu-isu ini dahulu dan tunggulah jawapannya. Anda harus berfikir seperti Mahathir untuk memahaminya.

 

 

 

Ulasan dan Ramalan Dari Meja Pengarang

Dr. Mahathir seperti yang kita ketahui sudah berumur 73 tahun dan bagi orang Asia (tidak boleh banding dengan Melayu sebab Mahathir bukan Melayu) pada umur 73 tahun sudah mengalami ‘tekanan emosi’, sensitif dan pelupa. Maka di dalam menghadapi cabaran yang maha hebat sekarang dan ditambah pula dengan sifat tamak, apakah arah beliau kini?

Cuba kita selami pemikiran beliau dan kenal pasti masalah-masalahnya:

    1. Rakyat memprotes dan memberontak – polis tidak boleh jamin semuanya terkawal – polis sendiri ada yang berontak.
    2. Isu mata DSAI lebam masih ada tekanannya – haruskah Rahim Noor didedahkan sekarang sebagai pesalahnya?
    3. Pilihanraya – satu masalah besar. Nak guna duit, duit tak ada! Nak perjudi nasib, tak mungkin selepas semua susah payah bunuh karektor DSAI.
    4. Ekonomi tak berkembang, peniaga makin marah, harga barang-barang makin naik, rakyat tak ada kerja, pelajar universiti kena bayar yuran tinggi (celaka Najib!)
    5. Hutang kroni banyak sangat. Untung tak ada. Tabung negara dan rakyat pun makin habis. Dana asing tak masuk.
    6. Ahli Parlimen makin lantang. UMNO kucar kacir. Parti BN yang lain dah mula risau.
    7. Mirzan masih berhutang banyak. Mokhzani belum naik dalam politik, Mukriz belum senang. Nasib baik Marina dah dapat suami baru. Adik beradik Hasmah pun banyak financial problem.

Dan sudah tentu banyak lagi masalah-masalah yang beliau sedang hadapi tetapi yang Mahathir paling takut ialah kebangkitan rakyat yang didokong oleh Raja-raja Melayu yang nak balas dendam!

Jadi ke mana arah Mahathir?

Yang tentunya Mahathir mahu terus berkuasa! Beliau percaya beliau adalah ciptaan terbaik untuk Malaysia. Tanpa beliau Malaysia tak akan makmur dan tak akan maju! Orang yang dah lama berkuasa dan pada umur 73 tahun memang berfikiran begini.

Ke mana arah Mahathir?

Jalan paling mudah bagi beliau untuk memuaskan ego dan nafsunya ialah dengan mengisytiharkan "DARURAT"!

Ingatlah! Awaslah! Rakyat Malaysia.

Mahathir akan mengisytiharkan undang-undang darurat sebaik sahaja tamat persidangan APEC!

Ketahuilah!

  1. 1,800 orang telah disenaraikan untuk ditahan di bawah ISA selepas APEC.
  2. Kem Kamunting telah disiapkan untuk penghuni baru seramai 1,000 orang dan bakinya di Penjara Sg. Buloh!
  3. Mesyuarat Majlis Raja-Raja baru ini telah dipaksa untuk meluluskan pengisytiharan Darurat!
  4. SB akan merusuh untuk mewujudkan kekacauan dan membolehkan negara diisytihar darurat.
  5. Media dan ketua-ketua pengarang telah diarah untuk bersiap sedia memberi liputan pro-darurat!
  6. Suruhanjaya pilihanraya sehingga kini tidak beri notis untuk persediaan pilihanraya sedangkan mereka memerlukan notis 3 bulan!

Apakah kesan darurat kepada rakyat dan apakah kebaikannya untuk Mahathir?

Sila ikuti siri akan datang……….REFORMASI TERKINI……..mengajak seluruh rakyat Malaysia berfikir sedalam-dalamnya demi kemerdekaan negara dari cengkaman penjajah Malabar!



Email: reformasi-terkini@usa.net